Bab 5

Romance Series 9366

Sudah sebulan masa berlalu , hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba jua.Kini tibanya masa untuk pengantin lelaki melafazkan akad nikah.Sampai kesudah Qai tidak memandang wajah pengantin lelaki.Semasa waktu pembatalan air sembahyang , baru mereka berpandangan sesama sendiri. Terperanjat besar pasangan pengantin itu.Lama mata mereka bertentangan.Semua tetamu yang hadir memberi pandangan pelik kepada dua mempelai itu.

Ammar tersenyum manis melihat perempuan yang baru dikahwininya . Ammar memberi ciuman kudus pada dahi gadis itu.Qai bagaikan terkena elektrik apabila bibir lelaki yang baru bergelar suaminya mendarat lembut pada dahinya .Qai menundukkan kepalanya lalu meramas jarinya.Ammar tersenyum melihat perlakuan gadis itu.

___________________

Usai majlis tamat , Ammar dan Qai beredar masuk ke dalam bilik.Mereka duduk dibirai katil seketika. Tiada perbualan diantara mereka berdua.Kedua-duanya masih berasa janggal.

Ammar menoleh sekilas ke arah isterinya itu.Perlahan-lahan dia merapati Qai.Qai bergerak menjauhi sedikit daripada lelaki itu.Ammar tersenggih melihat kekalutan isterinya itu.Dia semakin merapati Qai lalu dipeluk erat pinggang wanita itu.

Qai berdecit perlahan sambil tangannya cuba membuang tangan lelaki itu dari pinggangnya namun sedikit pun tangan lelaki itu tidak bergerak.

"Lepaslah..." marah Qai tapi bernada rendah.

"Tak nak , awak kan dah jadi isteri saya. Suka hati sayalah nak buat apa-apa dekat awak.Nak buat lebih daripada tu pun boleh..." Ammar bertutur tenang sambil mengukirkan senyum nakal.

Qai menelan liur lantas menjeling suaminya sekilas."Awak jangan nak macam-macam dengan saya eh ! Kalau tak saya menjerit !" Qai memberi ugutan berbaur amaran kepada Ammar.

Ammar mengelengkan kepalanya melihat telatah isterinya . Sungguh macam budak-budak sekali telatahnya itu. Comel !

"Awak jeritlah sekuat yang awak nak.Orang takkan hiraukan awak pun.Diaorang faham sangat." ujar Ammar selamba lantas tersenggih nakal.

Qai mengeluh panjang.Ish , baru jadi isteri tak sampai berapa jam , kau dah buat dosa dekat suami kau.Ish ...ish...ish...Gerutu Qai .

"Ammar , saya mintak maaf . " pohon Qai , perlahan. Kepalanya menunduk memandang lantai.

Ammar tersenyum. "Sokay , saya tak ambil hati pun."

"Awak .." panggil Ammar bernada manja.

Qai menjongketkan keningnya.

"Call me Abanglah.Tak sedaplah kalau awak panggil abang guna nama abang je ."
pinta Ammar , lembut.

"Hmmm...okay !"

"Begitu indah sekali kan perjumpaan kita kali kedua ni." Ammar menguntum senyum.

Qai membuat mimik muka.Tak boleh blah lah ayat laki aku ni ! Kutuk Qai dalam hati.Qai menahan gelak.

Mata Ammar memandang seraut wajah sang isteri disebelahnya

"Sayang kutuk abang dalam hati eh ?" duga Ammar sambil mengangkat keningnya.

Terletus tawa dari mulut Qai mendengar pertanyaan dari suaminya itu.Tawanya mati apabila Ammar menghadiahkan sebuah ciuman di pipi kanannya.

Mencerlung matanya memandang Ammar.Dia mengetap bibir seraya menjeling suaminya.

"Kenapa jeling-jeling tu , abang cungkil mata tu karang." tegur Ammar dalam nada bergurau

Qai mendengus geram.Dia bangun menuju ke bilik air seraya menghempas kuat pintu bilik air itu.

Terperanjat Ammar dibuatnya.Ammar mengurut dadanya perlahan.Ish garang betullah bini aku ni ! Ni belum lagi aku buat benda lain dekat dia , tak pasal-pasal nanti aku kena humban dengan dia ni.

Qai didalam bilik air memegang dadanya.Dadanya berdebar-debar . Kenapa kau nak hangin macam tu sekali Qai ! Bukan dia buat apa-apa pun kat kau ! Dia just cium kau je kot ! Lebih baik kau pergi mintak maaf dekat suami kau .Karang tak pasal-pasal kau tak dapat cium bau syurga sebab derhaka dekat suami kau. Satu suara seolah-olah sedang berbisik di telinga Qai.

Qai mengeluh.Dia menyedari sikapnya yang agak berkurang ajar dengan suaminya.Qai berjanji dengan dirinya yang dia akan mengawal dirinya daripada bersikap begitu.

Lambat-lambat Qai keluar juga dari bilik air .Jam di dinding dikerlingnya sekilas.Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Matanya melilau pula disetiap pelosok bilik itu untuk mencari kelibat suaminya.Bilik itu kosong sahaja.Qai membentangkan sejadah untuk menghadap-Nya.Usai solat asar , Qai terus melangkah keluar dari bilik untuk mencari suaminya.

Mata Qai dapat menangkap susuk tubuh suaminya didalam sekelompok kecil tetamu disitu.Qai bergerak menghampiri suaminya.

Tersenyum Ammar melihat Qai menghampirinya.Ammar memeluk erat pinggang isterinya.Jelas kelihatan muka Qai bertukar rona.

"Cantik isteri , bos ." puji Fariz seraya mengeyitkan matanya kepada Qai.Qai tersenyum.Kembang jugak apabila dipuji sebegitu.

Ammar menjeling Fariz sekilas apabila melihat lelaki itu mengenyitkan mata kepada isterinya.Walaupun dia dan Qai tidak berapa mengenali antara satu sama lain namun perasaan sayang telah terbentuk sesudah dia melafazkan akad nikahnya pagi tadi.

"Kau jangan nak menggatal dengan isteri aku eh !" Ammar memberi amaran kepada Fariz.Mukanya bertukar serius.

"Rilekslah bos.Aku gurau je..."

"Sudah berapa lama dah bos bercinta dengan akak ni ?" celah Yani yang merupakan pekerja kafe Ammar juga.

"Sebulan dua minggu ..." jawab Ammar ,selamba

Jawapan Ammar membuatkan Qai terpana.Sebulan dua minggu ? Maksudnya dari hari yang aku jumpa dengan dia? Mukanya jelas berubah.Sungguh dia tidak menyangka lelaki itu mempunyai perasaan yang sama seperti dia.

"Sayang okay tak ni ? Kalau sayang nak rehat pergilah naik atas " Bisik Ammar perlahan.Sungguh dia tidak menyedari yang dia membahasakan Qai sebagai 'sayang'

Sayang? Terbeliak mata Qai mendengar panggilan manja itu.Mukanya berubah pucat.

Ammar yang perasan muka Qai berubah pucat segera meminta diri untuk naik ke bilik.Qai turut dipimpinnya sehingga ke dalam bilik.

"Sayang okay tak ni ?" soal Ammar berbaur risau

Qai menjawab pertanyaan itu dengan anggukkan kepala sahaja.

"Betul ni? Kenapa muka sayang pucat sangat ni ? Sayang dah makan ke belum ?"

"Dah makan "

Ammar mengeluh kecil. "please tell me the truth , kenapa dengan sayang ni ?Sayang betul-betul okay ke tak ni ?"

Qai melepaskan hela panjang.

"Kenapa abang tipu kawan-kawan abang tadi?"akhirnya terkeluar juga soalan dari mulut Qai.

" Tipu?Bila masa abang tipu kawan-kawan abang ?"Soal Ammar ,pelik.

"Habistu kenapa abang cakap yang abang bercinta dengan saya selama sebulan dua minggu..." tukas Qai perlahan.

Ammar tersenyum lebar.Itu ke yang buat dia ni pucat macam tu sekali?

"Masa Abang jawab soalan tu, abang tak maksudkan yang abang bercinta dengan sayang selama sebulan dua minggu tapi..." Ammar mengantungkan ayatnya.Matanya dikerling ke arah Qai .

"Tapi apa?Abang maksudkan abang bercinta dengan kekasih abang?" Soal Qai dengan nada cemburu.Dia tidak tahu bagaimana perasaan itu hadir secara tiba-tiba.

Ammar mengulum senyum.Cemburu ke bini aku ni?

"Ha'ah" Ammar menjawab dengan bernada selamba.

Qai seolah-olah seperti mahu menangis disitu.Air mata sudah bertakung di tubir matanya .Perasaan sedih mula menghimpap diri.Dia dah kahwin dengan aku pun,dia masih nak ingatkan kekasih dia.Aku tahulah perkahwinan ni semua atas aturan keluarga.Tapi jagalah sikit perasaan aku sebagai isteri dia yang sah.

Ammar mula dihimpit perasaan bersalah apabila melihat manik-manik jernih melimpah dari tubir mata isterinya.Niatnya hanya mahu bergurau.Tak tahu pula boleh jadi sampai begini.

Perlahan-lahan Ammar mengesat air mata isterinya."Sayang jealous ye?"Ammar bersoal lembut.

"Mana ada . And one more thing , please dont call me sayang , unless you mean it." balas Qai dengan nada yang tenggelam timbul.

Ammar mengelengkan kepalanya.Tak nak mengaku pulak bini aku ni.Ammar mendekatkan mukanya betul-betul dihadapan muka Qai.Qai menundukkan wajahnya.

"Ye ke sayang tak jealous ?Boleh percaya ke ni?" duga Ammar dengan bibirnya yang tersungging diatas.

"Ye.Tak ada masa saya nak jealous-jealous bagai." balas Qai,geram.

"Kalau abang kahwin lagi satu boleh?" Soal Ammar lagi.Niatnya hanya mahu mengetahui isi hati isterinya.

Muka Qai ketara benar berubah.Lidahnya juga kelu untuk membalas kata-kata lelaki itu.Lebih baik tak payah kahwin dengan aku ,kalau baru kahwin dah mintak kahwin lagi satu.Shit !

Ammar mengeluh kecil.Malas untuk meneruskan pelbagai soalan untuk mengetahui isi hati isterinya itu.Ammar memegang kejap kedua-dua belah bahu isterinya .

"Sayang , abang minta maaf dekat sayang.Abang tahu sayang tengah pendam perasaan kan? " ujar Ammar ,lembut.

"First thing , persoalan sayang tentang abang tipu kawan -kawan abang tu sebenarnya abang beritahu perasaan cinta yang menyelinap masuk dalam diri abang terhadap sayang ialah selama sebulan dua minggu.Sayang tahu kenapa sebulan dua minggu ?" sambung Ammar lagi.

Qai menganggukkan kepalanya.Dia tahu sebulan dua minggu itu bermaksud hari pertama mereka berdua bertemu.

"Dah terjawabkan persoalan sayang?"

Qai menganggukkan kepalanya.Dalam hatinya sudah kembang setaman .Bahagia sungguh rasa tika ini.Sangat terharu dengan kata-kata lelaki ini yang telah sah menjadi suaminya.

Tangan kanan lelaki itu diraih seraya dikucup lembut tangan kasar itu.Ammar tersenyum sahaja melihat tindakan isterinya yang baru dinikahinya itu.

"Qai minta maaf ye sebab baru je bergelar suami isteri , Qai dah banyak kurang ajar dengan abang..."

Ammar mengelengkan kepalanya lalu menghadiahkan sebuah ciuman pada dahi Qai. "Tak ada apa yang perlu sayang mintak maaf . Sayang tak salah apa-apa pun kat abang " ujar Ammar bersahaja.

Mereka berdua tersenyum bahagia akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience