BAB 15

Romance Series 82654

Aku terus memuntahkan segala isi yang aku makan pagi tadi. Terasa senak perut bila muntah. Kepala aku terasa pening.

"Awak okay tak ni?" Tanya Nazim risau.

"Peningla.. tiba-tiba je."

"Dah-dah pergi baring saya urutkan." Ujar Nazim sambil menarik tangan aku masuk kebilik semula dan mengelap wajahku dengan kain tualanya.

Tanpa banyak kata aku terus merebahkan diri di atas katil sambil memejamkan mata.

'Nazim cintakkan aku? Patut ke aku beri dia peluang? Lagipun kami dah bersama argh tak tahulah!' Aku berperang dengan perasaan sendiri.

Aku terasa ada picitan lembut dikepala membuatkan aku sedikit selesa.

"Awak mengandung kot.. sebab tu muntah-muntah." Ungkapan Nazim itu terus membuatkan aku terfikir.

'Period aku bulan ni lewat! Dan dah akhir bulan pun tak datang lagi.omg! Adakah betul?' Ujarku dalam hati.

Aku bangun dan memandangnya.

"Kenapa?" Tanya dia pelik bila melihat aku merenungnya.

"Period saya lewat bulan ni. Selalu okay je." Ujarku padanya.

"Hah? Biar betul? So betullah? Jom gi klinik kita cek! Jom!" Ujarnya exited.

Geli hati aku melihatnya.

"Tak nakla takut!" Jawabku.

"Jom! Saya tak kira kita kena pergi jugak. Kalau tak saya dukung awak cepat siap!" Arah Nazim tegas.

"Yela-yelah."

____________

"Mak lina! Ada berita gembira Nazim nak bagitahu ni.." jerit Nazim gembira selepas pulang dari klinik.

"Haa! Apa dia? Apa yang gembira sangat tu?" Tanya Mak lina tenang.

"Iman..... iman mengandung! Wuhhooo!! Nazim bakal jadi ayah Mak Lina!" Ujarnya sambil melompat-lompat. Aku menggeleng melihatnya.

"Yeke? Alhamdulillah tahniah Nazim Iman. Tak sangka pulak cepat macam ni nak dapat anak." Ujar mak lina tersenyum lebar.

"Rezeki Allah bagi mak lina."

Aku lihat kakak masih tergamam disofa kerana mendengar berits yanh tidak disangka-sangka itu

Aku berjalan menuju ke arahnys dam duduk disebelahnya.

"Kak... aku nak minta maaf, sebab aku tak boleh nak lepaskan Nazim lagi.. aku rasa aku dah mula sayangkan dia.. aku minta maaf sekali lagi, aku harap kau jumpa yang lebih baik lagi dari dia." Ujarku lembut. Dis tak membalas.

"Sayang macam mana dengan boyfriend awak?" Bisik Nazim tiba-tiba disebelah aku.
Tergelak aku dibuatnya.

"Tu cuma tipu je." Ujarku.

"Seriously? Alhamdulillah.." ucapnya.

"I love you." Katanya lagi.

"Me too.." balasku sambil membalas senyumannya.

'Hanya seketika,perasaan cinta menusuk jiwa, dengan hanya seketika perasaan sayang berputik dan tumbuh mekar didalam jiwa,kita hanya menusia biasa, tidak boleh melawan takdir tuhan yang maha esa.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience