Series
82808
"Assalamualaikum." Kedengaran suara kakak memberi salam. Aku dan Nazim yang sedang menikmati sarapan pagi hanya menjawab perlahan. Aku memandang sekilas ke arah Nazim.
Tak pergi sambut buah hati ke?
"Hai.. korang dua je ke? Nak join boleh?" Tanya kakak semasa masuk ke ruang makan. Dia terus mengambil tempat duduk didepan aku.
"Joinla, tak ada siapa yang halang." Ujarku selamba.
Dia mengambil pinggan dan menyendukkan nasi goreng yang aku masak itu kedalam pinggan.
Aku lihat dia langsung tidak memandang ke arah Nazim, sama juga seperti Nazim yang tidak langsung memandang ke arah Imani.
"Hmm.. so macam mana bercuti best?" Tanyaku sinis. Kakak memandang aku sekilas dan menyambung makan nasi goreng.
"Hmm.." jawabnya
"Sayang.. dah siap ke belum? Jom kita keluar teman Saya beli barang sekejap." Ujar Nazim tiba-tiba.
Aku tidak menghiraukan kerana menyangka dia bercakap dengam kakak. Tapi sentuhan dibahu kiriku membuatkan aku menoleh ke arahnya.
"Jom?" Ajaknya lagi.
Aku memandang ke arah kakak yang memerhatikan kami.
"Awak bercakap dengan saya ke tadi?" Tanyaku meminta kepastian.
"Eh taklah.. saya bercakap dengan orang sebelah awak tu. Nama dia iman jugak. Muka dia sebiji macam awak tapi muka dia pucat sikit." Gurau Nazim.
"Serious?!" Tanyaku terkejut sambil memandang ke sebelah kanan aku.
"Saya bercakap dengan awak la sayang oii." Ujarnya sambil mencubit pipiku.
"Oii. Apa main cubit-cubit ni!" Marahku. Dia hanya gelak.
"Ehem.." Kedengaran suara kakak.
"Jomla. Dah siap ke belum?" Tanya Nazim kepada aku.
"Dahla.. nak gi mana?"
"Adalah.. ikut je,dah jom" Ujarnya sambil menarik aku bangun untuk mengikutinya.
Aku hanya menurut.
'Peliklah aku dengan dia ni, sayang-sayang bagai. Nak bagi kakak jealous ke apa?' Kataku dalam hati.
"Kak, kitoranv keluar jap. Nanti mak Lina balik kay." Ujarku.
"Okay, hati-hati." Balas kakak.
"Awak ni nak bagi kakak jealous ke apa?" Tanyaku selepas masuk kedalam kereta.
"Huh? Nak bagi dia jealous buat apa? Tak faham saya."jawab
"Habistu panggil sayang semua tu?"
"Suka hati sayalah, awak kan isteri saya."
Share this novel