Bab 6

Romance Series 9366

Dalam meniti hari-hari yang berlalu , sudah genap 6 bulan, Qai dan Ammar telah menjadi pasangan suami isteri.

Ammar tersenyum melihat isterinya berlari meninggalkan dirinya dibelakang.Memang sudah menjadi rutin mereka iaitu pada setiap hari sabtu dan ahad mereka akan berjoging selama 30 minit di Taman Tasik Cempaka. Pada mulanya, memang susah juga untuk Ammar memujuk isterinya agar berjoging bersama. Namun pujukan demi pujukan terhadap isterinya itu , akhirnya Qai bersetuju . Banyak perubahan yang jelas kelihatan terhadap tubuh badan Qai.Qai yang dulunya Qai gemuk dan tinggi , kini sudah menjadi kurus dan tinggi.Kini, dia sudah mencapai berat yang diimpikannya iaitu 54 kg. Semuanya atas usaha Ammar yang tidak sudah-sudah menjadi jurulatih Qai pada setiap masa.

Qai memberhentikan langkahnya apabila dirasakan suaminya tidak berada disebelahnya. "Abang menung apa lagi tu ? "

Ammar terpingga-pingga kemudian senyum ditarik.Dengan pantas dia berlari mendapatkan isterinya.Pinggang isterinya dirangkul erat.

"Ish abang ni tak malulah.Kat tempat awam pun still nak peluk-peluk orang..." Muka Qai berubah rona . Giginya diketap.

"Rilekslah sayang. Bukannya ada orang pun kat sini. Yang sayang blushing-blushing ni kenapa ?" sakat Ammar sambil menjongketkan keningnya.

Qai merengus geram. Kakinya terus diayunkan meninggalkan sang suaminya sekali lagi.

Ammar tersenggih seraya mengikuti jejak langkah isterinya.

_______________

SETIBANYA di kedai makan berdekatan dengan Taman Tasik Cempaka itu . Ammar dan Qai terus mengambil tempat di bawah khemah. Seorang pelayan lelaki datang menghampiri lalu menghulurkan kad menu kepada mereka berdua.

"Sayang nak makan apa? " soal Ammar lembut

Qai memandang suaminya yang berada dihadapannya.Kemudian pandangannya teralih kepada menu semula.

Ammar melebarkan senyuman melihat isterinya lalu memandang pelayan itu pula.

"Buatkan saya nasi goreng paprik ayam dengan horlick ais "

Qai memandang suaminya lalu memandang pelayan itu pula.

"Saya pun sama jugalah..." ujar Qai lembut

Pelayan itu mengangguk lalu mengambil kad menu seraya melangkah pergi dari situ

Ammar merenung isterinya yang berada dihadapannya.

"Kenapa Abang pandang Qai macam tu? " Qai menjongketkan keningnya

"Saja..."

Qai mencebik lalu mengeluarkan Iphone nya dari poket.Ikon instagram dibuka lalu menekan screennya yang berada di kanan paling atas.Ada orang dm aku??!!

-Hye , sayang . How about your life ,then? Biy rindu lah dengan sayang . Why not kita get back semula? Biy tahu mesti sayang masih cinta dan sayangkan biy...I love u syg...Please reply kalau dah baca :) -

"Siapa pulak ni?" gumam Qai sambil melihat profile orang yang menghantar mesej tersebut . Fahmi_jauri ??? Whatt??

"Sekarang baru nak bersayang-sayang dengan aku ! Shit ! Dasar jantan ! " marah Qai seraya semula telefon pintarnya kedalam poket seluar sukannya.

Jelas terkejut Qai apabila melihat Fahmi yang menghantar mesej itu.Sungguh dia tidak menyangka lelaki itu akan mencarinya semula.Perlahan-lahan keluhnya dilepaskan.

"Kenapa ni sayang ? " soal Ammar lembut apabila melihat isterinya naik angin tiba-tiba.Jemari isterinya yang berada di atas meja dicapai lembut.

Butir-butir yang keluar dari mulut isterinya kedengaran jelas.Dalam kepalanya timbul pelbagai persoalan tentang kata-kata isterinya tadi.Bersayang-sayang ?? Is it right? Ke telinga aku yang problem ??!!

"Tak ada apa-apalah..." balas Qai perlahan.Sungguh dia tiada mood tika ini

"Sayang...." Ammar meleretkan suaranya.Lebih kepada memujuk.

Qai menundukkan wajahnya . Jarinya ditarik perlahan dari genggaman suaminya.Ammar makin menguatkan lagi genggamannya.

"Sayang,nak telefon kejap..." pinta Ammar lembut

Qai pantas memandang suaminya. Keningnya bertaut.

"Nak buat , biy ?" soal Qai pelik.Pantas dia menutup mulutnya apabila menyedari yang dia tersalah panggil suaminya .

"What you called me just now?" Ammar menari-narikan keningnya.Weirdoo bini aku ni.Tak pernah-pernah dia panggil aku biy !

"Takde apa-apa ! "Qai terus menghulurkan Iphonenya kepada suaminya bagi menutup keterlanjuran katanya sebentar tadi

Ammar mengangkat bahunya seraya menyambut huluran itu.

Sambil menunggu makanan yang dipesan siap, Ammar menyelongkar segala isi perut telefon isterinya.Butang recent app pada skrin ditekan.Terpapar aplikasi instagram disitu.Ammar terus membuka aplikasi itu.Tanpa membuang masa , Ammar terus menekan butang direct message. Jelas terpapar nama Fahmi_jauri pada ruangan chat yang paling atas.Terus dibuka chat itu.

" Biy ? Sayang ? Who is that guy ? " soal Ammar dengan nada tegas. Riak mukanya tidak dapat dibendung lagi.Jelas riak cemburu terpancar di mukanya.

Qai menelan liur . Tak sangka suaminya akan membuka instagramnya . Dengan nada yang tersekat-sekat Qai menjawab.

"Ka...wan..."

Mencerlung mata Ammar memandang isterinya . Kemudian bibirnya mengoyak senyum sinis.

"Kawan ? Abang tak tahu pulak, kalau kawan ada panggilan biy , sayang-sayang bagai ni ! " balas Ammar sinis

Qai mengeluh perlahan . Qai bangun lalu mengambil tempat disebelah suaminya.Tangan kanan suaminya dicapai lalu dikucup lembut.

"Sayang mintak maaf , bang. Sebenarnya laki tu bekas teman lelaki Qai ..." terang Qai , jujur. Sungguh dia takut jika Ammar naik angin di situ.

Ammar memandang isterinya disebelah sekilas.Jatuh simpatinya melihat wajah ketakutan isterinya.Tangan isterinya digenggam erat.

"Sayang takut ke ? " soal Ammar lembut

Qai menundukkan wajahnya . Tak mampu dia untuk menentang panahan mata suaminya.

"Pandang abang , sayang ..." Ammar menaikkan wajah isterinya sedikit.

Qai merenung anak mata bundar milik suaminya .

"Sayang putus dengan laki tu bila ?" lembut sahaja suara Ammar menyoal

"4 years ago "

Ammar mengeluh seraya mengangguk perlahan.

"Lepas ni kalau dia ada kacau sayang lagi , sayang bagitahu abang ye . No more secret-secret between us . Kita kan pasangan suami isteri yang paling sweet ..."

Ammar cuba menceriakan suasana. Terhasil cubaannya apabila Qai tergelak-gelak kecil

"Dah , jom makan. " ajak Ammar apabila makanan yang dipesan sudah terhidang didepan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience