Aku keluar dari bilik selepas memakai baju dan tudung lalu turun ke ruang tamu, aku lihat semua saudara mara sedang berkumpul didepan tv sambil menonton drama yang dilakonkan oleh Sara Ali dan Fizz fairuz itu.
Aku lihat abah sedang mengesat air mata melihat Sara ali ditinggalkan oleh Fizz fairuz di airport.
Aku tersenyum melihat semuanya sedang mengesat mata.
"Sedih sangat ke cerita ni sampai semua orang menangis ni?" Tanyaku mengambil tempat duduk di atas sofa sebelah sepupu aku sofia.
"Sedih gila! Lakonan Sara ali dalan citer ni memang terbaik." Ujar sofia sepupu yang muda setahun dari aku itu.
"Drama apa?"
"Cinta kau dan aku.." ujarnya.
"Ouh.. nak joinla."
"Ehh tak boleh, pengantin baru kena masuk bilik. Dah syuhh syuuh sibuk!" Ujarnya sambil mengambil tisu yang berada di atas ribaan adiknya safwan.
"Ehh kesitu pulak.."
"Syhhhh!" Ujarnya sekali lagi. Aku lihat semua leka dengan drama tersebut dan tidak menghiraukan aku. Semua Kaki drama lah katakan. Aku sorang je kaki novel. Ceh!
Tanpa membuang masa aku terus berlalu dari situ dan menaiki tangga untuk masuk kebilik. Bila terkenangkan kejadian tadi aku mengeluh.
Perasaan sakit hati dan malu bercampur.
Aku terus membuka pintu bilik tanpa mengetuk pintu, bilik aku kan biarlah.
Aku lihat Nazim sedang bermain dengan telefonya di atas sofa tanpa sedikit pun memandang aku.
Apalah nasib aku dipulau semua orang harini?
Tanpa menegur Nazim yang tidak langsung memandang aku itu aku terus membuka tudung dan disangkutkan dalam almari, lalu aku membuka laptop yang berada di atas meja belajar aku ini.
Aku membuka laman web youtube dan terus menaip perkataan Red velvet, aku tak berapa suka sangat k.pop tapi lagu dari korean girl group Red velvet ni menarik perhatian aku dan ye ini girl group dari korea pertama aku minati terutama sekali wendy! Aku suka gila dengan wendy, suara sedap,beauty with brain etc. Memang perfect. Dia buat aku bertukar menjadi lesbian(gurau) ehem.
Merepek pasal korea ni kenapa tah.
Share this novel