Bab 9

Romance Series 9374

Di dalam sebuah kafe , Fahmi terus bangun dari duduknya apabila membaca mesej yang dihantar oleh Qai .Sungguh dia tak percaya yang gadis itu telah berkahwin.Aku tak percaya ! Mustahil ! Tapi kalau dia dah kahwin betul-betul macam mana ? Apa kau nak buat ? Fahmi berperang dengan diri sendiri memikirkan pelbagai andaian.

"Kau mesti tipu ni . Confirm kau guna perkataan suami supaya aku takkan kacau kau lagi ..." ujar Fahmi seorang diri

Langkahnya terus diatur menuju ke kereta .Kereta dipandu laju membelah jalan raya. Keretanya dipandu menuju ke arah rumah sewa Qai yang pernah didatanginya suatu tika dahulu .

"Assalammualaikum ..." ucap Fahmi yang berada di luar pagar rumah sewa Qai.

Beberapa ketika , Faz keluar dari rumahnya. Amat terkejut apabila Fahmi berada dihadapan matanya.

"Kau nak apa , ha ? " soal Faz kasar. Dengan lelaki ni tak payah nak berlembut sangat . Disebabkan dia , Qai menangis teruk sehingga jatuh sakit. Memang tak dapat dimaafkan lagi lelaki yang berada dihadapan matanya ini.

Fahmi tersentak . Mak aii... Garangnya !

"Aku nak jumpa Qai..." Fahmi berterus-terang. Malas nak berkias-kias dengan Si Faz ni , karang tak pasal-pasal kena sembur.

Faz tersenyum sinis . "Baru sekarang kau nak cari dia ? "

"Mana dia ? Bagi aku jumpa dia , aku tahu dia ada dekat dalam ! " laung Fahmi dark luar pagar. Pagar yang dipegangnya , digegar berkali-kali.

"Dia dah tak duduk sini ..." bagitahu Faz mendatar

Mata Fahmi meliar-liar ke dalam rumah itu untuk mencari kelibat Qai .

"Kalau dia tak duduk sini , dia duduk dekat mana ahh ? " soal Fahmi dengan nada yang tinggi .

"Yang kau macam orang gila talak ni apehal ? Macam orang tak siuman pun ada , aku tengok kau ni..." Ujar Faz sinis.

Fahmi mengetap bibir. Geram dengan kawan baik Qai itu.

"Aku tanya jawab jelah . Dia sekarang tinggal dekat mana ? " marah Fahmi . Kali hilang sabarnya dengan kawan baik sehati sejiwa Qai itu.

"Siapa ni , Faz ? " soal seorang lelaki lalu merapati isterinya itu.

Dari dalam lagi dia mendengar suara orang yang menerit-jerit . Itu yang dia terpaksa campur tangan.

"Ex-boyfriend Qai . Dia cari Qai " balas Faz perlahan.

Azri tersenyum kemudian memandang pemuda yang berada di luar pagar rumahnya itu.

"Maaf ye , Encik . Qai dah tak duduk dekat sini .Dia dah pindah masuk rumah suami dia . So, sekarang ni , rumah ni jadi rumah saya dan isteri saya."

Fahmi terkedu mendengar kata-kata lelaki itu.

"Dia duduk mana , Encik ? " soal Fahmi lembut

"Yang tu saya tak pasti . Encik kena tanya tuan punya badan sendiri lah "

Fahmi menganggukkan kepalanya bak burung hantu .

"Saya pergi dulu ye , Encik " pamit Fahmi kemudian meloloskan dirinya kedalam perut kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience