Bab 7

Romance Series 9366

Fahmi mengetuk-ngetuk meja menggunakan jarinya untuk menghasilkan irama lagu.Sementara matanya tidak lepas dari memandang ruangan chat tersebut.Sudah seminggu mesej yang dihantar tidak dibalas Qai.Penat menunggu , Fahmi mencampakkan telefonnya atas sofa.

"Mana dia ni ? Dulu bukan main laju lagi kalau aku hantar mesej . Sekarang ni bukan main lembab lagi nak balas.Mahu berkurun dia nak balas mesej aku ni...Nak kata tak perasan , dia dah baca mesej aku..." bebel Fahmi sendirian.

Fikiran Fahmi mula menme
awang teringatkan kenangan lalu bersama Qai.Seorang gadis manis dan periang yang selalu membuatkan hatinya yang kosong menjadi terisi setiap masa.

"Sayang tengok apa tu ? " soalnya yang baru mengambil tempat disebelah teman wanitanya itu

Qai mengoyak senyum manis melihat lelaki itu . "Tengok pasangan tu , sweet sesangat even dah tua ."

Fahmi mencuit manja hidung Qai . "Kita pun jadi macam diaorang jugak kalau sayang nak . "

Qai memuncungkan mulutnya . "Berapa kali saya nak ingatkan awak , kita ni belum kahwin lagi . So , don't try to touch me again like just now."

Fahmi tersenggih . "Tak sengaja , sayang comel sangat . Geram biy tengok ! "

Qai tersenyum nipis ,seketika kemudian dia memandang ke hadapan semula .

"Sayang ada tak terfikir kalau kita dah kahwinkan . Lepastu dapat baby ..." Fahmi merenung Qai sedalam cintanya buat gadis itu.

Qai menjongketkan keningnya ,menyuruh lelaki itu menyambung bicaranya yang terjeda.

"Apa sayang nak namakan baby kita kalau kita dapat baby boy ? "

Qai tersenyum geli hati . Jauh betul pemikiran lelaki itu.

"Kalau lelaki saya nak namakan dia Ahmad Fahmi Adam bin Fahmi Jauri ." balas Qai lembut

"Kalau baby girl ? " soal Fahmi lagi

Qai mendongak langit sambil jarinya mengetuk-ngetuk dagunya.

"Maybe Nur Dahlia Qairina binti Fahmi Jauri . "

Fahmi tersenyum mendengar jawapan dari mulut teman wanitanya itu.

Akhirnya mereka berdua tergelak apabila mengenangkan mereka berdua terlalu jauh melalut sehingga ke alam perkahwinan.

Fahmi mengeluh apabila kenangan lalu menerjah kotak ingatannya . Teramat menyesal melepaskan gadis yang seperti itu .

Fikrannya yang jauh melayang berteraburan apabila mendengar bunyi notification masuk dari Samsung Note 2 nya.Dengan pantas dia mencapai telefonnya yang berada diatas meja lalu melihat si gerangan yang menghantar mesej kepadanya.Qai balas mesej aku ? OMG !

-Tak payah kacau aku lagi ! I don't love you anymore ! Kau dah lama mati dalam hidup aku ! -

Riak teruja Fahmi tadi berubah menjadi keruh . Jelas terkejut dengan kata-kata Qai yang sedikit kasar . Apa yang dia tahu sebelum ni , Qai seorang yang sopan dan jaga percakapannya . Ke dia still dendam dengan aku ?? 4 years ago kot...

-Kenapa marah-marah ni sayang . Sayang tak rindu dekat biy ke ? Ke sayang revenge ? -

-The past is past , baby . Please forgive me . Biy janji biy akan bahagiakan sayang .Kali ni biy nekad nak masuk meminang sayang .Please...forgive me....-

Fahmi meraup wajahnya berkali-kali . Kesal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap gadis itu . Dia tahu luka yang dia tinggalkan terhadap gadis itu dalam . Tapi memandangkan masa itu dirinya lebih memilih untuk memuaskan nafsu , maka dia melepaskan gadis itu memandangkan gadis itu jenis yang menjaga batas pergaulan.

Fahmi mencapai kunci kereta wira nya di ats meja. Kali ini dia nekad untuk mencari gadis itu. Dia ingin hidup bersama gadis itu.Enjin kereta dihidupkan . Keretanya mengaum kuat meninggalkan perkarangan rumah sewa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience