Bab 8

Romance Series 9366

Di ruang tamu , Ammar duduk disebelah isterinya kemudian menjatuhkan kepalanya ke atas paha isterinya itu.

Qai tersenyum manis sambil tangannya bermain dengan kening tebal lelaki itu.Terus dia mendaratkan sebuah ciuman pada kening lelaki itu.

Ammar mendongak memandang isterinya.
Bibir isterinya diusap lembut. Sungguh dia suka dalam keadaan begini.

"Abang..." panggil Qai perlahan .

"Hmmm ...kenapa sayang ? " soal Ammar manja.

"Dia ada mesej sayang , tapi sayang tak balas . Sayang tak tahu nak balas apa..." adu Qai manja

Ammar menjuihkan bibirnya seketika.

"Biar abang jelah yang balas . Bak sini phone sayang ..." pinta Ammar lembut

Qai menghulurkan iphone nya kepada Ammar.

-Tak payah kacau dia lagi ! Dia dah kahwin ! Don't disturb her again . Ni amaran keras dari suami dia ! -

Send . Ammar memulangkan semula iphone itu kepada isterinya .

Melopong mulut Qai melihat mesej yang dihantar oleh suaminya.Matanya beralih ke arah suaminya yang sedang merenung- nya.

"Kenapa ? Tak sanggup melukakan hati si buah hati sayang tu ..." ujar Ammar dalam nada bergurau.

"Ni cari pasal ni .Nak kena ni..." Qai menyinsingkan lengannya . Perut suaminya dicubit manja .Dia tahu suaminya bergurau. Dia pun turut mengikut rentak suaminya.

Ammar mengekek mengetawakan isterinya.Comel !

"Abang bergurau je tau ,sayang . Jangan sayang revenge pulak..." tutur Ammar perlahan selepas menghabiskan sisa ketawanya.

"Tak nak ! Sayang still nak balas dendam dekat abang ..." Ujar Qai sambil tersenyum nakal.

Ammar membuat muka cuak walhal dalam hati sedikit pun tidak cuak dengan kata-kata isterinya itu.

"Balaslah , abang reda je ..." ujar Ammar ,pasrah

Makin melebar senyuman Qai mendengar bicara suaminya.

"Betul eh..."

Ammar mengangguk kecil.

Qai merapatkan bibirnya pada batang leher suaminya.

Ammar tersenyum kegelian. "Sayang nak goda..." belum sempat Ammar menghabiskan kata-katanya , rasa sakit sudah menjalar di lehernya.

Qai mencicit lari apabila Ammar bangun dari baringannya.

"Sayang !!! " Jerit Ammar sambil mengejar langkah isterinya yang sudah berada ditingkat atas.

Ya Allah , pedihnya dia gigit . Aku ni kahwin dengan zombie ke apa ni...

Ammar terus memeluk isterinya dari belakang apabila melihat isterinya sedang berdiri di tepi meja solek di dalam bilik tidur mereka.Dia terus mendaratkan ciuman pada pipi gadis itu.

"Nakal ye , isteri abang ni ..." bisik Ammar lalu mendaratkan ciuman pada leher isterinya.

"Abang cakap abang reda . So sayang balaslah dengan senang hati..." jawab Qai selamba

"Ouh ... sayang main kasar nampak ! Kalau macam tu abang nak balas balik lah."

Qai menelan liur mendengar nada suaminya yang lain macam.

"Apa kata , kalau sayang bagi abang gigit bibir sayang tu " tutur Ammar dalam keadaan berbisik.

Qai terus merungkai tangan suaminya yang berada di pinggangnya lalu berlari ke dalam bilik air.

"Sayang buat apa tu ? " Usik Ammar yang berada di depan pintu bilik air itu.

"Ambil wuduklah ..." balas Qai , geram.

"Ouh ingatkan tengah bersembunyi . Kot-kot sayang takut bibir sayang tu hilang sebab kena gigit dengan abang ." Sakat Ammar lagi.

" Whatever ! "balas Qai , malas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience