Bab 2

Romance Series 9366

Peluh merenik di dahi Qai.Qai mengelapnya lalu matanya melilau dijalan raya itu.Satu bas pun tak lalu disitu.Teksi pun tidak kelihatan sedari tadi.Perasaan cemas mula menerpa dirinya.Qai menoleh kearah Faz di sebelahnya.Ish,minah ni!Tak habis-habis dengan novel dia tu! Desis Qai dalam hati.Qai terus memandang ke jalan raya sambil mengetap bibirnya.Tiba-tiba matanya dapat menangkap sebuah kereta Honda City yang diberhentikan betul-betul dihadapan bus stop itu.

Ammar memincingkan matanya untuk memastikan itu adalah wanita yang sama seperti wanita yang sama berada di kafenya sebentar tadi. Matanya tidak salah lagi.Benarlah itu wanita yang dijumpainya itu tadi.Ammar tersenyum seraya menurunkan cermin keretanya.

"Nak pergi mana ni?" Ammar menegur kedua-dua orang wanita itu.

Tersentak Qai melihat lelaki itu.Faz menghadiahkan pandangan pelik kepada lelaki itu.Siapa pulak laki ni?!Kawan Qai ke?!!Desis Faz.

"Encik tanya kitaorang ke?" Soal Qai sambil memandang disebelah kiri dan kanannya.Tak ada orang pun!

"Tak adalah,saya tengah tanya dengan bus stop ni..." Gurau Ammar lalu tersenyum manis.Tu pun nak tanya lagi ! Apa daaaa?!

Qai mengetap bibir.Dia memandang tempat lain.Malas nak layan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Faz pelik tengok mereka berdua.Nak kata diaorang kenal antara satu sama lain.Rasanya tak!Tapi tengok cara diaorang ni macam ada something?!??What is this???

"Cik nak pergi mana ni?" Kali ini Ammar sudah terpacak dihadapan Qai dan Faz.Matanya dari tadi tidak lepas memandang Qai.

Qai masih memandang tempat lain walaupun pertanyaan itu ditujukan kepada mereka berdua.Dia dapat rasakan yang lelaki itu sedang memerhatikan dirinya.

"Kitaorang nak balik rumah tapi satu bas pun tak lalu dekat sini." jawab Faz selamba

Ammar tersenyum kecil lalu menjawab."Sampai kesudah cik dua orang tak balik.Bas dekat sini lalu sampai pukul 5 petang je,sekarang dah pukul 8 malam.Mana nak ada basnya..."

"Seriuslah,encik?Alamak macam mana pulaklah aku nak balik rumah ni..." Kali ini Qai pula bersuara.

Faz tergelak kecil melihat Qai mundar-mandir disitu.Tak malu ke minah ni?!Depan mamat ni pulak tu.Kalut betul lah minah ni ! Getus Faz

Ammar tersenggih-senggih melihat Qai."Cik duduk dekat mana ni?Kalau tak keberatan ,bolehlah cik dua orang naik kereta saya.Biar saya yang tolong hantarkan cik dua orang."

Qai berhenti betul-betul dihadapan Ammar apabila mendengar pelawaan itu.

"Boleh ke ,Encik?" Soal Qai dengan riak wajah yang ceria.

"Apa yang tak bolehnya.Confirmlah boleh...Jomlah"

"Wait-wait..." Qai bersuara tiba-tiba.Ammar dan Faz memandang Qai serentak.

"Encik ada niat lain ke?" Soal Qai ,terus-terang.

Faz mengetap bibir.Malu ada kawan macam si Qai ni.Terus-terang betullah minah ni!

Ammar mengerutkan dahinya . "Niat lain?"

"Yelah,kot-kot encik nak jual kita orang ke .Orang zaman sekarang bukan boleh percaya sangat pun." balas Qai ,selamba.

Ammar membuat mimik muka seraya membalas."Kalau cik dua orang takut saya jual cik ,tak apalah. kalau saya nak jual cik dua orang,dari tadi lagi saya paksa tau.Tak apalah,saya balik dulu.Hati-hatilah bermalam dekat sini sebab kat sini tempat dia keras sikit.Tu yang tak banyak kenderaan lalu dekat sini." Ammar terus masuk ke dalam perut keretanya sesudah menuturkan kata-katanya.

Qai menjadi seram sejuk mendengar kata-kata lelaki itu.Faz turut rasa benda yang sama.Mereka berpandangan sesama sendiri.Kemudian Faz membuat isyarat mata kepada Qai supaya meminta maaf kepada lelaki itu.

Qai mengeluh seraya mengetuk cermin kereta itu bertalu-talu.Cermin kereta itu diturunkan.Terpancul muka Ammar .

"Encik,saya nak minta maaf.Saya just berjaga-jaga je.Sorry ye." Ujar Qai ,tenang.

Ammar menganggukkan kepalanya.

"Boleh saya tumpang Encik?"sambung Qai lagi.

Ammar menganggukkan kepalanya lagi.Malas nak bersuara lagaknya.

Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta itu.Qai mengambil tempat duduk disebelah pemandu manakala Faz pula duduk di tempat duduk belakang.

Di dalam kereta,Ammar dan Faz rancak berbual manakala Qai sudah terlelap disebelah Ammar.Kadang-kadang kepalanya tersandar dibahu Ammar.Namun Ammar tersenyum sahaja.

" Terima kasih ,Encik Ammar.Insya-allah lain kali kita jumpa lagi ,ye."ucap Faz sesudah kereta Honda City berhenti dihadapan rumahnya.

Ammar tersenyum seraya mengangguk.

"Weyh ,Qai!Bangunlah .Dah sampai rumah lah." kejut Faz sambil mengoyangkan bahu Qai lembut dari tempat duduk belakang.

Qai mendengus tetapi matanya masih terpejam rapat. Tangannya menampar kuat bahu Ammar walhal Faz yang mengejutnya.

Terkejut Faz melihat perbuatan Qai itu.Matanya terarah ke Ammar.Ammar tersenyum sahaja.

"Awak bangun ! Awak dah sampai rumah awak ni ...Kalau awak tak nak bangun jugak ,saya bawa awak balik rumah saya." gertak Ammar sambil menyimpan senyum.
Faz dibelakang turut menahan gelak.

Terus celik mata Qai. Dia memandang kawasan sekelilingnya lalu memandang Ammar semula.Perasaan malu mula menerpa kedalam dirinya.Kiranya tadi aku pukul bahu mamat ni lah???OMG?!Apa ni Qai ! Buat malu betul lah...Qai berperang dengan dirinya sendiri.

Qai membetulkan tudungnya seraya membuka pintu kereta itu.

"Terima kasih encik sebab tolong hantar saya balik rumah.Kalau tak ada encik tadi tak tahulah nasib saya macam mana.And one more thing..."Qai memberhentikan bicaranya.

" Saya minta maaf dekat encik atas semua perkara yang saya lakukan pada encik sebentar tadi."sambung Qai sambil menundukkan wajahnya.

Faz tersenyum sendirian . Dia mengambil peluang untuk meninggalkan mereka berdua didalam kereta itu.Faz terus beredar masuk ke dalam rumahnya tanpa memberitahu mereka berdua.

Qai tersentak.Ish,masa nilah kau nak pergi.Hesy,Faz ...Faz.kau saja je kan !

Ammar tersenyum melihat Qai yang menggelabah disebelahnya.

"Saya masuk dulu ye ,Encik." Qai keluar dari perut kereta.

"Wait...wait..." Ammar menahan Qai yang berada dihadapan pagar.

Qai menjongketkan keningnya kepada Ammar.

"Nama awak siapa ,ye?" Ammar menjongketkan kembali keningnya kepada Qai.

"Nur Qaisara , Qai for short." jawab Qai ,tenang.

"Nama Encik apa pulak ? " soal Qai kembali.

"Tak payah berencik-encik sangatlah dengan saya .Nama saya Muhd Qaiser Ammar .Just call me Ammar . Tapi kalau nak panggil saya Qaiser boleh jugak." Ammar menguntum senyuman manis buat Qai.

"Eh?Qai jugak lah ni . Hmmm...boleh tahan sedap jugak ek nama encik ni !" Qai berbicara selamba.Dia membalas senyum .

"Haha...macam ada jodoh pulak kan !" ujar Ammar , tenang.

Riak wajah Qai berubah.Lidahnya kelu untuk bersuara.Dia membuat keputusan untuk terus masuk ke dalam rumah .Namun sebelum itu , dia menundukkan kepalanya tanda meminta diri kepada lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience