BAB 9

Romance Series 82654

"Mak lina.. Nazim dengan Iman tu okay ke?" Tanya Imani kepada Mak lina yang sedang membaca majalah di ruang tamu.

"Okay je.. kenapa?" Tanya mak lina kembali.

"Tak ada apa...

____________

Aku duduk di ruang tamu selepas pulang dari bermain basikal dengan Nazim di Taman Tasik Idaman tadi.

"Arghhhh! Penatnya." Ujarku sambil mengeliat.

"Eiii. Pergi mandi dulu lah. Apa anak dara busuk!" Ujar Nazim sambil duduk disebelah aku.

"Taknak.. malas, cakap kita busuk. Dia lagi busuk dah macam bau ketiak bangla tau tak."

"Lebih dah tu.."

"Hahahaha!" Gelak aku.

"Gelak-gelak, bagi ketiak baru tau." Ujar Nazim yang tersenyum melihat aku yang bergelak ketawa.

"Ceh! Eh mana tunang awak pergi ni? Tak dengar suara pun." Tanyaku sambil memandang sekeliling mencari kelibat Imani.

"Awak memang tak suka saya ke?" Tanya Nazim tiba-tiba.

Aku terkejut.

"Mestilah suka.. suka sebagai kawan, lagipun awak kan tunang kakak saya.kenapa tiba-tiba tanya macam tu?"

"Walaupun sekarang saya suami awak? awak masih anggap saya sebagai tunang Imani?"

"Kita kahwin pun sebab terpaksa dan realitinya awak tetap tunang kakak saya. Saya taknak jadi perampas."

"Umm okay,saya naik atas dulu lah nak mandi, awak tu jangan lupa mandi nanti, bau macam lembu dah ni. Nanti lalat hurung baru tau." Pesan nazim sambil menggosok kepala aku.

"Iyelah, orang taula ingat saya budak-budak ke." Jawabku.

"Memang budak-budak pun."

"Diamlah!"

____________

Imani pov.

Aku hanya memerhati mereka dari jauh, mereka berdua kelihatan sangat sepadan dan mesra. Sedikit rasa cemburu terbit didalam hati.

Salah aku juga membuat keputusan terburu-buru dengan melarikan diri dari perkahwinan kami kerana terlalu marah dan merajuk dengan Nazim.

Akhirnya Iman yang dinikahkan dengan Nazim.

Aku lihat Nazim menggosok kepala Iman sambil tersenyum gembira dan berlalu naik ke atas.

Aku terus datang menghampiri Iman yang sedang bermain dengan telefonnya.

"Oi buat apa tu?" Tegurku.

"Uish terkejut aku." Jawabnya.

"Aku tengah mesej Aqil ni. Dia ajak keluar esok." Ujarnya lagi.

Siapa Aqil?

"Siapa pulak Aqil? Aku tak pernah dengar pun nama dia sebelum ni?"tanyalku.

"Boyfriend aku la kak.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience