BAB 4

Romance Completed 8655

Memandangkan syarikat Yasmin baru sahaja tertubuh, kebanyakan projek rekaan dalaman yang syarikatnya jalankan menggunakan sub-contractor dari syarikat pembinaan yang dia sedang berkerjasama.

Rezeki Yasmin sangat murah. Banyak projek yang dia dapat sejak penubuhan Designer – nama syarikatnya itu. Teknik pemasaran yang digunakan Yasmin sangat berkesan, dia kini terlibat dengan rancangan televisyen yang melakukan pengubahsuaian rumah pelanggan secara realiti.

Dan itu adalah faktor utama Yasmin mendapatkan pelanggannya, selain daripada bakat rekaan Yasmin itu sendiri. Bilik pejabatnya dipenuhi dengan plan rumah yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

Pintu bilik pejabatnya diketuk, dan muncul Amira pembantu Yasmin di muka pintu. “Cik Yasmin. Pelanggan yang ada appointment dengan Cik Yasmin pada jam dua petang ni dah sampai. Would you like to come right now? Or should I ask her to wait since there’s still 10 minutes before two? Amira menyoal melihat Yasmin yang agak sibuk itu.

“No it’s okay. I’d meet her now.” Yasmin menjawab sambil tersenyum.

“Have you prepared the files I required you too?” Dia menyoal lagi. Amira mengangguk dan Yasmin membawa langkahnya ke bilik perjumpaan mereka.

Seorang wanita yang sudah agak berusia sedang duduk menanti di dalam bilik itu. “Assalamualaikum.” Sapa Yasmin sambil menghulurkan tanganya.

“Waalaikumsalam. Aliyah.” Wanita itu menjabat tangan Yasmin. “ Yasmin.” Dan Yasmin juga memperkenalkan dirinya, meski yakin bahawa individu di hadapannya itu sudah tahu akan namanya.

“Would you like some coffee or tea. Puan Aliyah?” Mereka berdua kemudian duduk.

“A cup of tea then, would be great to kickstart this meeting.” Aliyah senyum.

Perbincangan mereka berdua bermula setelah pembantu Yasmin masuk membawa secawan the, dan kopi buat Yasmin.

Mendengar penjelasan Aliyah, apa yang Yasmin tahu wanita itu hanyalah wakil bagi menguruskan segala proses pengubahasuaian bagi sebuah rumah bunglow dua tingkat. Menurut Aliyah lagi majikannya yang merupakan pemilik rumah banglow itu tidak punya masalah dengan bajet bagi projek tersebut.

Yasmin hanya perlu mengeluarkan quotation, dan projek itu sudah boleh dimulakan. “Wow, your boss must be one of those millionaire eh, Puan Aliyah.” Yasmin berseloroh bila Aliyah menyatakan tiada sekatan pada bajet untuk projek itu.

“Well, Miss Yasmin semua orang yang kenal awak tahu hasil kerja awak macam mana. If I am just loaded enough I would’ve hired you to renovate my house too.” Aliyah menambah.

“It’s not always about the price Puan Aliyah. Kalau kita tahu cara untuk memaksimumkan semua kegunaan bahan yang berpatutan, hasil yang bagus memang boleh dapat punya lah. Psstt, ni rahsia saya tau, no one knows about this.” Yasmin begitu ramah bercerita, Aliyah juga begitu. Mereka berdua hanya ketawa dengan seloroh Yasmin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience