BAB 7

Romance Completed 8655

Kerja-kerja pengubahsuaian yang selalunya mengambil masa yang agak lama bagi keseluruhan sebuah rumah, tidak memakan begitu banyak masa. Yasmin memang sangat kagum dengan kerja pengubahsuaian rumah ini, yang telah menggunakan begitu banyak sub-kontrak untuk menyiapkan semua kerja megikuti plan dan rancangan Yasmin.

Memang benar kata Aliyah, kos tidak menjadi satu masalah buat pemilik rumah ini. Mengikut anggaran kasar Yasmin sahaja, kos kerja-kerja dalam proses untuk siap seratus peratus itu sudah pun sangat tinggi. Tetapi memandangan sebahagian sub-kontrak Yasmin ialah daripada syarikat kepada pemilik rumah ini sendiri, maka kos itu dapat dikurangkan sedikit. Ya, hanya sedikit.

“Such a breathtaking.” Tutur Yasmin perlahan. Dia sedang membuat pemeriksaan terakhir semua kerja-kerja pengubahsuaian sebelum rumah tersebut dapat dimuatkan dengan perabot dan kelengkapan serta hiasan lain.

Hari ini Yasmin tidak ditemani oleh Aliyah. Kerana menurut Aliyah tuan rumah ini sendiri yang akan datang untuk bertemu dengan Yasmin bagi membincangan sedikit penambahan yang dia ingin lakukan dalam rekaan Yasmin.

Walaupun Yasmin agak risau bila Aliyah memberitahunya perkara itu. Tetapi Aliyah meyakinkan Yasmin bahawa, majikannya hanya ingin menambah beberapa item peribadi untuk Yasmin masukkan ke dalam susun atur dalam rekaannya.

Langkah Yasmin dibawa naik ke tingkat atas. Telefon pintarnya berdering. Panggilan masuk daripada Aliyah.

“Waalaikumsalam.” Yasmin menjawab salam dari sebelah.

“Yes, yes. I am heading to the master bedroom.” Yasmin memberitahu lagi. Selepas beberapa ketika panggilan ditamatkan. Yasmin sudah pun berada di bilik tidur utama.

Matanya melilau mencari item yang diberitahu oleh Aliyah tadi, yang terletak di dalam bilik tidur utama itu. Pandangan Yasmin jatuh pada, sesuatu yang berbungkus. Lebar dan agak nipis. “A painting?” Tebak Yasmin.

Tangannya menyentuh item tersebut, dan mengoyakan bungkusan yang membalut item itu. Sedikit demi sedikit bungkusan itu koyak, dan semakin memperlihatkan sebuah lukisan di dalam. “Yes it is.” Yasmin menjawab sendiri tebakannya tadi.

Pergerakan tangannya terhenti apabila sudah separuh bungkusan itu dia koyak. Terkesima? Terkejut? Ya. Bukan kerana lukisan itu terlalu indah, walaupun hakikatnya lukisan itu memang cantik. Tetapi kepada suatu hakikat yang Yasmin sangat mengenali lukisan itu.

Jantung Yasmin berdegup kencang. Seolah-olah dia baru sahaja menghabiskan larian pecut, ataupun maraton. Peluh dingin membasahi dahi dan telapak tangan Yasmin. Mana mungkin dia lupa kepada lukisan itu. Pemandangan matahari terbenam, yang memantulkan cahayanya kepada kawasan bandar di bawah. Tetapi, kenapa lukisan tersebut boleh berada di sana. Di dalam rumah itu.

Yasmin geleng-geleng kepala. ‘Tak mungkin. Tak mungkin.’ Hatinya menidakkan suatu kemungkinan. Langkah dibuka, setapak demi setapak dia berundur ke belakang jauh daripada lukisan yang sedang berada di hadapan matanya itu.

Dengan pantas Yasmin memalingkan tubuhnya, dan ingin segera berlalu daripada situ. ‘Bukk’. Kuat bunyi dia melanggar sesuatu atau lebih tepat seseorang.

“Sorry. I am sorry…” Kata-kata Yasmin terhenti saat matanya mendongak memandang figura di hadapannya kini. Tidak berekspresi, dan hanya memandang tepat anak mata Yasmin. Dalam.

Sedar akan kedudukan mereka yang dekat itu, Yasmin secara automatik terus berundur ke belakang. Liur ditelan, terasa kering di tekaknya. ‘It’s been eight years. Not now. Please not now.’ Yasmin tidak tahu dia mengatakan kata-katanya itu, samada buat dirinya ataupun situasi yang dia sedang berada sekarang. Ataupun pada lelaki di hadapannya ini.

Mengingatkan dia akan peristiwa lapan tahun yang lalu. ‘I am sorry.’ Hati Yasmin berbisik lagi. Dia tidak langsung sempat meminta maaf pada lelaki itu setelah dia mengetahui perkara sebenar yang terjadi pada dirinya.

Lelaki itu membuka langkahnya. Mendekati Yasmin yang sedang berdiri kaku. Perlahan-lahan jarak antara mereka kembali kecil. Matanya tajam memandang wajah Yasmin yang sedang tunduk menekur lantai.

Lapan tahun berlalu, Yasmin masih seperti bagaimana dia mengingati gadis itu. Tetapi lebih anggun, dan cantik. Dan berhijab. Langkahnya masih tidak ada tanda-tanda ingin berhenti. Hanya beberapa kaki memisahkan mereka.

“Luth…” Yasmin segera membuka mulut. Serta merta juga langkah itu terhenti. Mereka dipisahkan dengan hanya jarak sekaki, membolehkan Yasmin menghidu bauan daripada lelaki itu. Begitu juga dengan Luthfi.

Yasmin yang sedar akan keadaan mereka terus melangkah ke sisi dan berundur lagi. Dia tidak biasa dengan keadaan sebegitu dekat dengan lelaki, dia bukan lagi dia yang dulu. Mungkin dulu semua benda yang dia ingin lakukan akan terus sahaja dia lakukan.

Dulu Yasmin memberontak. Jiwa remajanya inginkan perhatian. Dia tidak seperti kakaknya Aisha, yang matang, yang faham akan situasi kedua-dua orang tua mereka yang sibuk dengan komitmen kerjaya. Buat mereka berdua juga.

Tetapi tidak pada Yasmin. Apatah lagi setelah mengenali Luthfi, sewaktu di sekolah tinggi antarabangsa tempat mereka bersekolah. Mereka sama-sama seperti jiwa yang berkelana, mencari sesuatu yang hilang.

Banyak persamaan mereka, yang membuat hubungan kedua-dua Yasmin dan Luthfi akrab. Mereka sahabat dahulu. Ya hanya sahabat, kerana Yasmin menafikan perasaannya pada Luthfi. Pada Yasmin dia bukan seperti gadis-gadis remaja yang senang tangkap leleh dengan cintan-cintun dunia remaja. Bukan itu yang dia cari. Walaupun dia sebenarnya tidak tahu apa yang dia cari.

Dan ya, mereka berdua berkongsi rasa yang sama. Yasmin pada Luthfi bukan hanya sahabat, walaupun gadis itu terang-terang menyatakan tidak ingin ada perasaan apa-apa dalan persahabatan mereka.

“We’re a broken soul. Kita tak kan ke mana dengan cinta-cinta segala ni.” Tutur Yasmin dulu bila Luthfi menyatakan bagaimana jika antara mereka ada yang terjatuh hati pada salah seorang antara mereka.

Yasmin kekurangan perhatian dalam keluarga, begitu juga Luthfi yang sudah kehilangan kedua-dua orang tuanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu dia berusia 12 tahun. Luthfi dijaga oleh datuk dan neneknya. Mereka berdua daripada keluarga yang berada. Punya pangkat dan harta. Tetapi terang-terang semuanya tidak menjanjikan bahagia. Lihat sahaja mereka, jiwa yang rapuh.

Yasmin tarik nafas dalam bila terkenangkan masa lalunya. Masa lalu mereka. Dia bersyukur dengan kehidupannya kini. Mungkin apa yang berlaku lapan tahun lalu bukanlah hanya membawa keburukan dalam hidupnya. Memang peristiwan itu terkesan dalam kamus hidup Yasmin. Tapi dia sedang belajar untuk menerima, keburukan dan kebaikan dalam hidup.

Ayat cuba diatur untuk dia tuturkan kepada jejaka di hadapannya ini. Luthfi kelihatan berbeza dengan Luthfi lapan tahun yang lalu. Wajah lelaki itu, kelihatan lebih matang bahkan ketampanannya juga lebih terserlah dengan peningkatan usia mereka. Yasmin tidak tahu akan perubahan lain pada lelaki itu selain daripada fizikalnya. Adakah Luthfi masih Luthfi yang dia kenal dulu. Yasmin tidak tahu. Dan Yasmin tertanya-tanya akan apa yang dilakukan Luthfi di sini. Di rumah ini.

“You must be the interior designer right?” Kata-kata daripada mulut lelaki itu sedikit mengejutkan Yasmin. Formal. Yasmin cuba bersangka baik lagipun dia sedang berekerja sekarang, walaupun dia tidak tahu apa kaitan Luthfi dengan kerjanya ini.

“Ilyas Luthfi.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Tangan dihulur pada Yasmin. Sengaja. Gadis itu sudah terpepam tetapi cuba menahan ekspresi wajahnya agar tidak terlihat terkejut. Mungkin Luthfi ingin melupakan segalanya, sama seperti dirinya. Dan mungkin ini ialah langkah pertama yang perlu mereka ambil. Beraksi seperti saling tidak mengenali satu sama lain.

“Yasmin. Yes, am the the interior designer for this house. May I know, who you might happen to be?” Yasmin menjawab, membiarkan huluran tangan Luthfi tidak terjabat. Lelaki itu memandang pada tangannya yang tergantung begitu, dan membawa tangan itu masuk ke dalam kocek seluar.

“You’ve been working on this house for, how long? Like four months? And you don’t even know who I am.” Ada nada mengejek dalam tutur kata Luthfi. Yasmin ketap bibir, sedikit tercalar kredibilitinya.

“I am sorry sir. Saya hanya berurusan dengan Puan Aliyah selama ni. I am sorry if I should know you.” Yasmin menyerang tidak memandang Luthfi yang sedikit kagum dengan kata-katanya itu. Lelaki itu tersenyum.

“Saya tuan rumah ni.” Luthfi menjawab. Yasmin terlongoh sebentar.

Tuan rumah ni. Bermaksud selama ini dia sedang mengubahsuai rumah Luthfi. Pantas sahaja kenapa semua ciri-ciri yang diinginkan dalam hiasan dalaman rumah itu seperti sangat dikenali Yasmin. Beberapa tahun bersahabat dengan lelaki itu dulu, Yasmin sudah sangat kenal dengan Luthfi. Bahkan minat Luthfi pada seni lukisan itu juga. Lukisan. Yasmin teringat akan lukisan yang dilihatnya tadi.

“This is for you.” Luthfi berkata. Tangan masih tangkas mewarnai kanvas di hadapan.

“Seriously?” Yasmin menyoal lelaki itu. Tidak percaya. “Kau rasa-rasa lah kan kalau aku jual lukisan ni berapa aku boleh dapat?” Yasmin menyoal lagi, sengaja ingin menyakat Luthfi.

“Kau jangan nak pandai-pandai okay. It’s not even finished yet. And you’re thinking of selling it already. I just can’t believe it that I decided to give you this painting” Tutur Luthfi yang disambut oleh gelak Yasmin melihat cemberut wajah tampan lelaki itu.

Yasmin berdehem, cuba untuk mengawal gelora dalam jiwanya. Lukisan itu untuknya dulu. Tetapi tidak lagi selepas kejadian yang berlaku itu. “Ada beberapa item yang awak kena masukkan dalam rekaan awak Miss Yasmin.” Mengingatkan kata-kata Aliyah itu, Yasmin lebih yakin lukisan itu bukan lagi buatnya.

Rumah yang sedang diubahsuainya ini ialah khas buat isteri kepada pemilik rumah ini, isteri Luthfi. Lelaki itu sudah berkahwin rupanya. Tetapi kenapa hati Yasmin terasa sakit. Apa yang dia harapkan daripada hubungan mereka dahulu sedangkan dia juga yang menolaknya.

“I hate you. I hate you. This is all your fault Luth. Aku ingat kau kawan aku.” Yasmin menumbuk kuat dada Luthfi. Tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Aishah cuba menahan adiknya. Lelaki di hadapan mereka itu hanya diam kaku, Luthfi tidak menjawab sepatah kata pun kata-kata Yasmin.

“Miss Yasmin.” Panggilan kedua Luthfi masih tidak dihiraukan Yasmin, Luthfi sudah kerut dahi. Gadis itu seperti hilang dalam dunianya sendiri.

“Miss Yasmin.” Sekali lagi Luthfi memanggil dengan lebih kuat.

Yasmin tersentak daripada ingatannya, “Oh. Yes.” Yasmin menjawab dan berdehem bila suaranya seperti tidak keluar sepenuhnya. Dia sedang menahan sebak.

“Boleh kita mula perbincangan kita sekarang. I suppose Puan Aliyah has told you about the item.” Luthfi menunjuk ke arah lukisan di belakang Yasmin. Yasmin menoleh ke belakangnya dan memandang pada lukisan itu sekali lagi.

“Yes, yes of course. But just a second. I need to go to the toilet. Excuse me.” Yasmin berkata dalam satu nafas dan membawa langkahnya keluar daripada bilik itu. Dia memerlukan ruang udara untuk bernafas. Sukar terasa bila dia menyedut udara yang sama dengan Luthfi. Ketegangan yang dapat dia rasakan, walaupun dia cuba beraksi tenang.

Luthfi hanya memerhati langkah Yasmin. Dia melihat riak wajah Yasmin, gadis itu tidak seperti dahulu yang sentiasa yakin dalam tingkahnya. Yasmin kelihatan seperti seseorang yang pernah terluka, yang sedang cuba untuk menyembunyikan semua yang penah berlaku padanya. Namun semua itu terlihat terang pada Luthfi.

Kejadian lapan tahun lalu ternyata sangat meninggalkan kesan pada Yasmin. ‘She’s a girl after all.’ Bisik hati Luthfi. Tentu sahaja kejadian itu memberikan kesan lebih kepada kehidupan Yasmin berbanding hidupnya, walaupun dia sama terluka dengan reaksi Yasmin padanya.

Mungkin dulu membawa dirinya jauh daripada tanah air selepas kejadian itu sememangnya ialah keputusan yang terbaik. Dan cuba untuk melupakan segalanya, melupakan gadis yang dia cintai. Melupakan Yasmin. Tetapi tidak lagi sekarang. ‘The table has turned.’ Bisik Luthfi,Yasmin kini sudah berada di hadapan matanya. Dan dia bukan lagi seorang remaja lelaki seperti lapan tahun yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience