BAB 7

Romance Series 82654

Aku terus masuk kebilik selepas pulang dari makan bersama dengan Aqil.

"Baru balik?" Tanya Nazim.

Aku sedikit terkejut, ingatkan dia terus masuk kerja tadi rupa-rupanya dah balik.

"Ha'ah, kenapa?" Tanyaku kembali sambil membuka tudung dan disangkut didalam almari. Rambut yang disanggul aku buka ikatannya.

"Tak ada apa... saja tanya sebab saya dah lama balik dari tadi." Ujarnya. Aku tak tahu apa motif dia cakap macam tu.

"Ouh,Ingat balik pejabat." Ujarku sambil duduk di atas sofa bertentangan dengannya yang sedang duduk di atas katil. Aku membawa keluar telefon dan earphone dari dalam handbag yang aku letakkan disofa setelah masuk kedalam bilik tadi.

"So tulah boyfriend awak?" Tanya Nazim sambil merenung aku. Kata ganti nama diri juga sudah ditukar, Entah apa mimpi dia.

"Yer.. kan dah cakap masa dekat sana tadi. Kenapa awak sibuk sangat ni?" Tanyaku pelik kerana dia asyik menanyakan tentang Aqil sedari tadi.

"Mestilah sibuk.. awak tu isteri saya, nanti taklah saya risau kalau awak nak kahwin dengan dia nanti masa saya dah ceraikan awak nanti." Jawabnya serius.

"Awak tak payah risau saya tahu jaga diri saya sendiri, lagipun saya ni baru 18 . So lepas awak ceraikan saya pun belum tentu lagi saya nak kahwin ke tak dengan dia. Saya masih muda saya nak enjoy dulu." Ujarku selamba.

Dia diam selepas Mendengar apa yang aku katakan tadi.

Aku terus membuka lagu wendy red velvet because I love you,i love her voice,she so amazing and talented. Erh k.pop tak habis-habis.

________

"Tadi imani call, Dia cakap dia balik esok..dia minta maaf sebab menyusahkan kau iman." Ujar mak lina semasa kami menonton television.

"Hmm baguslah, cepatlah sikit Nazim tu ceraikan Iman. Boleh la Iman hidup macam budak-budak sebaya Iman." Jawabku selamba.

"Kau ni tak habis-habis cerai kahwin baru berapa hari nak cerai dah." Bebel Mak lina geram.

Aku senyap sahaja sambil melayan drama tunang mu tunangku jua lakonan hafiz hafizon,aqasha sameon dan mawar malaon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience