Bab 4,

Romance Series 8313

Setiba keluarga Dato Hamdan selepas berbincang tentang hal perkahwinan antara Hafiz Idham dan Nur Annisa, Hafiz Idham bagaikan dirasuk hantu menahan kemarahan. Marahnya dia dengan Datin Normah bagaikan menjerut lehernya untuk kali yang kedua. Dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Apatah lagi hidup dengan seorang wanita yang hanya dikenali di hadapan tangga. Sampai itu sahaja! Kesimpulannya dia belum bersedia dari segi fizikal mahupun mental.

"Asal mummy yang beria-beria nak tentukan jodoh Am ni?" Marah anak sulung Datin Normah kepadanya.

"Haz kan ada, mummy jodohkan dengan Haz. Please mummy Am taknak, dan Am tak boleh." Tokok Hafiz Idham dan suaranya mulai sedikit kendur.

Kau boleh Am cuma kau yang tak mahu mencuba. Desis hati Haziq ilham.

"Asal Haz pulak. Chill bro. Bukan mummy nak suruh kau buat yang bukan bukan. Mummy buat semua ni untuk kebaikan kau jugak." Haziq ilham cuba untuk menenangkan Hafiz Idham.

"Kebaikan? Kebaikan kau cakap? Kau cakap senanglah sebab yang nak tanggungnya aku kau tahu tak?" Panas hatinya mendengar kata adiknya. Bukannya dia taktahu yang aku terlalu sayangkan arwah.

"Duduk dulu Am. Kita bincang elok elok." Datin Normah menegur anaknya.

"No!" Balas Hafiz Idham dengan suara yang meninggi. "Doesn't matter what, Am nak mummy batalkan pernikahan ni." Hafiz Idham terus mencapai kunci keretanya lalu segera keluar. Dia tidak betah untuk terus berada di dalam rumah tersebut dan rancangan gila orang tua yang mahu menikahkan dia dengan anak temannya itu memang rancangan gila.

Lagu Kata Akhirmu dari Ariff Bahran yang dimainkan di corong radio mula mencuit hatinya yang sedang berperang dengan perasaan sendiri. Tiba-tiba Hafiz Idham teringatkan arwah. Ya Allah kenapa mummy buat aku macam ni? Hatinya berbelah bahagi antara perjanjian mummynya dengan perjanjian yang pernah dibuatnya untuk arwah 2 tahun yang lalu.

Ni semua disebabkan perempuan sial tu? Disebabkan perempuan tu aku dijodohkan dengannya. Hafiz Idham menumbuk stereng keretanya. Aku perlu membuat perhitungan. Jaga kau perempuan.

------------

Pin! Pin! Aduh kereta Nisan GTR mana pulak yang buat kacau ni? Nak potong tu potong jelah. Bukannya kereta aku ni ada di lorong kanan. Sakit mata dan telinga tahu tak dengan lampu tinggi kau malam malam macam ni! Marah Annisa yang tidak dapat ditahan.

Tidak semena-mena kereta itu telah berhenti mengejut di hadapannya. Dia tidak pilihan untuk turut berhenti. Melihat gerangan yang keluar dari kereta tersebut dengan muka yang masam mencuka, Annisa jadi kalut. Apa hal mamat tangga kerek ni? Aku ada hutang kau ke? Annisa turut keluar dari kereta Myvi miliknya.

"Kenapa dengan awak ni? Halang kereta saya bagai malam malam macam ni? Nasib tepi jalan." Soal Annisa yang sudah ditahan dari tadi. Eeee nak aje aku cakar cakar muka mamat tangga kerek ni biar tak handsome! Dia boleh buat tak tahu. Hang boleh?

"Apa yang kau dah buat perempuan?" Soal Hafiz Idham.

Amboi! Sopannya bahasa! Haritu kemain lembut kau cakap masa accident depan tangga. Memalukan betul! Ni hantu mana pulak yang rasuk kau ni?

"Apa yang saya dah buat? Awak yang halang kereta saya kan. Tolong alihkan. Saya nak cepat. Mama dengan Baba dah tunggu dekat rumah." Jawab Annisa yang ingin membuka pintu keretanya tetapi ditahan kuat oleh Hafiz Idham. Lalu menolak kuat pintu kereta Annisa.

Mak oi! Kereta aku tu kau tahu tak! Mahal nak baiki kalau rosak. Lainlah kau duit berkepuk-kepuk!

"Apa awak ni? Dah tepi sikit!" Marah Annisa sambil cuba membuka pintu buat kali kedua.

Hafiz Idham tetap menolak kuat pintu kereta Annisa. Kemudian menarik kuat lengan untuk berhadapan dengannya lalu menolak sedikit tubuh genit itu ke pintu kereta untuk bersandar. Jaraknya didekatkan manakala kedua-dua belah tangannya juga dinaikkan untuk mengepung Annisa.

Apa yang kau buat ni En Hafiz Idham. Nampak dekat kereta yang lalu-lalang apa pulak tanggapan mereka.

"Asal kau nak kahwin dengan aku?" Soal Hafiz Idham yang wajahnya sudah mencuka dan masam semasam-masamnya. Bagai jeruk yang dah basi!

Annisa kehilangan kata. Baru dia faham akan tindakan Hafiz Idham terhadapnya. Marah rupanya mamat ni. Sekali kali jarak mereka membuatkan Annisa sesak dada. Dengan jarak yang dekat itu juga membuatkan Annisa kaku tanpa sepatah kata.

"Kenapa kau diam? Jawablah!" Mata sudah tajam menikam sepasang mata milik Annisa. Hafiz Idham mencengkam pula bahu Annisa. Tadi bukan main cakap banyak sangat. Desis Hafiz Idham. Marahnya bagai dirasuk hantu malam malam begini.

Sakitnya diperlaku sebegitu hanya tuhan saja yang tahu. Lengan yang ditarik dan bahu yang dicengkam kuat itu boleh membuatkan urat sendinya menjadi lemah. Sudahlah tubuhnya hanya sebatang tubuh yang genit.

"Well kau nak kahwin dengan aku sangat kan? Baik! We'll see! We'll see Annisa!" Seraya itu Hafiz Idham menjauh dari Annisa lalu kembali ke keretanya dan dipecut laju sehingga kereta itu mengaum bagai singa yang kelaparan di tengah jalan raya.

Annisa tercengang. Apa yang kau dah buat Annisa? Betul ke tindakan kau selama ni?

•Do comment.
•And I'll fix it.
•In Sya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience