Bab 11

Romance Series 9366

Fahmi memandang Qai yang berada dihadapannya tidak berkelip . Sungguh dia tidak percaya yang dia masih berpeluang melihat bekas teman wanitanya itu.

Semalam ,apabila Qai memberitahunya yang suaminya suruh dia datang Kafe yang berada dekat dengan kawasan tasik disitu . Terus sahaja dia memberitahu yang dia akan datang pada hari esok . Akhirnya dia duk merenungkan si isteri orang ni yang berada dihadapannya itu.

Qai menjadi tidak selesa direnung sebegitu oleh lelaki itu . Jarinya diramas-ramas bagi menghilangkan rasa gugup.

Mana laki aku ni ? Tadi kata nak pergi jumpa kawan kejap je . Hesy , mana dia ni ???

"Hmm , Qai . " panggil Fahmi perlahan .

Qai mengangkat wajah memandang Fahmi.

"Sebenarnya , saya datang ni nak mintak maaf dekat awak sebab pernah buat awak terluka..."

Qai hanya mengangguk sahaja.Mulutnya seakan-akan terkunci.

"Awak masih dendam dekat saya ke ? "

Qai mengelengkan kepalanya . Sejujurnya ,pada mulanya dia memang berdendam dengan lelaki itu . Namun sejak Ammar datang dalam hidupnya . Hilang semua dendam yang disarangkan buat lelaki itu .

Fahmi tersenyum nipis . "Kenapa awak tak jemput saya ke wedding awak ? At least , boleh lah saya move on awal-awal . Tak adalah saya nak jadi macam orang gila nak tercari-cari awak ."

Sejak semalam , apabila suami Faz sendiri yang memberitahu bahawa Qai sudah berkahwin , dia mula mempercayai mesej yang dihantar kepadanya tempoh hari iaitu mesej yang dihantar sendiri oleh suami Qai. Mulai saat itu , dia cuba move on daripada gadis itu.

"Saya rasa tak perlu , so saya tak jemputlah . " bidas Qai sambil tersenyum payah.

Fahmi terdiam . Sampai beginikah gadis itu berubah . Pandangannya tertunduk ke bawah . Sedikit sebanyak kata-kata gadis itu membuatkan dia berasa bersalah sebab pernah membuatkan hati wanita itu dirobek kejam.

"Sayang..." tegur Ammar yang berada di belakang Qai .

Qai tersentak . Macam laki aku boleh ada dekat belakang aku ni??! Perlahan kepalanya didongak memandang suaminya.

Fahmi turut memandang ke arah lelaki itu . Ni ke suami Qai ? Patutlah dari tadi aku perasan yang lelaki ni dari tadi curi dengar perbualan aku dengan Qai . Fahmi meneliti raut wajah suami Qai . No wonderlah Qai boleh lupa aku macam tu je . Tengoklah muka laki dia ni . Boleh dikategorikan dalam One of hottest guy in the earth . Ada rupa , ada gaya , ada segalanya lah ...

Ammar melabuhkan punggung disebelah isterinya . Tangan kanannya dihulurkan kepada Fahmi . " Qaiser Ammar . Boleh panggil saya Ammar "

Fahmi menyambut tangan itu mesra . "Fahmi Jauri . Panggil saya Fahmi "

"Saya datang sini untuk jumpa Qai sebab nak mintak maaf je " terang Fahmi lembut

"I knew "

Fahmi tersenyum nipis . No wonderlah hang boleh tahu . Dah hang duk curi-curi denhar perbualan kita orang.Kutuk Fahmi dalam hati

"Kenapa tak oder ? " soal Ammar sambil menjongketkan keningnya.

"Saya dah minum tadi sebelum datang
sini "

"Ouhh...pergilah oderlah minuman . Hari ni saya belanja . Bolehlah kita borak-borak sekali. "

Fahmi menganggukkan kepala .

Qai disebelah sudah mengeluh . Nasib kaulah Qai kena hadap si sang suami dengan ex-boyfriend berbual .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience