BAB 3

Romance Completed 8655

Yasmin sangat bersyukur kerana meskipun memakan masa yang agak panjang dan prosuder yang banyak perlu dijalankan, akhirnya kini syarikatnya telah tertubuh. Yasmin berdiri tegak di tegah-tengah pejabatnya, meskipun hanya bersaiz sederhana namun dengan rekaan dan tatarias yang sangat ringkas tetapi moden itu telah memanfaatkan setiap ruang di dalam syarikatnya itu.

“So, finally.” Aishah menjenguk dari luar dan masuk ke dalam pejabat Yasmin.

“Yes, alhamdulillah. Yas tak pernah terfikir pun akan dapat buka firm sendiri.” Yasmin meluahkan rasa bersyukur serta kagumnya. Tidak pernah dalam hidupnya menyangka yang minat dalam reka bentuk dulu, kini akan menjadi kerjayanya.

“I am proud of you little sis.” Aishah memeluk bahu Yasmin erat.

“Too early big sis. Jauh lagi perjalanan Yas. Banyak lagi yang Yas kena belajar. Dan Yas berterima kasih sangat dengan Aish yang selalu sangat support adik Aish yang nakal dan degil ni.” Yasmin ketawa di hujung katanya.

“Heyy. Don’t be. Kalau Aish takda adik yang nakal dan degil macam Yas ni, tak adventurous lah hidup Aish selama ni.” Aisha turut sama ketawa mengenangkan memang cukup banyak tindakan Yasmin yang sentiasa melibatkannya – tindakan ‘nakal’ Yasmin.

“Yeah, right.” Yasmin hanya menjulingkan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience