Nazim pov.
"Mak lina ada nampak Iman tak?" Tanya aku kepada mak lina. Aku lihat keadaan dalam rumah sunyi saja. Mana diorang semua pergi?
"Diorang semua dah balik rumah masing-masing dan Isteri kau tu keluar tadi." Ujar mak lina endah tak endah. Kenapa pula orang tua ni.
"Ouh. Iman ada cakap tak dia pergi mana?" Tanyaku lagi.
"Takda.." ringkas saja jawapannya. Aku mencari kelibat papa tapi tak nampak batang hidung,mungkin dah pergi kerja.
"Saya nak keluar sekejap ye mak lina, ada hal dengan kawan." Ujarku meminta diri untuk keluar.
"Hmm." Aku terus keluar dari rumah selepas mengambil dompet dan kunci kereta di dalam bilik .
______
"Kau nak makan mana ni zim?" Tanya Ilham kepada aku yang sibuk menilik kertas kerja yang berlambak di atas meja kerja aku itu.
Cuti kahwin 2 minggu tapi kerja juga,almaklumlah workaholic. Kerja memanjang.
"Murni kot, yang dekat mentari tu. Teringin pulak nak makan dekat situ." Ujarku tidak sekali pun memandang ke arahnya.
"Okay jom. Dah pukul 1 ni." Ajak Ilham.
"Jap-jap sikit lagi." Ujarku.
"Takda jap-jap aku lapar ni. Jangan sampai aku bakar kertas kerja kau ni. Aku kalau lapar orang-orang aku makan. Jangan kau pulak yang jadi mangsa aku." Gurau Ilham sambil tersengih menggosok perutnya yang sedikit buncit itu.
"Haa yelah-yelah dah siap ni. Kau ni pun tak sabar langsung." Jawabku sambil mengemas barang-barang yang berselerak di atas meja aku ini.
______
"Haa oder la apa yang kau nak,aku belanja harini." Ujarku sambil membelek-belek menu ditangan.
"Saya nak yang ni... bla bla bla."
Selesai mengoder aku seperti mendengar suara orang yang aku kenali.
'Macam suara Iman je.' Ujarku dalam hati.
"Ehh dia ni gatal tau cubit nanti kang" aku menoleh sebelah kanan ku.
Kelihatan sepasang pasangan yang nampak sangat sepadan itu sedang bergelak ketawa dan bertepuk tampar.
Aku memegang dada. Kenapa tiba-tiba macam pedih sikit dada aku ni? Cemburu ke?
'Eishh apa aku merepek!' Tak ada istilah cemburu dengan si iman ni.
Share this novel