'Kenapa aku rasa macam diperhatikan?' Ujarku dalam hati. Aku memandang sekeliling.
Terkejut aku bila melihat Nazim sedang memerhatikannya dengan pandangan yang menakutkan.
'Macam mana aku boleh tak perasankan mamat tu?' Keluh aku dalam hati. Tapi kenapa dia perlu pandang aku dengan pandangan marah macam tu?
Nak kata cemburu dia sendiri tak kesah kalau aku ada boyfriend tapi realitinya aku tak ada pun. Mamat depan aku sekarang ni kawan baik aku dan dia tak minat perempuan, sayang betul muka dah handsome macam jong ji tapi gay. Minta-mintalah dia kembali kejalan yang sebenar semula. Amin, huhu.
"You kenapa tiba-tiba senyap ni?" Tegur Aqil yang pelik melihat perubahan aku.
"Eh tak ada apalah. Nah ni makan i suapkan." Ujarku sambil mengambil beberapa nugget dan menyuapkan kepada Aqil yang melayan saja karenah aku.
Aku mengerling sedikit ke arah Nazim. Aku lihat mukanya merah, dah nampak macam red hulk aku tengok. Pelik pula aku.
Aku bertambah risau bila lihat dia bangun dan berjalan menuju ke arah aku.
"So ini lah boyfriend you?" Tanya Nazim setelah berhenti didepan meja kami sambil merenung tepat ke arah aku.
"Umm.."
"Sorry ye, encik ni siapa?" Tanya Aqil pelik sambil memandang aku dan Nazim silih berganti.
"Betul ke ni boyfriend you?" Tanya Nazim sekali lagi tidak menghiraukan pertanyaan Aqil.
"Ha'ah dia boyfriend I kenapa you ada masalah?" Jawabku, tidak sedar yang panggilan aku dan dia berubah dari aku,kau kepada you,i.
Nazim mengalihkan pandangannya ke arah Aqil pula. Ditilik atas bawah Aqil. Aqil cuma memandang aku pelik dan meminta penjelasan,aku cuma mengenyitkan mata membuat isyarat yang aku akan menceritakan kepadanya nanti.
Dia hanya mengangguk.
"Ada masalah ke encik sampai tilik saya macam tu sekali?" Tanya Aqil.
"Umur kau berapa?"
"Huh? Umm 24."
"Kau kerja apa?"
"Arkitek."
"Okay, terima kasih kerana menjawab enjoy your day." Ujar Nazim.
"Kita bincanh dekat rumah nanti." Ujar Nazim sekali lagi sambil tepat memandang ke arah anak mata aku. Aku hanya diam tak membalas. Dia terus berlalu pergi.
Share this novel