"Iman, aku nak cakap sikit ni.." ujar Nazim setelah beberapa jam berdiam diri dan aku pula leka bermain game condition zero didalam laptop.
"Hmm." Jawabku ringkas masih fokus bermain game.
"Aku nak cakap ni kau dengar elok-elok. Kau tahu kan yang kita kahwin pun sebab terpaksa sebab taknak malukan keluarga kita disebabkan kakak kau a.k.a tunang aku yang lari semalam sebab aku tak bagi dia sambung belajar dekat korea bila kami kahwin nanti. Dan kau pun masih bawah umur."
"Hmm." Jawabku buat-buat tidak kesah dengan apa yang dicakapkan oleh Nazim itu.
'Bawah umur pala hotak dia aku dah masuk 18 tahun bulan lepas!' Ujarku dalam hati.
"Aku taknak kau kau simpan perasaan senyap-senyap dekat aku or berharap yang perkahwinan kita ni bahagia sampai bila-bila ataupun happy ending macam novel-novel yang kau baca tu." Ujarnya lagi. Sakit pula hati aku mendengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulut busuk dia tu.
"Hmmm."
"Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Ujarnya sedikit meninggikan suara. Bengang agaknya bila aku buat endah tak endah dengannya.
"Ye! Aku dengar, kau jangan risau aku takkan simpan perasaan apa-apa dengan kau. Kau tu tunang kakak aku, dan aku dah ada boyfriend so aku tak kesah kalau kau nak ceraikan aku sekalipun bila kakak balik kesini balik nanti." Jawabku panjang lebar.
Senyap.
"Good then. Tak adalah aku rasa serbasalah bila nak ceraikan kau nanti. Nanti kalau boyfriend kau jealous ke apa bagitau aku , aku boleh cakap dengan dia." Ujar Nazim.
"Okay."
"Goodnight."ujarnya.
"Night.."
Aku terus menutup laptop dan berjalan menuju ke katil, aku lihat hanya ada bantal aku sahaja.
'Ahh suka hati kau lah nak tidur mana pun.' Gumam aku dalam hati.
Aku membuka ikatan rambut dan menepuk sedikit bantal, sebelum aku baring aku mengerling ke arahnya.
Aku lihat dia sedang merenung aku.
"Apa?" Tanya aku
"Tak ada apa... tidurlah." Ujarnya perlahan. Aku terus baring dan memejamkan mata.
Share this novel