Tiba-tiba aku terasa lain macam, badanku terasa panas, meremang dan sedikit pening . Aku membuka sedikit bathrobe di bahagian dada untuk menyejukkan badan.
"Awak kenapa?"tanya Nazim.
"Kenapa tiba-tiba panas lain macam erk? Pening pulak saya umm."jawabku.
"Sini duduk dekat saya.. saya urutkan." Aku terus duduk di tepi katil dan membiarkan Nazim mengurut tengkuk aku.
Aku mengeluh keenakan menerima urutan dari Nazim yang sedikit meringankan kepala aku yang terasa berat tiba-tiba tadi.
Nazim menyelak rambut panjangku ketepi sebelah kiriku untuk memudahkannya mengurut tengkuk aku.
Tiba-tiba aku terasa sesuatu yang lembut dan lembap di tengku ku. Aku cuba untuk menoleh ke arahnya tetapi ditahan olehnya melalui pelukan dari arah belakang, aku dapat rasakan Nazim begitu dekat denganku.
Rasa sejuk dan lembap itu semakin meliar sehingga ke bawah rahangku. Aku mengeluh kegelian.
Entah kenapa nafsuku seperti menghalang dia untuk berhenti dan membuatkan aku membiarkan perbuatannya itu sehingga aku tidak sedar yang aku sudah dibaringkan di atas katil. Apa semua ni?!
_______________
Aku tersedar dari tidur yang lena dan mimpi yang agak mengerikan bagi aku.
'Aihh,mimpi apalah aku dengan Nazim sampai macam tu sekali. Ergh! Minta dijauhkan.' Ujarku dalam hati. Aku mengosok mata yang agak silau kerana dipanah cahaya matahari.
Aku cuba untuk bangun dalam keadaan mamai itu aku terasa sesuatu yang berat di dada aku. Sekali lagi aku menenyeh mata untuk menghilangkan kekaburan.
Aku lihat ada satu tangan yang berurat dan gagah berada di atas dada aku. Terbeliaj biji mata aku melihatnya.
"Argggghhhhhhhhhh!!" Jeritku terkejut sambil mengalihkan tangan tersebut dengan kasar dan terus menendang dengan sekuat hati ke arah lelaki yang sedang tidur dalam keadaan menutup muka dengan selimut itu.
'Gedebuk!' Bunyi lelaki tersebut jatuh.
"Aduh!!" Erang lelaki tersebut
Aku bangun dari katil dan terus berdiri sambil mengambil lampu tidur yang berada di meja katilku untuk dijadikan senjata.
Lelaki tersebut bangun dan menggosok matanya dan pinggangnya. Sakit kerana terjatuh tadi.
Aku terkedu bila melihat gerangan lelaki tersebut.
Share this novel