BAB 12

Romance Series 82654

"Nazimm!!" Jeritku terkejut.

"Yelah kenapa?" Jawabnya masih dalam keadaan mamai. Keadaannya yang hanya memakai boxer itu membuatkakan pipi aku sedikit berbahang.

"Kenapa awak ada atas katil dengan saya?! Bila masa awak naik katil? Apa yang awak dah buat dekat saya?!"tanyaku bertalu-talu.

Aku lihat dia hanya merenung aku tanpa berkelip.

"Awak tak ingat ke sayang semalam apa yang kita buat?" Ujarnya dengan muka polos.

"Apa maksud awak? Buat apa?" Tanyaku sedikit pelik. Terasa dingin seluruh badan.

"Tu tengok lah keadaan diri awak tu... awak rasa apa yang kita dah buat? Awak nak goda saya lagi ke sayang? Tak puas lagi semalam?" Ujarnya lagi.

Aku blur.

"Huh?" Aku terus memandang diri aku.

"Arghhhhhhhh!!!" Dan gelap.
_________________

Aku bangun selepas merasakan ada percikan air di wajahku.

"Eii apa ni.. kacaulah." Ujarku.

"Bangun... sampai bila awak nak pengsan ni?" Kedengaran suara garau tersebut menusuk masuk menembusi gegendang telingaku.

Terus mata yang terpejam tadi terbuka dengan luas,
Aku terus bangun.

Aku lihat badan aku yang hanya berbalut dengan selimut ini. Terus aku teringatkan kejadian pagi tadi.

Aku rasa seperti hendak menangis dan meraung sekuat hati bila melihat keadaan aku sekarang yang hanya dibaluti selimut tanpa seurat benang baju,seluar dan pakaian dalam!

"Apa yang awak dah buat dekat saya ni!" Jerkahku pada Nazim yang hanya duduk memerhatikan aku.

"Buat apa?" Tanya Nazim kembali.

"Awak jangan nak main-main dengan saya! Macam mana saya boleh bogel macam ni?" Jerkahku lagu.

"Ouh.. umm semalam kan hari paling indah untuk saya sebab kita dapat jalankan tanggungjawab kita sebagai suami isteri. Btw, thank sayang semalam memang terbaiklah." Ujar Nazim sambil tersenyum gembira.

Aku terkedu

'Tanggungjawab sebagai suami isteri? Maksudnya..'

"Jangan cakap kita bersama semalam!" Ujarku tak puas hati.

"Memang semalam kita bersama.. kenapa awak panik sangat ni? Kita suami isteri tak salah pun kita bersama." Ujar Nazim selamba.

Aku terus bangun dan memberikan sebiji penumbuk ke pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience