BAB 13

Romance Completed 8655

Yasmin berbaring di atas katil di dalam biliknya, jam sudah menunjukkan angka 11 malam, tetapi dia belum ingin lelap lagi. Selepas tetamu mereka pulang petang tadi dia terus masuk ke dalam bilik. Yasmin terkejut, kerana dia kenal dengan wanita yang datang itu. Perasaan bersalahnya masih menggunung dengan apa yang dia buat dulu.

Selepas ibu Yasmin memberitahunya bahawa ada orang yang ingin meminangnya Yasmin terus membantah. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa sesuatu di dalam hatinya. Rasa tidak rela memikirkan dia menjadi hak milik seseorang. Seseorang yang dia tidak inginkan. Hatinya tanpa sedar menjerit nama seseorang. Luthfi.

Tetapi mendengarkan kata-kata Puan Suraya yang mengatakan pertemuan mereka hanyalah untuk menyampaikan hajat – dan andai Yasmin tidak bersetuju mereka tidak akan memaksa gadis itu, Yasmin terus mengikut sahaja kata ibunya. Dan sebenarnya terpancar pada wajah Puan Suraya betapa dia gembira dengan peminangan itu.

Setibanya dia di bawah ditemani Aishah, Yasmin dikejutkan dengan individu yang datang itu. ‘Nenek Luthfi.’ Yasmin terkejut dan terkesima. Dia terus sahaja membatu dalam langkahnya andai tidak ditolak oleh Aishah tadi bahunya. Turut bersama dengan wanita itu juga ialah Aliyah, yang semestinya sudah dikenali oleh Yasmin.

Wanita tua itu manis wajahnya memandang Yasmin, seolah-olah kejadian Yasmin menyalahkan cucunya itu dulu tidak pernah terjadi. Dan memang sahlah Luthfi yang menghantar pinangan itu. Ternyata lelaki itu nekad.

Perbualan mereka hanya berkisar tentang latar belakang sendiri. Yang semestinya Yasmin sudah mengetahui banyak perkara tentang Luthfi.

“Mereka satu sekolah dulu.” Tutur nenek Luthfi. Pandagannya dihalakan pada Yasmin. “Sebenarnya Luthfi ada dengan kami, dia tunggu dekat dalam kereta di luar.” Sambungnya lagi mengejutkan Yasmin. Puan Suraya juga agak terkejut. Dia tiba-tiba berasa risau andai masa silap anaknya dibawa sama dalam topik perbualan mereka itu, bila mengetahui bahawa orang yang meminang itu pernah bersekolah sama dengan Yasmin dulu.

Dia tahu Yasmin sudah berubah lebih baik sekarang, sangat jauh lebih baik daripada dulu. Tetapi apa boleh buat, andai mulut-mulut manusia masih sering memilih untuk membuka keburukan orang lebih daripada kebaikan yang telah dilakukan. Namun senyuman masih tetap dia lakarkan pada wajah, menanti kata-kata lanjut daripada nenek Luthfi.

“Luthfi ada minta untuk bercakap dengan abah Yasmin.” Sambung wanita tua itu lagi.

Encik Abdullah semestinya terus sahaja bertemu dengan Luthfi selepas itu. Dia suka pada karaketer Luthfi yang berani dan bersungguh ingin memperisterikan anak gadisnya. Namun pada sisi Yasmin pula dia jadi gentar. Apa yang ingin disampaikan oleh Luthfi kepada abahnya. Sekali lagi masa lalu terus membelengu.

Lama Encik Abdullah diluar berborak dengan Luthfi, jika memang mereka sedang berborak ataupun sebaliknya. Yasmin resah sendirian di dapur, meskipun dia belum pun memberikan jawapan pada pinangan itu, Aishah tidak lepas dari sisinya.

“Hey. Orang baru masuk meminang kot takkan lah dah nervous macam ni.” Aishah suka menyakat Yasmin.

“Aish. Tak da kena mengena okay.” Cantas Yasmin. “Aish tahu tak soalan yang Yas nak tanya tadi masa dalam bilik?” Yasmin menyoal Aishah yang kerut dahi mengingati soalan apa yang dimaksudkan oleh Yasmin.

“Just before ibu came in.” Tambah Yasmin lagi. “Oh, yes. Apa yang Yas nak tanya sebenarnya tadi tu?” Aishah baru ingat.

“About this.” Tutur Yasmin. Aishah sekali lagi bingung. “Pinangan ni. I thought Luth main-main je masa dia bagi tahu Yas yang dia nak kahwin dengan Yas.” Luah Yasmin. Jelas terpampang riak terkejut pada wajah Aishah.

“Apa pandagan Aish, tentang semua ni?” Yasmin perlukan pendapat kakaknya.

“Pandagan Aish, hanya satu. Semua benda yang terjadi pada umat manusia di muka bumi ni sudah dirancang Allah s.w.t dan sudah pun tertulis di Luh Mahfuz lama sebelum kita diciptakan. Allah s.w.t pegang semua jawapan pada soalan kita Yas. Jadi, minta pada Dia. In sha Allah, he will ease everything.” Jawab Aishah sambil memeluk bahu Yasmin.

Setelah selesai semuanya, tetamu mereka membawa diri pulang. Yasmin tidak pun dapat melihat kelibat Luthfi kerana lelaki itu tidak masuk ke dalam rumah. Hanya pandangan Encik Abdullah padanya menyampaikan sesuatu tentang perbualan abahnya dengan Luthfi tadi.

Mereka meminta waktu, kerana itulah juga jawapan Yasmin. Setelah itu Encik Abdullah memanggil anak gadisnya itu ke dalam bilik bacaan. Yasmin hanya mengikuti langkah abahnya.

“Luthfi dah bagi tahu semuanya. Abah tahu Yas faham apa yang abah maksudkan” Tutur Encik Abdullah setelah mereka mengambil tempat duduk di dalam bilik bacaan.

“He’s a good guy. Dan abah tahu dia seorang yang bertanggungjawab, dan sungguh-sungguh dengan niat dia untuk memperisterikan Yas.” Yasmin khusyuk mendengar kata abahnya.

“Tapi abah tak nak paksa anak abah ni. Yas dah besar dan cukup matang untuk membuat keputusan. Apapun keputusan Yas abah terima. Jangan lupa mohon kepada Allah s.w.t. Solat istikharah. Abah sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak abah.” Mata Yasmin sudah bergenang mendengar kata-kata daripada mulut abahnya.

“Abah.” Air mata Yasmin jatuh juga. Orang tuanya itu sudah tersenyum memandang Yasmin, dibawa Yasmin ke dalam pelukannya.

“Dah, dah. Jangan nangis. Nanti abah ubah fikiran karang tak bagi Luthfi ambil anak ayah ni.” Tutur Encik Abdullah. Kata-kata daripada setiap ahli keluarga Yasmin seperti telah memberikan jawapan pada dirinya.

Dia bangun daripada berbaring di atas katilnya, mematikan ingatan kepada peristiwa yang berlaku petang tadi. Yasmin masuk ke dalam bilik air, mengambil wuduk. Solat istikharah dia dirikan. Memohon petunjuk dan ketenangan, serta jawapan daripada yang maha esa pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience