Bab 3

Romance Series 9366

Beberapa kali Ammar cuba melelapkan matanya namun tetap sahaja wajah gadis yang bernama Qai menari-nari di mindanya.Hari ni sudah masuk 2 minggu dia tak berjumpa dengan Qai.Walaupun mereka berdua baru berjumpa sekali tapi perasaannya sudah lain macam apabila berjumpa gadis itu.Love at first sight katakan....

Ammar mengukir senyum manis.Telefon pintarnya yang terletak diatas meja disebelah katilnya dicapai.Dia membuka contact number .Terpampang nombor Qai.Faz yang memberikan nombor Qai kepadanya ketika Qai sedang lena mengulit mimpi.Ammar tersenyum sendiri.

Nak call ke tak ek?Tapi nanti apa pulak kata dia...Ammar melepaskan keluh kecil.Dia meletakkan semula telefonnya diatas meja.Kemudiannya dia memejamkan matanya , cuba untuk tidur.Tidak lama kemudian ,dia terlena.

Sementara itu,Qai sedang menonton televisyen manakala Faz sedang membuat kerja pejabatnya diruang tamu.Qai mengeluh panjang.Wajah Ammar sudah beberapa kali diusir pergi namun wajah itu juga yang berada dalam fikirannya.

Faz mengerutkan dahinya apabila mendengar keluhan daripada Qai.Masuk kali ini sudah enam kali Qai mengeluh.

"Kau ada masalah ke , Qai ?" Soal Faz ,prihatin.

Qai tidak terus menjawab.Dia mengukir senyum nipis kepada Faz.Keprihatinan Faz kepadanya yang membuatkannya boleh mengekalkan persahabatan mereka selama 7 tahun . Qai mengeluh lagi.

"Tengok tu ! Dari tadi kau mengeluh je.Kau ada masalah ke?Kalau ada masalah ceritalah dekat aku. Kot-kot aku boleh tolong kau." Faz mengambil tempat diatas sofa disebelah Qai.

"Mamat tu..." Qai memulakan perbicaraannya.

"Mamat mana pulak ni?Kau ada sangkut dengan mana-mana lelaki ke?" Faz mengerutkan dahinya.Jarang sekali Qai membuka cerita tentang lelaki. Last Qai buka cerita pasal lelaki masa dia tengah hangat bercinta dengan Fahmi.Selepas Qai putus dengan Fahmi ,tiada lagi cerita tentang lelaki yang diborakkan.Serik mungkin...

"Mamat hari tu ..."

"Mamat hari tu? Maksud kau Ammar ke? Ke ada mamat lain ni?"

"Hmmm...Si Ammar tu." balas Qai , perlahan.

"Kenapa dengan dia? Kau ada jumpa dia lagi ke ? Ke kau dah tangkap cintan dengan mamat tu ? Muka mamat tu pun boleh tahan jugak , persis Fattah Amin katakan...Badan dia pun lebih kurang je dengan Fattah Amin ." Faz membuka al-kisah tentang artis popular tanah air pula.

Qai mengetap bibir.Wajahnya turut kemerahan.Malu apabila Faz sudah dapat mengagak masalahnya itu.

"Apa hal pulak kau nak blushing-blushing ni? Betul ke? Kau dah jatuh cinta dengan dia ke?" macam machine gun mulut Faz berkata-kata.

"Aku tak tahulah apa masalah aku sekarang.Aku asyik ingatkan mamat tu je sekarang ni.Dekat pejabat pun ,aku tak boleh fokus nak buat kerja.Dia macam dah kuasai fikiran aku.Kusut neuron aku tau tak...." luah Qai dengan penuh emosi.

"Kau dah jatuh cinta dengan dia eh ...Fuyoo , love at first sight lah mak cik ni..." usik Faz sambil menguntum senyum .

Qai mendengus geram.Dia mencampak bantal yang berada di atas ribanya tepat mengenai muka Faz.Faz menarik muka .
Qai sudah terbahak-bahak mengetawakan Faz disebelahnya itu.

"Siapa suruh suka sangat usik orang.Kan dah dapat habuannya."

"Betul lah aku cakap.Tang mana yang salahnya?Takkanlah kau love at second sight kot ..." bidas Faz sambil membuat mimik muka.Masih dengan rajuknya.

"Hmmm..yelah-yelah.I'm sorry ya.."

Faz mengukir senyum.Tahu pun nak mintak maaf !

"Weyh, aku ada lagi satu masalah ..." beritahu Qai sambil mengeluh panjang.Kali ini masalahnya lagi berat dari masalah tadi.

Faz mengerutkan dahinya."Apa pulak masalah kau kali ni?"

"Ayah aku suruh aku balik rumah dia esok..."

"Then? Apa masalahnya ? Suruh balik rumah je kan?"

"Memanglah suruh balik rumah je tapi ayah aku cakap ada benda penting yang dia nak bagitahu aku" Qai mengeluh lagi.

Ketegasan Encik Qairul membuatkan Qai tidak berani untuk menentang.Dia terpaksa akur dengan kehendak bapanya.Dia sudah dapat mengagak perkara apa yang dikatakan penting oleh ayahnya.Namun dia berharap bukan perkara itu yang akan diberitahunya esok hari.Sungguh dia tidak bersedia untuk perkara itu.

Faz menepuk bahu Qai lembut."Pergilah balik.Kot-kot ada berita gembira yang ayah kau nak bagitahu kau."

Qai melepaskan keluhan berat seraya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience