Bab 1

Romance Series 9366

Nama diberi Nur Qaisara , Qai for short. Qai seorang yang berisi dan tinggi. Qai berumur dua puluh empat tahun dan masih single and available.Hmmm, maklumlah zaman sekarang mana ada orang lelaki yang mahu mengambil perempuan yang berbadan gemuk sebagai isteri mahupun kekasih . Confirm malu kan! Tapi Qai tak pernah kisah pun pasal hubungan-hubungan ni bagai.Dia sedar siapa dirinya . Walaupun badannya tidak kelihatan terlalu besar namun beratnya mencecah 90 kg. Hmmm...nasib badanlah.

"Woi ,mak cik !" Jerit Faz sambil tangannya dilambai-lambaikan di hadapan muka Qaisara.

Qai tersentak.Qai mengangkat keningnya kepada Faz.

"Kau berangan apa ah ? Fikir pasal masa hadapan kau dengan orang tersayang eh ?" usik Faz lalu menguntum senyum nakal.

Faz atau nama betulnya Fazrina.Umur minah ni sebaya dengan Qai jugak.Faz ni kawan baik Qai.Kawan yang teramat baik.Dia seorang yang memahami dan sentiasa menjadi bahu untuknya bersandar tika Qai kesedihan.Faz sahaja kawan dunia dan akhiratnya.

"Tengok tu,fikiran kau kat mana sekarang ni? Kau tengah teringatkan mana-mana lelaki ke ?" bebel Faz sambil tangannya menampar lembut lengan Qai.

"Kau boleh tak, kalau tak cakap pasal lelaki.Aku tak bolehlah dengar perkataan lelaki ni ! " Qai menghela nafas berat.

Qai masih teringat lagi kata-kata bekas teman lelakinya sewaktu lelaki itu meminta putus dengannya.

"Saya nak mintak putus dengan awak !" ujar Fahmi selamba usai memarkirkan keretanya di hadapan rumah Qaisara

Qai tersentak .Qai mendongakkan kepala memandang Fahmi disebelahnya.

"Kenapa?" Soal Qai perlahan.

"Cuba sedar diri kau tu sikit .Kau yang dulu dengan yang sekarang , jauh sangat perbezaannya.Dulu kau kurus tapi sekarang ni...kau tengoklah badan kau tu.Sekali pandang macam anak gajah pun ada ada,aku tengok kau ni . Kau tahu tak betapa malunya aku nak ajak kau dating ..." Usai menyembur kata-katanya ,Fahmi melemparkan senyum sinis.

Air mata Qai melimpah selaju mendengar kata-kata daripada orang yang dia teramat-amat cinta.Qai melangkah keluar dari kereta lelaki itu lalu menghempas kuat pintu kereta itu.Qai meluru masuk ke dalam rumahnya tanpa menoleh ke arah Fahmi lagi.Di dalam rumah Qai menangis semahu-mahunya.Mulai saat itu, Qai menjadi serik untuk bercinta lagi.Kini, Qai teramat benci dengan orang yang bernama lelaki walaupun Qai tahu tidak semua lelaki berperangai seperti Fahmi.

-----------------

Perlahan-lahan air mata Qai mengalir apabila teringat kembali kata-kata yang diludah kepadanya pada 3 tahun yang lepas.Faz yang melihat air mata Qai merembes keluar terus memeluk diri Qai seerat-eratnya.Dia teramat faham perasaan Qai tika ini kerna dia juga yang menjadi tempat luahan Qai ketika peristiwa pahit itu berlaku.

"Sudahlah,tak payahlah menangis macam ni.Kau cakap kau takkan menangis sebab lelaki tu lagi.Sudahlah,nanti orang ingat aku pulak yang buat kau menangis macam ni." Pujuk Faz sambil mengusap lembut belakang badan Qai.

Qai tersenyum walaupun kelihatan sedikit hambar.Faz membalas senyuman itu.

Seketika kemudian,Keadaan di dalam kafe itu menjadi sepi. Qai mengerling ke arah Faz yang sedang ralit membaca novel Hanya Dia Dihatiku karya Ain Marissa.Qai mengerling ke arah pintu kafe itu pula.Matanya bertembung dengan seorang pemuda yang baru masuk ke dalam kafe itu.Pemuda itu menghadiahkan senyuman manis kepada Qai.Cepat-cepat Qai mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Faz yang melihat kekalutan rakannya itu ,mengerutkan dahi.

"kau kenapa ni,Qai?kau okay arkk?" Faz bersoal sambil matanya meninjau-ninjau ke sekelilingnya.Nampak hantu ke minah ni?!Takkan dia nampak hantu kot?! Faz berteka-teki dengan dirinya sendiri.

"Aku takde apa-apa.Aku okay je...Jomlah balik,kafe ni nak dekat tutup ni." usai berkata-kata Qai terus meluru keluar dari Kafe itu.Sekali lagi matanya beradu dengan mata pemuda tadi.Cepat-cepat dia menundukkan pandangannya .

Faz tercenggang.Apa kes minah ni?!Dah kena sampuk ke???Faz membuntuti Qai usai memasukkan novelnya ke dalam beg sandangnya .

Mereka berdua berjalan kaki menuju ke Hentian Bas memandangkan kereta toyota Vios milik Qai terpaksa dimasukkan ke dalam bengkel untuk diservis.

Dalam masa yang sama...

Ammar tersenyum sendirian apabila mengenangkan perlakuan kalut wanita tadi . Kelihatan comel dengan tubuh badannya yang agak berisi dan wajahnya yang putih kemerahan.Amat menarik perhatiannya .Ammar masih tersenyum sendirian.

"Bos !" Terjah Fariz dari belakang .Fariz merupakan pekerja Kafe itu dan seorang yang ramah-tamah serta berperwatakan selamba.

Mencerlung mata Ammar memandang Fariz.Dia mengetap bibir.

"Kau tak reti nak bagi salam dulu eh?" Tegur Ammar tapi suaranya masih dapat dikawal .Tiada riak marah pada wajahnya.

Fariz tersenggih-senggih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Sorry ,bos..."

Ammar menganggukkan kepalanya sambil tangannya mengeluarkan dompet dari seluar slacknya.Dikeluarkan 6 not kertas RM 50 dan dihulurkan kepada Fariz.

"Nak buat apa ni ,bos?" Soal Fariz tetapi tangannya tetap menyambut huluran itu.

"Pergilah ajak pekerja-pekerja lain makan.Aku tahu korang semua belum makan lagi." Usai menghabiskan kata-katanya,Ammar terus beredar menuju ke keretanya yang diparkir betul-betul dihadapan kafe nya itu.

"Thanks , boss." Laung Fariz dari dalam Kafe.

Ammar mengangkat tangannya lalu masuk ke dalam perut keretanya .Dia terus memandu untuk pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience