Bab 10

Romance Series 9366

-Qai , boleh tak saya nak jumpa awak . Saya janji saya takkan apa-apakan awak . Kalau awak tak yakin dengan saya , awak boleh bawak suami awak sekali -

Qai membaca mesej yang dihantar Fahmi. Kepalanya terhala kearah suaminya sedang membuat statistik tentang perniagaan kafe nya itu .Memandangkan hari ini , hari sabtu . Maka selepas mereka berdua berjoging , mereka berdua terus melepak di kafe milik Ammar sendiri . Kafe dimana dia dan Ammar bertemu buat pertama kali.

Ammar yang berada di kaunter terus menoleh ke arah isterinya yang berada di sebuah meja seorang diri . Keningnya dijongketkan kepada isterinya apabila dapat menangkap yang isterinya sedang memandangnya.

Qai mengeleng perlahan lalu menundukkan kepalanya menekur jari.

Ammar menghampiri isterinya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.

"Kenapa, ,sayang? "

Qai mengangkat wajah memandang suaminya.

"Fahmi ajak jumpa . "

Ammar mengeluh panjang.

"Sayang suruhlah dia datang kafe ni . Bagi alamat kafe ni dekat dia ."Akhirnya Ammar memutuskan keputusannya.

Qai menarik senyum lalu mencium hidung suaminya.

" A quick kiss on your cute nose ..."

Ammar melayang senyum manis buat isterinya.

Makin naughty ye sayang ni . Siapa yang ajar sayang ni ? " Ammar menarik lembut hidung isterinya.

"Abanglah yang ajar ..." jawab Qai selamba.

"Ouh abang ajar ye ..." Ammar mencubit manja pipi isterinya yang gebu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience