BAB 2

Romance Completed 8655

Kotak kecil yang sudah Yasmin gali keluar itu tidak dibukanya tapi sebaliknya membiarkan di atas meja setelah dia bersihkan. “Nak buka ke, tak nak.” Yasmin mula mencongak. “Buka, tak… buka, tak…” Buka! Ya, terbuka. Pintu bilik Yasmin terbuka dan meluruh masuk Aishah.

“Hey, don’t you know the rule of knocking on people’s door first before you come in.” Nada Yasmin sedikit meninggi kerana terkejut akibat serbuan Aishah itu.

“Well, you should’ve known the rule of answering too when people call on your door.” Aishah kakak tercintanya menjawab. Yasmin mengerutkan dahi. “Owh, so you did knock. Sorry my bad.” Bahu dijongketkan sambil menayang segih lebar. “Got so into my thought.” Sambungnya lagi.

Aishah hanya mengeleng. Dia melompat naik ke atas katil Yasmin. ‘Just like always.’ Yasmin menjulingkan matanya. Kotak tadi dia tolak ketepi membiarkannya dahulu buat masa kini. Dia kemudian melangkah ke katil sambil ikut serta bersama Aishah.

“So, apa perancangan sekarang?” Soal Aishah. Mereka berdua kini dalam posisi baring menghadap ke silling.

“Aish… Yas baru je balik. Give me some time, untuk bermalas-malasan seketika, boleh. Hehe.” Yasmin segih ke arah kakaknya.

Aishah hanya menjulingkan matanya. Ya, Yasmin dengan Aishah lebih selesa dengan panggilan nama masing-masing meskipun Aishah itu ialah kakak kepadanya. Mungkin perbezaan umur yang hanya lima tahun membuatkan mereka selesa dengan satu sama lain. ‘Apa? Lima tahun tak ada lah jauh beza sangat kan.’ Lebih kepada penyataan daripada soalan, Yasmin berbicara di dalam hati.

“After everything you have done. I don’t think you deserve any time to rest little sis. Yas kena buktikan pada ibu dan abah, bahawa keputusan yang Yas ambil ni adalah yang terbaik.” Terang Aishah, jarinya memintal hujung bantal yang sedang dipeluk.

“Yas. Aish ingat bila Yas dah balik dapat lah tolong Aish kat firma abah tu. Now, I have to work on that firm on my own.” Keluh kecil Aishah lepas. Bibirnya sudah dicebikkan tanda merajuk dengan tindakan Yasmin itu. Tidak dia menyangka akan tindakan sebesar ini mampu diambil oleh Yasmin, tidak lagi selepas kejadian lapan tahun yang lalu.

Namun, apa yang Aishah pasti adiknya itu sangat bersungguh dalam setiap tindakan yang dia ambil. Yasmin memang seorang yang bercita-cita tinggi. Ditambah pula dengan sikap suka memberontakknya itu, memang sangat ‘membantu’ dalam setiap tindakan drastik yang dia ambil.

Aishah juga yakin yang sikap negatif dalam diri Yasmin sudah beransur hilang dari dalam dirinya, melihatkan pada perubahan yang dia ambil ke atas dirinya. Aishah tumpang gembira dengan perubahan Yasmin. Setelah segala benda yang masuk mencemari kehidupan Yasmin, tidak ada apa lagi yang mampu Aishah ungkapkan melainkan rasa syukur dalam jiwanya.

“Yas cadang nak buka syarikat sendiri. Well, it will definitely take times. But, not to brag. I am well established too now.” Aishah hanya mencebik mendengarkan kata-kata Yasmin itu, walaupun begitu dia setuju sebenarnya. Yasmin tergelak melihat reaksi Aishah yang kononnya meluat dengan sikapnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience