BAB 1

Romance Completed 8655

Bertahun bersengakang mata, berhempas pulas saban hari dengan kuliah dan assignment di negara orang akhirnya kakinya melangkah seula, kembali ke tanahair tercinta. Banyak kenangan terpatri yang ditinggalkannya dulu hingga membawa diri di perantauan berharap segalanya bisa terhapus dari memorinya.

Yasmin menghirup udara bumi tercinta, keluh kuat dilepas – keluh ketenangan. Laman rumah keluarganya ini amat menenangkan. ‘Hermm mestilah, Ibu suka sangat dengan reka bentuk hiasan laman belakang.’ Minat ibu Yasmin semakin mendalam sejak dia memutuskan untuk meninggalkan kerjaya tercintanya.

Terkenang kembali pada memori lapan tahun yang lalu, namun bayangan itu Yasmin cuba usir tidak mahu terus membelengu fikirannya. Gadis itu tersenyum, sudah seminggu sejak dia kembali dari luar negara. Dan seminggu itu jugalah ibu dan abah Yasmin tidak henti meleterinya, setelah anak perempuan mereka itu membuat pengakuan tentang penukaran bidang yang menjadi pilihannya. Yasmin sekarang ialah seorang pereka hiasan dalaman. Yakni suatu kerjaya yang sangat jauh bezanya daripada bidang yang awal-awal dia ambil ketika melanjutkan pelajarannya ke luar negara.

“Ibu I’m sorry I got this from you too.” Sambil menjongket bahu dan tersengih lebar. Itu sahaja yang mampu Yasmin luahkan sebagai hujah untuk membela diri, dan termasuk juga huraian-huraian yang digulung sebagai untuk menutup kes nya itu. Ya, keperibadian seorang peguam itu masih ada dalam diri Yasmin.

Walaupun, belum pun memasuki tahun kedua semasa menuntut dalam bidang itu dia mengambil keputusan untuk menceburkan diri serta merta menukar pengajian yang diambilnya ke dalam bidang rekaan hiasan dalaman. Tanpa pengetahuan kedua ibu dan abahnya semestinya. Memang mengamuk sakan kedua-dua orang tua Yasmin bila mengetahui perkara tersebut.

Yasmin hanya mampu ketawa kecil mengingatkan tentang itu. Ya, inilah apa yang mampu seorang Yasmin Hani Abdullah lakukan. ‘Termasuk apa yang dia telah buat lapan tahun yang lepas tu.’ Suara diiringi cebikan seolah berbisik di dalam minda Yasmin .

‘Damn it. Just shut up.’ Yasmin menjerit berbisik di dalam hati cuba untuk membuang segala bayangan lalu dan juga bisikan bodoh yang sedang bermain dalam kepala otaknya itu. Segera Yasmin beristighfar mengenangkan ayat yang dia muntahkan itu walaupun hanya pada diri nya sendiri.

“Old habit seems hard to change.” Hatinya berbisik perlahan sambil melepaskan keluhan kecil. Selendang yang dikenakan pada kepala longgar, Yasmin kemaskan sambil membawa langkah masuk ke dalam rumah.

Gadis itu sudah mula mengenakan hijab sejak semenjak beberapa tahun yang lepas, atau lebih tepatnya lima tahun yang dulu. Rindu mulai pula bertandang kepada sahabat yang menjadi pemangkin kepada perubahan dirinya itu, Nabiila. Alhamdulillah.

Nabiila ialah seorang gadis berbangsa Pakistan-British. Mengenali gadis periang itu membawa Yasmin dekat kembali kepada maha pencipta. Menyedarkannya kembali daripada mimpi yang dia sedang hanyut dan penuh dengan sikap memberontak pada waktu itu.

Waktu dimana kenangan tersebut seolah masih terlalu segar dalam ingatan Yasmin, seolah-olah baru semalam dia mengalaminya. Bercakap mengenai kenangan, serta merta menyedarkan Yasmin semula akan tujuan asalnya hendak ke laman belakang itu. Dahi Yasmin tepuk dengan telapak tangan.

Segera dia ingin melangkah keluar semula dari dalam rumah yang sudah beberapa kaki dia jejak itu selepas mengambil sudip kecil dari dalam stor, sebelum Puan Suraya sempat menegur. “Where are you going with that thing, Yasmin.” Sambil menunjuk ke arah sudip yang berada dalam tangan anak gadisnya.

Yasmin menjulingkan mata ke atas sebaik mendengar intonasi suara Puan Suraya yang bertanya kepadanya seolah-olah dia masih seperti anak kecilnya. Yasmin yang berumur lima tahun ketika hendak mencuri keluar dari rumah untuk bermandi hujan. Yasmin tergelak. ‘What a memory’, bisik hati nya. “Nak gali harta karun kat belakang rumah, ibu.” balas Yasmin berserta gelak kecil.

Segera gadis itu berlalu keluar sebelum ibunya sempat berkata apa-apa. Dapat dia rasakan gelengan kepala Puan Suraya melihat perangainya itu. Ketawa kecil Yasmin lepas. Memang sudah tentu hanya itu reaksi ibunya setiap kali dia cuba lari daripada masalah.

Dia seolah tersentap dengan perkatan ‘lari daripada masalah’ itu. ‘The thing you best at’, suara bodoh itu muncul lagi. Yasmin tahu itu ialah bisikan nya sendiri. Bisikan daripada perasaan bersalahnya. Kepala Yasmin geleng cuba mengusir bayangan itu.

Kaki yang sedari tadi melangkah ke laman belakang, membawa dia kepada sepohon pokok rendang yang ada di situ. Ya, Yasmin masih ingat tempat itu, tempat sama dia berdiri lapan tahun yang dulu. Tanah itu namun sudah sebati dengan tanah di kelilingnya, tidak seperti bagaimana dia tinggalkan dalam keadaan kesan digali dan ditimbus semula lapan tahun lalu.

Tangannya mula bekerja menggunakan sudip yang dia bawa tadi, menggali tempat yang sama. Dan mengeluarkan sebuah kotak dari dalam tanah itu. Kotak bercirikan vintage itu dia genggam erat. Seerat yang boleh untuk menenangkan hati yang mulai berkocak. Langkah Yasmin atur semula kembali ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience