BAB 14

Romance Series 82654

"Iman kita kena bincang, dah sebulan awak tak layan saya. Kalau pasal haritu saya minta maaf okay?" Ujar Nazim bersungguh-sungguh. Riak wajahnya yang nampak begitu tekanan itu membuatkan aku sedikit rasa serba salah, tapi aku masih marah dengan kejadian haritu.

"Kalau saya mengandung macam mana?"ujarku tiba-tiba,dia kelihatan terkejut mendengar soalan aku.

"Kalau awak mengandung alhamdulillah la. Allah bagi rezeki awal." Ujarnya.

"Senangnya awak cakap. Saya ni baru 18 tautak?! Saya tak puas lagi hidup bujang tau! Sambung belajar pun belum lagi!" Ujarku geram.

"Kalau Allah dah bagi tu kita terima jelah dengan hati yang terbuka, awak jangan risau saya takkan tinggalkan awak, saya dah mula sayangkan awak sejak seminggu selepas kita kahwin,saya rasa bertanggungjawab untuk jaga awak, dari situ saya tahu Allah dah tetapkan yang awak jodoh saya dan bukan Iman. Jadi saya terima semua ni dengan hati terbuka." Ujar Nazim panjang lebar.

Terkedu aku mendengarnya.

"A..a..awak suka saya?" Tanyaku tergagap-gagap masig tak percaya dengan apa yang aku dengar dari mulut Nazim.

"Yes! Saya suka awak,sayang awak dan cintakan awak sepenuh hati saya. Saya tahu memang terlampau awal perasaan cinta itu datang tapi perasaan cinta itu boleh datang tak kira masa sekelip mata saja kita boleh sayang dan cintakan seseorang. Apatah lagi awak isteri saya, saya nak jaga awak sampai akhir hidup saya. Please beri kita peluanh untuk hidup bahagia sebagai suami isteri?" Ujar Nazim membuat pengakuan cinta kepada isterinya itu.

Tiba-tiba aku terasa mual dan ingin termuntah, aku menutup mulut dan terus berlari masuk kebilik air.

Nazim yang melihat aku berlari lintang pukang masuk kedalam tandas ikut sama berlari mengikuti aku kerana risau dengan keadaan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience