BAB 14

Romance Completed 8655

Kediaman Yasmin agak meriah meski hanya dikunjungi oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Majlis itu berlangsung mengejut, namun tetap lancar semuanya. Masakan tidak, setelah dia memberikan jawapan ‘Ya’, pihak keluarga lelaki tidak meminta untuk mengadakan majlis bertunang tetapi sebaliknya terus menetapkan tarikh perkahwinan mereka.

Jawapan Yasmin ialah ‘Ya’ pada lamaran Luthfi. Jawapan yang diberikan hanya selepas dia membuat panggilan telefon pada Luthfi. Sebenarnya Yasmin menelefon nenek Luthfi, dan meminta untuk berbicara dengan lelaki itu dan semestinya dengan kehadiran Aishah disisinya dan nenek Luthfi di pihak lelaki itu.

Perbualan itu hanya antara mereka berdua dengan pengawasan daripada kedua-dua belah pihak masing-masing. Kerana yasmin tidak ingin berdua-duan walaupun hanya melalui panggilan telefon.

“Awak yakin dengan tindakan awak?” Soal Yasmin setelah berbalas salam dengan Luthfi. Panggilan mereka juga dia tukar untuk lebih serius dan menghormati diri masing-masing.

“Lebih daripada pasti.” Jawab Luthfi sesuai dengan skema soalan yang diberikan Yasmin.

“Kenapa saya?” Ya, kenapa dia soal Yasmin.

“Who else then.” Jawab Luthfi yang hanya membuat Yasmin menjulingkan matanya.

“Seriously.” Tutur Yasmin.

“Awak betul nak tahu kenapa?” Luthfi pula menyoal. Yasmin angguk, lupa yang Luthfi tidak dapat melihatnya dan terus menjawab “Ya.”

“Remember when I asked you what if one of us fall for each of us?” Soal Luthfi mengingatkan Yasmin.

“Yes.” Semestinya semua kenangan mereka bersama masih segar dalam ingatan Yasmin.

“Well. I think that’s aswered your question. One of us did. I did, and I still do.” Tutur Luthfi. “Huh?” Yasmin bingung. Lelaki itu mengeluh.

“The words are too cheesy to be said infront of nenek. Dari tadi nenek dah bagi warning, tak bagi saya cakap romantik-romantik dengan awak. Anything lepas kahwin nanti saya bagi tau.” Tutur Luthfi selamba. Sedangkan Yasmin sudah merona.

“You’re not blushing are you?” Soal Luthfi sambil ketawa kecil, seperti tahu-tahu pula dengan Yasmin yang sudah memerah wajahnya itu. Yasmin segera berdehem.

“Saya tak dak masa nak jawab semua tu.” Jawab Yasmin, menutup getar pada suaranya. Aishah di sisi sudah senyum menggelengkan kepalanya.

“Then, saya anggap itu sebagai ya.” Tutur Luthfi lagi gemar mengenakan Yasmin. Neneknya berdehem pula memadang Luthfi, memberi amaran.

“Oh well. Ada apa-apa lagi yang awak nak tanya. Because next warning from nenek this phone call is over. My bad.” Luthfi jongket bahu salah dia tidak mendengar cakap neneknya. Nakal sama seperti dulu.

“Tak. Dah tak dah apa-apa.” Jawab Suria.

“Actually saya ada confessions nak buat.” Tutur Luthfi mengambil perhatian Yasmin. “Tapi saya akan bagi tahu hanya lepas kita nikah nanti.” Sambungnya.

“I haven’t said yes to this proposal.” Luah Yasmin.

“You haven’t. But you will.” Potong Luthfi pula, berada di pihak yang menang. Yasmin telan liur tertangkap dengan ayatnya sendiri.

“What if I don’t?” Serang Yasmin semula.

“Then you gonna break the already broken soul.” Jawab Luthfi dalam maknanya. Teringat Yasmin dengan gelarannya kepada mereka. Broken soul.

“Pihak lelaki dah sampai.” Sayup kedengaran daripada luar bilik tempat Yasmin menanti, mematikan ingatannya.

Bilik tetamu di tingkat bawah rumah mereka itu dihias indah sebagai bilik pengantin. Yasmin kelihatan cantik dan anggun dalam persalinan busana pengantin muslimah. Meskipun waktu mereka tidak banyak untuk membuat persiapan namun Yasmin bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan olehNya.

“Jangang berhenti selawat biar kekal seri wajah kamu yang memang dah cantik tu. Biar terpegun suami kamu nanti.” Kata-kata daripada mak andam yang merias wajah Yasmin itu hanya disambutnya dengan senyuman, kerana dia berasa gementar saat ini.

Perkataan suami yang dituturkan oleh mak andam itu juga menyedarkan Yasmin bahawa dalam beberapa ketika sahaja lagi, In sha Allah, dia akan sah menjadi seorang isteri. Isteri kepada Luthfi. Yasmin bahagia dengan kenyataan itu. Syukur dipanjat kepada yang maha esa.

Keadaan semakin riuh di luar. Menandakan pihak pengantin lelaki yang sudah pun berada di dalam rumah mereka. Yasmin menghembuskan nafas untuk menghilangkan rasa gementarnya. Aishah masih setia bersamanya di sisi, di dalam bilik itu. Mak andam yang berada di muka pintu tidak habis-habis memuji ketampanan pengantin lelaki yang membuat Yasmin dan Aishah ketawa kecil bersama.

“Tak sangka Aish. Yang adik Aish akan kahwin dulu daripada Aish.” Tutur Aishah berserta senyuman gembira terhias pada bibirnya.

Yasmin sudah merona wajahnya. “In sha Allah lepas ni Aish pula.” Luah Yasmin.

“In sha Allah.” Jawab Aishah.

Majlis pernikahan dimulakan, para tetamu kembali diam walaupun masih terdengar bunyi bisikan-bisikan pertuturan antara mereka. Namun Yasmin pula terasa ingin pengsan saat itu, bila kedengaran tok kadi melafazkan akad.

“Saya terima nikahnya Yasmin Hani Binti Abdullah dengan mas kahwin RM800 tunai.” Tenang dan lancar lafaz Luthfi dan dengan sekali lafaz sahaja Yasmin kini ialah isterinya yang sah. Doa dipanjat tanda kesyukuran.

Yasmin juga sama, air matanya menitis tanda bahagia. Bermula saat ini dia tidak lagi menjadi tanggungan abahnya. Mulai detik ini Luthfi akan mengambil alih semua tanggungjawab yang digalas oleh abahnya. Mulai saat ini redha Luthfi lah yang perlu dia cari.

Puan Suraya yang sudah berada di dalam bilik itu memeluk anak gadisnya. Air mata juga tidak segan-segan membasahi wajah si ibu. Nasihat serta peringatan diberikan pada Yasmin. Tidak sampai beberapa detik bilik itu sudah dipenuhi dengan drama air mata, oleh wanita-wanita yang berada di dalamnya. Tangisan kegembiraan bergema.

Salam kedengaran pada muka pintu bila Encik Abdullah masuk turut sama ingin meberikan restu pada anak bongsunya yang baru sahaja dinikahkan itu. Yasmin terus sahaja meluruh masuk ke dalam pelukan hangat abahnya, lelaki terpenting dalam hidupnya. Setelah lama begitu, pelukan dileraikan oleh Encik Abdullah.

Dia memandang Yasmin, dikucup dahi si anak lama. Memberikan restu. “Semoga terus jadi anak yang solehah. Dan isteri yang solehah pada Luthfi nanti sayang. Abah, doakan yang terbaik buat Yasmin. Sekarang tugas abah dah berakhir. Dan Luthfi lah yang akan jalankan tugas-tugas tu mulai saat ni. Jaga diri, jaga suami.” Nasihat abah Yasmin kepada anaknya. Air mata Yasmin menitis lagi.

“Dah sudah, abah kahwinkan Yasmin dengan Luthfi bukan nak Yasmin nangis macam ni. Ni dah macam kena kahwin paksa pula.” Tawa mereka semua meletus mendengarkan seloroh Encik Abdullah itu.

Yasmin tertawa dan mengesat air matanya dengan tisu yang diberikan mak andam, yang sudah berapa kali menacap wajahnya itu. Dia tersenyum dan mengangguk mendengar kata abahnya.

“Okay kalau macam tu. Kita semua keluar bagi ruang untuk pengantin pula. Luthfi dah lama tunggu dekat luar tu.” Sambung abah Yasmin lagi.

Ahli keluarga serta sahabat Yasmin yang berada di dalam bilik itu membawa diri masing-masing keluar selepas mengucapkan mabruk kepadanya. Dia tiba-tiba berasa gementar.

“He’s your husband now. Tak payah nak gementar lagi dah.” Tutur ibu Yasmin, tidak tahu kata-katanya itu tidak akan mengurangkan gementar Yasmin. Abahnya dan Aishah hanya mengangguk sama. Dan berlalu meninggalkan Yasmin di situ menanti hadir sang suami.

Selepas berberapa detik, pintu dikuak dan masuk Luthfi memberikan salam. Salam dijawab Yasmin tenang, meskipun dia sudah berasa sangat gementar pada saat Luthfi meletakkan tangannya di atas kepala gadis itu dan membacakan doa.

“Jom solat sunat sama-sama.” Pinta Luthfi. Yasmin berasa amat terharu pada detik itu, betapa dia ingin sangat menunaikan solat jemaah mereka bersama-sama buat pertama kalinya. Namun keadaan nyata tidak mengizinkan.

“Ermm. Saya tak boleh.” Tutur Yasmin perlahan dia harap Luthfi terus dapat menangkap maksud kata-katanya itu. Tetapi dahi Luthfi sudah berkerut tidak mengerti.

“Why?” Selamba dia menyoal sedangkan Yasmin sudah terasa membahang wajahnya.

“Monthly menses.” Jawab Yasmin dan berdehem beberapa kali menahan kejanggalan yang timbul.

“Owhh.” Hanya itu keluar daripada mulut Luthfi, niat ingin mengusik isterinya ditangguhkan selepas dia mendirikan solat sunat. Langkah terus di atur pada sejadah yang memang sedia terhampar di dalam bilik itu.

Yasmin terharu dan tersentuh melihat lelaki itu tunduk pada yang maha esa. Mengabdikan dirinya sepenuhnya, siapa sangka dia pernah memiliki sejarah hidup yang jelek sama sepertinya. Andai seorang hamba itu ingin berubah dan kembali kepada penciptanya tiada yang mampu menghalang rahmat Allah s.w.t buat mereka.

Mata Yasmin sedikit bergenang, bersyukur dengan nikmat kesempatan yang diberikan Allah s.w.t buat mereka. Selesai solat Luthfi melangkah mendekati Yasmin yang duduk di birai katil, sempat dia melihat gadis itu mengelap tubir matanya.

“Why are you crying? Tak happy ke?” Solat Luthfi dan duduk di sisi Yasmin.

“No. I am happy of course.” Tutur Yasmin sambil ketawa kecil.

Luthfi memandang wajah Yasmin semahunya, membuatkan gadis itu sudah tidak keruan dalam duduknya.

“Kenapa pandang saya macam tu?” Tutur Yasmin sambil tunduk memandang jari-jemarinya yang dihiasai inai itu. Luthfi sudah ketawa memandang Yasmin yang merona wajahnya.

“Tak boleh ke nak pandang isteri sendiri?” Luthfi pula menyoal dan mengambil tangan Yasmin dalam genggamannya, membuatkan Yasmin menoleh ke arah suaminya. Luthfi mengangkat tangan Yasmin dan mengucup tangan gadis itu, menghantar getar pada jiwa Yasmin.

“Thank you for being my wife” Jelas Luthfi dan mengucup tangan Yasmin sekali lagi. Duduknya kemudian dirapatkan pada Yasmin, dan mengucup pula dahi si isteri lama. Yasmin pejam mata merasakan ketenangan yang mengalir dalam sanubarinya.

“Thank you for accepting me despite everything.” Luah Luthfi perlahan, dan kucupan turun pada pipi Yasmin.

Yasmin telan liur, terasa panas dia rasakan di dalam bilik yang berhawa dingin itu. ‘Relax, Yasmin he’s you husband now.’ Bisik hatinya. Kucupan Luthfi lepas daripada pipi, dan pinta Yasmin dalam hatinya janganlah ada lagi yang seterusnya.

“And…” Tutur Luthfi perlahan, membuatkan Yasmin terasa kering tekak. “…I’ll save that for later.” Sambung Luthfi lucu melihat rasa cemas pada wajah si isteri. Yasmin berpaling dan melepas keluh kelegaan. ‘Thank god.’

Luthfi ketawa melihat reaksi Yasmin. ‘Just for now honey.’ Bisik hatinya pula. “Not funny okay.” Marah Yasmin, tahu Luthfi sudah masuk kepada sesi mengenakannya.

“Owhh yes it is.” Kata Luthfi sambil menangkap wajah Yasmin dalam tangannya. “Your blushing face right now is funny.” Katanya lagi sambil memandang anak mata Yasmin yang sudah terkebil-kebil memandangnya.

“I hate you.” Tutur Yasmin dan melepas tangan Luthfi.

“I love you too.” Balas Luthfi membuatkan Yasmin ketawa.

“Ingat tak saya ada cakap nak bagi tahu something. Confessions.” Tutur Luthfi, mematikan ketawa Yasmin.

Yasmin terus memfokuskan pandangannya pada Luthfi, menanti kata-kata selanjutnya daripada lelaki itu.

“For a moment, I am glad of what had happened.” Tutur Luthfi. “That night. Bila serbuan tu terjadi.” Cuba mengatur katanya agar tidak membuat Yasmin terkesan. Gadis itu masih mendengar dengan teliti.

“But why?” Soal Yasmin tertanya-tanya, bagaimana Luthfi boleh gembira dengan mereka yang telah ditangkap dalam serbuan malam itu.

“Because, I didn’t do what I almost did to you.” Terang Luthfi, kerana malam itu andai sahaja serbuan daripada pihak polis itu tidak terjadi Luthfi mungkin sudah meragut kesucian Yasmin. Dia yang semestinya sedang berada diluar kewarasan mindanya sendiri.

Yasmin menunduk faham, dan dalam waktu yang sama berasa malu. “I am sorry.” Tutur Luthfi bila mengesan riak wajah Yasmin.

“No. Don’t be. Benda dah jadi. And alhamdulillah for that.” Yasmin senyum.

“Well, we almost lose our virginity, so I should be sorry.” Luah Luthfi perlahan dengan nada mengusik Yasmin.

“Luth!” Gadis itu sudah menjengilkan pandangannya pada Luthfi. ‘Boleh pula dia, orang tengah serius ni.’ Bisik Yasmin.

“Seriously Yas. I am glad we are still…” Tidak habis kata-kata Luthfi Yasmin terus memotong. “Stop it.” Yasmin mendesit. Luthfi hanya ketawa.

“You’re blushing.” Usik Luthfi memandang Yasmin sudah mengalihkan wajahnya daripada sang suami. “Seriously Encik Ilyas Luthfi. Stop it.” Marah Yasmin menahan rona wajahnya.

“Alright madam.” Luthfi angkat tangan mengaku kalah. Yasmin menjulingkan matanya ke atas.

“And one more thing. The house.” Tutur Luthfi, menarik perhatian Yasmin. ‘Ya rumah tu.’ Bisik hatinya.

Yasmin pandang tepat wajah Luthfi menanti kata-kata selanjutnya. “It’s for you. For us. Sebab tu saya minta awak untuk buat semua pengubahsuaian tu, according to your own view. I know you like that kinda style.” Luthfi gelak kecil.

“I built that house few years back. Inspired by your dream house. At least, masa tu kalau saya tak dapat nak hidup dengan awak, cukuplah saya dapat hidup dengan memori tentang awak.” Luah Luthfi jujur. Begitulah yang dia rasakan saat membina rumah di kawasan bukit yang semestinya menjadi tempat kegemaran Yasmin itu.

Yasmin terharu. Pantas sahaja binaan rumah itu sangat dekat dengannya. Setiap butir-butir binaan itu sangat menarik hatinya. Dan dia pula diminta untuk membuat semua keputusan sendiri bagi pengubahsuaian rumah di atas bukit itu. Sememangnya dia tengah mengubahsuai rumahnya sendiri waktu itu. Mengubahsuai rumah mereka.

Keadaan jatuh senyap. Mereka diam seketika melayan perasaan yang dianugerahkan ilahi dalam hati mereka. Perasaan cinta dan bahagia, dan bersyukur atas segalanya.

“And there’s still one thing.” Tutur Luthfi, memecah kesunyian. “Remember back then, and even until now. You always called us broken soul, because of what we’re going through.” Jelas Luthfi. Yasmin mengangguk.

“From now on, I want to mend that broken soul together with you. Sama-sama saya nak bawa jalan kita sebagai suami isteri menuju jalan yang diredhai ilahi. Mencari keberkatan dan rahmat daripadaNya, so our broken soul will never be broken anymore.” Tutur Luthfi.

Tanpa sedar airmata Yasmin sudah membasahi kolam matanya. Tersentuh. “In sha Allah. Kita akan sama-sama tempuh jalan yang Allah s.w.t temukan kita. Jalan ni. We gonna start a new journey together. Bimbing saya kalau saya lupa, dan sentiasa ada di sisi saya kalau saya rasa nak jatuh.” Luah Yasmin pula.

“You will definitely become a good wife, sayang.” Tutur Luthfi. Yasmin kembali merona mendengar panggilan Luthfi itu. “Dan bermula saat ni. That’s your new name. Sayang.” Sambung lelaki itu lagi.

“Alright. Enough now. I have made my bride cries so much on her wedding day.” Seloroh Luthfi sambil mengesat air mata Yasmin, membuatkan gadis itu ketawa.

Ketukan pada pintu membuatkan kedua-dua mereka memandang ke situ. Luthfi bangun membuka pintu.

“Nenek.” Tutur Luthfi melihat nenek yang berada pada muka pintu.

“Boleh nenek pinjam isteri kamu kejap. Nenek tahu Luth dah tunggu masa ni, I won’t take long.” Luah nenek mengusik cucunya itu.

“No prob nek. Lagi pun there’s not much to do.” Jawab Luthfi dengan maksudnya sendiri. Yasmin menjegilkan matanya memandang Luthfi dan lelaki itu hanya mengeyitkan matanya pada Yasmin.

“Luth tinggal nenek dengan Yas. And nek, tolong jangan buli isteri Luth on her first day.” Kata-kata Luthfi hanya mendapat tamparan pada bahunya oleh nenek.

“Macam-macam lah kamu ni.” Tutur nenek sambil menggelengkan kepalanya melihat tingkah cucunya itu.

Nenek mendekati Yasmin, gembira gadis itu telah menjadi isteri Luthfi.Yasmin bangun dan terus memeluk nenek. Hatinya rasa bersalah. Pelukan dilepas dan wanita tua itu tersenyum memandang Yasmin.

“Yasmin nampak cantik sangat hari ni.” Tutur nenek memandang Yasmin. Gadis itu hanya tersenyum tidak tahu mau berkata apa.

“Nek…” Tutur Yasmin selepas mereka duduk. “Yasmin nak minta maaf dengan apa yang Yasmin dah buat dulu.” Sambungnya menundukkan wajah malu memandang reaksi nenek.

“I don’t remember anything bad you have done, untuk Yasmin minta maaf macam ni.” Kata-kata nenek membuat Yasmin mengangkat wajahnya memandang wanita tua itu. “Tapi.. tapi..” Kata-kata Yasmin terus dipotong nenek.

“You know sayang, nenek ni agak pelupa. Jadi nenek memang suka lupa benda-benda yang dah lama terjadi.” Tutur nenek dengan maksud yang dalam. Yasmin tersenyum mendengarkan itu. Dia berasa lega dan gembira.

“Dah, dah. Nenek hampir lupa pula apa nenek nak buat tadi masuk sini.” Tutur nenek tertawa. Dia mengeluarkan sebuah kotak daripada begnya. “Untuk Yasmin.” Huluran kotak itu disambut Yasmin.

Perlahan-lahan dibuka kotak itu. Seutas rantai tangan yang sangat indah terpampang pada pandangan mata Yasmin. Dia memandang nenek meminta kepastian. Nenek mengangguk, dan memakaikan rantai tangan itu pada Yasmin.

“Rantai tangan tu pusaka warisan. Nenek beri pada emak Luthfi masa dia kahwin dengan ayah Luthfi. Dan sekarang masanya rantai tangan ni beralih tuan, dan nenek serahkan pada Yasmin pula. Jagalah elok-elok. Dan nenek doakan semoga Yasmin dan Luthfi hidup dibawah keberkatan Allah s.w.t dan memiliki keluarga yang sakinah, mawaddah war rahmah.” Luah nenek dan mengucup ubun-ubun Yasmin

“In sha Allah nek.” Jawab Yasmin.

Mereka kemudian melangkah keluar bersama-sama untuk melayan tetamu yang hadir. Luthfi dan Yasmin tidak bersanding kerana mereka memilih untuk lebih mendekati tetamu yang hadir. Memuliakan tetamu dan kaum keluarga.

Yasmin yang diiringi oleh flower girls tangkap muatnya – yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat mereka juga, kemudian membawa langkahnya keluar ke laman belakang yang dihiasi dengan ciri-ciri bertemakan taman Inggeris itu, di sana Luthfi menanti.

Kedua-dua Yasmin dan Luthfi saling memandang antara satu dengan yang lain. Senyuman kebahagian menghiasi wajah kedua-dua pengantin baru itu. Buat pertama kalinya Yasmin melihat semula Luthfi yang dulu. Luthfi sahabat baiknya lapan tahu lalu, tanpa ada bayangan hitam kejadian yang berlaku dulu membayangi mereka.

Yasmin membawa langkahnya mendekati Luthfi. Lelaki itu menghulurkan tangannya dan disambut Yasmin. Mereka kemudian bersama-sama melangkah ke arah tetamu. Mengambil langkah pertama mereka sebagai suami isteri.

“Sayang, I have one last confession.” Bisik Luthfi pada telinga Yasmin. Gadis itu mendongak memandang si suami yang sudah tersenyum. Langkah mereka terhenti di tengah-tengah laman belakang itu.

“What is it?” Soal Yasmin membalas pandangan anak mata Luthfi yang memandangnya dalam.

“I want to tell you, that I love you. I have loved you since eight years ago. I have loved you when we were just friend.” Luah Luthfi. Kedengaran sangat romantik dan ikhlas pada Yasmin. “And he’s so romantic too.” Teringat Yasmin akan pujiannya tentang pemilik rumah yang dia ubahsuai itu. Pemilik rumah itu – Luthfi.

“Dalam persahabatan kita, one of us has fallen. Fallen in love. I fall in love with you. I don’t know when. I never realised how. But it just happened” Luah Luthfi lagi, tangan Yasmin digenggamnya erat.

Bunyi klik kamera tiba-tiba kedengaran, membuatkan kedua-dua Luthfi dan Yasmin mengalihkan pandangan pada jurugambar yang sudah merakamkan momen mereka itu. “Alright, yang ni memang sweet.” Gembira tutur kata si jurugambar bila dapat menangkap momen kandid sebegitu.

Jurugambar itu kemudian hanya terus meminta mereka berdua beraksi seperti biasa dan dia masih terus merakamkan detik-detik bahagia kedua-dua mempelai itu. Luthfi hanya menggeleng dan membawa langkahnya bersama dengan Yasmin.

“And I love you too.” Bisik Yasmin dalam langkah mereka. Luthfi terus menunduk, memandang si isteri yang mendongak memandangnya. Senyuman kebahagian dia berikan pada Yasmin, mendengarkan ucapan itu. Dan Yasmin kemudian mengalihkan pandangannya, tidak tahan melawan pandangan suaminya. Luthfi hanya ketawa kecil.

Siapa kata masa lalu itu akan terus mengganggu kehidupan masa hadapan mereka. Siapa kata jiwa yang rapuh dan patah itu tidak mampu terubati. Siapa kata Allah s.w.t akan membiarkan hamba-hambanya terus hanyut dibawa arus dunia, andai sang hamba masih tidak putus asa mencari redhaNya. Siapalah mereka untuk mengatakan sebaliknya andai Allah s.w.t mengatakan yang sebaliknya pula.

Lights will guide you home

And ignite your bones

And I will try to fix you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience