BAB 12

Romance Completed 8655

Seperti biasa hanya Aishah tempatnya mengadu. Yasmin tidak sanggup untuk menambahkan lagi beban masalahnya kepada kedua-dua ibu dan abahnya. Satu persatu peristiwa yang berlaku lapan tahun lalu dia ceritakan kepada Aishah.

“Huh.” Aishah mengeluh perlahan. Dipandang Yasmin, memang adiknya kelihatan kusut sekarang.

“Jadi apa yang menggangu Yas?” Aishah juga tidak tahu apa yang menggangu jiwa Yasmin. Perkara itu sudah lama berlalu, mengapa perlu dikenang.

“Everything Aish. Everything. The past is haunting me. Seolah-olah kejadian tu takkan biar Yas hidup tenang.” Tutur Yasmin. Dia punya masa silam yang gelap. Mampukah sesiapa yang masuk ke dalam hidupnya nanti menerima itu. Mampukah dia bertahan seolah-olah perkara itu tidak pernah berlaku.

“Marry me.” Kata-kata Luthfi terngiang dalam mindanya. Apa niat Luthfi sebenarnya?

“Listen Yas. Apa yang jadi di masa lalu kekal terjadi. Tapi tak semestinya Yas kena biar masa lalu Yas menghantui masa depan Yas sekarang. Allah s.w.t. bagi Yas peluang untuk berubah, untuk sedar bukan untuk Yas terus memikirkan masa lalu yang Yas tak mampu ubah.” Aishah menasihati Yasmin.

“Yes, not everyone gonna accept you fully as who you are now. Akan ada orang-orang yang sentiasa nak kaitkan kehidupan Yas sekarang dengan masa lalu. Tapi Yas kena ingat, bukan orang-orang macam tu yang Yas kena puaskan kemahuan mereka. Tapi ingat dengan orang-orang yang sama-sama dengan Yas, through thick and thin. Ingat ibu, abah. Ingat Aish. We are here for you.” Yasmin tekun mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Aishah.

‘And there’s Luthfi, who’s having the same past as you.’ Hati Yasmin berbisik meyakinkan. Ya, Luthfi sahabat baiknya yang hidup dengan masa lalu yang sama sepertinya dan masih menerimanya seadanya. ‘We’re the same broken soul.’ Bisik hati Yasmin lagi.

Yasmin tersenyum. “Thank you for always being there and here with me Aish.” Tutur Yasmin berseloroh.

“See. That’s my lil sis.” Jawab Aishah sedikit tenang melihat senyuman Yasmin. “Sekarang Yas dah boleh guna ayat, I-don’t-give-a-damn-thing Yas tu. Kalau ada sesiapa nak ungkit masa lalu Yas.” Tutur Aishah disambut dengan gelak Yasmin. Teringat dia ayat yang selalu dia gunakan dulu setiap kali Aishah berkata, apa kata orang nanti kalau nampak Yas buat begitu buat begini.

“Aish.” Yasmin ingin menyoal, meminta pandangan kakaknya. “Ya?” Jawab Aishah.

“There’s still one more thing.” Tutur Yasmin perlahan dan memandang wajah berkerut Aishah.

“Apa dia?” Aishah ingin tahu.

“Erm, nevermind. Small matter.” Yasmin senyum tidak jadi untuk bertanyakan pendapat Aishah tentang lamaran Luthfi, kerana dia juga tidak pasti dengan tindakan lelaki itu.

Ketukan di muka pintu mematikan bicara kedua-dua gadis itu. Puan Suraya masuk mendapatkan anak-anaknya.

“Assalamualaikum girls.” Salam diberikan berserta senyuman yang terukir pada wajah si ibu. Senyuman yang luar daripada kebiasaannya. Yasmin hanya mengerutkan kening memandang ibunya.

“Happy semacam je ibu ada berita baik ke?” Soal Yasmin ingin menduga.

“Yes, we have good news. Sekarang kamu berdua bersiap. We have guests down there.” Tutur ibu Yasmin bernada riang.

“Wah!! Ada orang nak masuk meminang Aish ke ibu?” Soal Yasmin suka menyakat Aishah yang sudah mencerlung memandangnya itu. Yasmin hanya ketawa mengekek.

“Memang ada orang yang masuk meminang, tapi bukan Aish yang nak kena pinang. But my baby girl here.” Puan Suraya berkata sambil memeluk bahu anaknya itu. Dia sangat gembira. Yasmin pula sudah melongoh memandang ibunya dan Aishah silih berganti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience