Bab 4

Romance Series 9366

Qai mengerling jam di dashboard keretanya.Jam menunjukkan pukul 5 petang.Berat rasanya dia mahu mengayunkan langkahnya untuk masuk kedalam rumah itu.Dengan terpaksa dia masuk ke dalam rumah itu.

En. Qairul memandang anak bongsunya yang sedang termenung di atas sofa dari balik dedaun pintu biliknya.Betul ke keputusan yang aku buat untuk anak aku ni? Apakah ini keputusan yang terbaik untuknya?Adakah dia akan terima keputusan aku atau sebaliknya ? En. Qairul mengayunkan langkahnya menghampiri anak bongsunya.Itulah satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

Menungan Qai terganggu.Qai mendongakkan kepalanya memandang ayahnya yang sedang berdiri dihadapannya.Qai menarik tangan ayahnya untuk duduk disebelahnya . Tangan lelaki itu dikucup lembut.

En.Qairul menggosok kepala anaknya.

"Sara termenung apa tadi?" soal En. Qairul .Dia memang membahasakan Qai sebagai Sara.Baginya ,nama Sara lagi sedap digunakan untuk seorang perempuan .

"Mana ada Sara termenung ." Qai cuba menafikan.

En Qairul tersenyum . Nak berdolak-dalih pula anak aku yang sorang ni.

"Mak mana, ayah?" Qai menukar topik perbualan.

"Mak pergi rumah Mak Cik Zaiton dekat lorong 8 .Mak tolong masak-masak dekat sana."

"Masak-masak? Nak buat majlis ke?"

"Haah...Katanya nak buat majlis kenduri untuk anak dia yang baru habis belajar dekat luar negara "

"Ouhhh..." membulat mulut Qai.

"Sara..." panggil En. Qairul perlahan

"Hmm..." sahut Qai .

"Ayah ada benda nak cakap dengan Sara ni.Benda ni untuk masa depan Sara jugak..." En. Qairul sebaik mungkin menyusun kata-katanya.

"Apa dia,ayah ? "

"Ayah nak Sara kahwin dengan anak kawan ayah. Budak tu pun baik.Ayah berkenan sangat dengan dia ..."

Qai tersentak.Dia menundukkan kepalanya.Tak tahu apa yang patut dijawabnya.

"Sara , please...Ayah teringin sangat nak tengok anak ayah ni bahagia . " pujuk En. Qairul lembut

Qai mengeluh panjang . Dia dah dapat mengagak perkara ini yang akan diutarakan oleh ayahnya pada hari ini . Lambat-lambat dia menganggukkan juga kepalanya walaupun masih teragak-agak dengan keputusannya . Mungkin ini yang terbaik untuk kau , Qai. Gerutunya dalam hati .Dia tahu jika dia menolak , ayahnya akan mendesaknya lagi supaya terima dengan keputusannya itu.

En. Qairul tersenyum.Dia tahu anaknya mudah untuk dibawa berbincang.En Qai meletakkan tangannya di atas kepalanya seraya mengosoknya perlahan.

"Tapi ayah..." Qai bersuara lirih.

"Tapi apa? "

"Lelaki tu boleh ke terima Sara ? Tengoklah badan Sara macam mana ..." Qai mengendurkan suaranya.

"Insya-allah Am boleh terima Sara. Am tu baik budaknya.Ayah berkenan sangat dengan dia . "

"Am ? Nama dia Am ke ?"

Pertanyaan Qai dijawab dengan anggukkan kepala.

"Apa nama betul dia ,ayah ? Umur dia berapa?" Soal Qai . Perasaan ingin tahunya membuak-buak.

"Nama dia Ammar tapi ayah panggil dia Am.Umur dia 28 tahun. Empat tahun lagi tua daripada Sara..."

Jawapan En Qairul membuatkan Qai teringatkan seseorang.Lelaki yang selalu bermain di fikirannya walaupun mereka berdua baru berjumpa sekali.Qai mengeluh lagi.Hmmm...takde peluanglah aku nak rapat dengan mamat misteri tu.

En.Qairul mengerutkan dahinya.Pelik dengan sikap anaknya.Sikit-sikit termenung...

"Sara dah ada calon lain ke?" Soal En Qairul ingin tahu

Qai mengelengkan kepalanya .

"Hmm..ayah .Qai nak masuk bilik dulu ye.Qai penatlah . Qai nak solat asar lepastu nak tidur kejap."

"Pergilah tapi jangan sampai terbabas sampai maghrib pulak"

"Baik ,ayah "

-------------------------

Ammar meraup wajahnya berkali-kali.Permintaan ibu bapanya kali ini begitu merunsingkannya.Namun untuk menentangnya dia berasa bersalah.Terpaksa dia menyetujui perancangan ibu bapanya supaya ibu bapanya tidak terluka dengan penolakannya.

Ammar mencapai kunci kereta di atas meja kerjanya.Dia berjalan menuju ke keretanya lalu memandu keretanya itu tanpa ada arah tuju.

Fikirannya bercelaru memikirkan perkahwinannya yang akan berlangsung pada bulan hadapan . Semua urusan perkahwinan diuruskan oleh keluarganya.
Begitu pantas sekali mereka mahu melangsungkan perkahwinan antara aku dan anak kawan mereka berdua.

Ammar mengeluh panjang.Sungguh dia tidak menyangka begitu cepat dia akan menjadi seorang suami. Hmmm....terpaksalah aku lupakan gadis misteri itu...

Ammar mengeluh lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience