BAB 8

Romance Completed 8655

Yasmin berbaring di dalam biliknya. Sudah beberapa hari ini dia terpaksa berurusan dengan Luthfi dalam proses akhir pengubahsuaian rumah lelaki itu. Dia penat. Penat kerana terpaksa berinteraksi formal sepanjang masa dengan Luthfi.

Bukannya formaliti itu yang memenatkan Yasmin, tetapi bila pada masa yang sama dia juga perlu beraksi seolah-olah tidak pernah ada apa-apa di antara mereka. Seolah-olah kejadian lapan tahun lepas itu tidak pernah berlaku. Yasmin hairan. Bagaimana Luthfi mampu beraksi sebegitu. Mungkinkah hanya dia sendiri yang merasa demikian sedangkan Luthfi adalah sebaliknya, kerana rasa bersalahnya pada lelaki itu.

Keluh kuat dilepasakan. Kotak vintage yang digalinya dari laman belakang ketika sudah menjejakkan kaki ke tanah Malysia ini, masih belum dia buka. Kotak itu masih sama terletak di atas meja. Yasmin bangun, dibawa langkahnya ke arah meja itu.

Perlahan-lahan dia membuka kotak tersebut. Seperti sebuah mesin masa yang membawa Yasmin kembali ke masa lalunya. Kembali kepada zaman remajanya. Kotak itu penuh dengan barangan kenangannya bersama Luthfi, sahabat baiknya suatu masa dulu.

Beberapa keping gambar polaroid yang diambil bersama Luthfi. Gelang persahabatan yang diberikan oleh Luthfi. Menurut lelaki itu gelang itu ialah untuk pasangan kekasih tetapi memandangan mereka hanyalah sahabat, maka gelang itu bertukar menjadi gelang persahabatan. Yasmin tersenyum mengenangkan itu.

Terdapat beberapa lagi barang-barang pemberian Luthfi buatnya – kad hari jadi, buku, dan sepasang stoking. Yasmin berasa sangat lucu bila Luthfi memberikannya stoking itu.

“Stoking? Seriously Luth.” Yasmin menyoal Luthfi yang tayang wajah selambanya.

“Rare apa tu. Mana pernah orang bagi stoking sebagai hadiah.” Luthfi menjawab sambil menahan senyumnya. Memang dia sengaja memberikan Yasmin stoking itu, dia ingin menyampaikan sesuatu yang simbolik daripada stoking itu.

“Kalau kau tengok stoking tu as a material, memang lah kau nampak biasa-biasa je. Tetapi kau tengok lah kepada apa kegunaan stoking tu?” Tutur Luthfi lagi.

“What? To keep my feet from cold every night?” Soal Yasmin.

“Yup. Pandai pun kau. Lagipun malam-malam lah orang akan rasa lebih sejuk.” Luah Luthfi sambil memandag Yasmin.

Betul kata Luthfi malam-malam orang akan rasa lebih sejuk. Malam-malam Yasmin terasa lebih sejuk sejak kejadian lapan tahun yang lalu itu berlaku. Hatinya terasa sejuk.

Yasmin melepas keluh lagi. Betapa dia berharap dia tidak mengikuti Luthfi hari itu. Betapa dia berharap kedua-dua orang tuanya dapat meluangkan lebih masa buatnya. Betapa dia berharap dia lupa akan kejadian itu. Betapa dia berharap dia tidak berjumpa dengan Luthfi lagi. Betapa dia berharap untuk mengakhiri semuanya.

Tetapi Yasmin sedar. Meletakkan salah pada sesiapa pun saat ini tidak akan mengubah semua benda yang telah terjadi. Bahkan jka perlu seseorang yang disalahkan, itu ialah dirinya sendiri. Manusia diberikan pilihan untuk memilih apa yang baik dan apa yang bukan. Dan Yasmin juga telah membuat pilihannya sendiri.

Ketukan di pintu mematikan ingatan Yasmin. Dia menutup kotak dalam tangan dan bingkas bangun membuka pintu. Aishah sedang berada di muka pintu.

“Hey lil sis, dari balik kerja semalam sampai ke hari ni asyik terperap dalam bilik je, kenapa?” Aishah menyoal, risau dengan Yasmin yang semenjak dua menjak ni semakin berat mulut. Tidak riuh seperti selalunya.

Seperti biasa kedua-dua mereka menuju ke arah katil. Memulakan bicara dalam keadaan santai dan selesa sambil bebaring di atas katil memandang siling.

“Aish.” Yasmin memulakan bicara, yang hanya dijawab Aishah dengan “Hurm?”

“Apa yang perlu kita buat dengan perasaan rasa bersalah?” Soal Yasmin. Aishah kerut dahi.

“Pergi minta maaf dengan orang yang kita rasa bersalah dengan dia.” Jawab Aishah, cuba untuk mentafsir kata-kata adiknya itu. Suatu kemungkinan terlintas dalam benaknya.

Aishah memandang Yasmin di bangku, adiknya itu masih mamai – dibawah pengaruh dadah. Dia yang bertudung litup di situ hanya dipandang pelik oleh segelintir orang di dalam balai itu. Aishah tidak kisah, Yasmin adiknya walau apapun terjadi tetap ialah darah dagingnya.

Abah mereka Encik Abdullah telah dimasukkan ke dalam hospital. Masakan tidak selesai isyak mereka dikejutkan dengan panggilan telefon daripada balai polis. Yasmin ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah mewah. Dia bersama-sama dengan ramai lagi remaja yang lain.

Aishah sedih memandang Yasmin. Kecewa? Ya dan tidak. Ya kerana selama ini meskipun Yasmin sangat suka memberontak dia tidak menyangka adiknya itu akan terlibat dengan gejala yang lebih teruk lagi. Tidak, kerana Aishah tahu faktor kepada semua itu. Keluarganya.

Keluarga mereka. Aishah sendiri tidak dapat memberikan perhatiannya kepada Yasmin kerana mereka tidak bersekolah di sekolah yang sama. Aishah bersekolah di sekolah kerajaan, dia yang juga turut menetap di asrama itu sangat membataskan hubungannya dengan Yasmin. Adiknya itu perlukan perhatian dan kasih sayang.

Ibu dan abah mereka sibuk dengan kerjaya, sehinggakan lupa untuk mendidik Yasmin. Bahkan ilmu agama juga tidak mereka tekankan dalam diri Yasmin. Memang mereka mengerjakan segala ibadah wajib sebagai seorang muslim, tetapi mereka lupa akan amanah Allah yang juga merupakan suatu kewajipan untuk mereka didik. Dan mereka lupa yang iman itu tidak dapat diwarisi begitu sahaja.

Orang lain mungkin akan menyangka bahawa anak-anak yang lahir daripada kedua-dua orang tua yang punya pengetahuan agama akan terus sama menjadi seorang muslim yang sejati. Tetapi perkara itu adalah mustahil tanpa ada apa-apa langkah yang diambil. Lihat sahajalah pada Yasmin. Adiknya itu punya personaliti yang jauh berbeza daripadanya.

“Aish, I met Luthfi.” Kata-kata Yasmin itu menyentak ingatan Aishah, kolam matanya yang sedikit berair itu dilap. Ingatan lalu masih menyentuh hatinya.

Aishah pandang Yasmin yang sedang merenung siling itu. “Luthfi who?” Soal Aishah cuba mengingati sesiapa yang bernama Luthfi.

“Lapan tahun lalu. The boy.” ‘The man now.’ Sambung hati Yasmin. “Remember?” Yasmin memandang Aishah. Dahi kakaknya itu sudah berkerut. Dan wajah Aishah kemudian mempamer riak terkejut. Dia melihat ke dalam mata Yasmin, mencari kepastian. Yasmin mengangguk.

“You know the house yang Yas tengah ubahsuai sekarang?” Tutur Yasmin. “Yes, and why’s that?” Aishah menyoal ingin tahu.

“It’s his house.” Jawab Yasmin perlahan, seolah-olah berbisik.

“Ya Allah. Dalam ramai-ramai pereka, dan dalam dalam banyak-banyak rumah yang Yas kena ubahsuai. It’s him and his.” Aishah seolah-olah tidak percaya. Tertanya-tanya akan perancangan Allah s.w.t buat adiknya itu.

“Yas tak tahu pasal tu Aish.” Tutur Yasmin, dia juga tidak tahu menahu akan hal itu.

Dia tidak berpeluang langsung untuk membuka bicara tentang hal lapan tahun lepas itu pada Luthfi. Seperti yang Yasmin katakan, urusan mereka tidak lebih daripada sekadar urusan kerja. Formal. Terlalu formal, tidak ada langsung ruang untuknya bertanya khabar lelaki itu, ataupun menyatakan permohonan maafnya kepada Luthfi.

“He acted like we never knew each other. And I don’t even have my guts to apologize to him. I can’t even look at him Aish. Sebab tu Yas makin rasa bersalah.” Luah Yasmin.

Aishah faham maksud adiknya itu. Melihat reaksi Yasmin dulu setelah keluar daripada lokap – kerana mereka yang ditangkap dalam serbuan itu telah direman bagi siasatan lanjut. Yasmin seperti orang gila, dan terus menyerang Luthfi. Meskipun mereka sama-sama ditahan, namun Yasmin menyalahkan Luthfi sepenuhnya.

Tidak dihirau keadaan sekeliling dan orang-orang yang berada di dalam balai polis itu juga, Yasmin menumbuk dada Luthfi bertalu-talu. Sedangkan dia tidak tahu duduk sebenar perkara itu. Punca dia berada dibawah pengaruh dadah. Punca kesan-kesan merah pada lehernya. Punca dia merasakan seolah-olah seperti perempuan murah yang tidak punya harga diri, dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya oleh pengawai-pegawai polis wanita di balai itu.

“He was my friend Aish. He understands me inside out. He’s part of my life. But then look at what I did to him. Yas pentingkan diri sendiri. Yas hina dia infront of his grandma.” Suara Yasmin bergetar menahan kekesalan dirinya.

Ya, Aishah ingat itu. Bagaimana kata-kata yang dilemparkan oleh Yasmin membawa kerutan pada wajah tua nenek Luthfi, wanita itu turut sama hadir ke balai untuk menguruskan Luthfi. Tetapi tidak seperti reaksi kedua-dua orang tua mereka, nenek Luthfi kelihatan tenang menguruskan hal cucunya itu.

Selesai Yasmin melampiaskan amarahnya pada Luthfi, Aishah melihat wanita tua itu memeluk Luthfi di tepi dan membawa langkah mereka pergi. Hanya pandangan kecewa dia lemparkan pada Yasmin dan Aishah.

Aishah tahu Luthfi ialah kawan baik Yasmin. Meskipun dia sebenarnya tidak suka Yasmin terlalu akrab berteman dengan berlainan jantina. Dan dia pernah menasihati adiknya itu untuk menjaga batas pergaulannya. Tetapi kata Yasmin, Luthfi itu lain. Mereka bukan bersahabat atas sebab mengikuti nafsu remaja atau apapun juga.

“He understands me more than my family do.” Begitulah tutur Yasmin dulu. Walaupun Aishah sedikit terasa kerana dia juga ialah ‘family’ yang dimaksudkan Yasmin itu. Namun Aishah hanya mampu berdoa, agar Allah s.w.t menjaga adiknya itu.

“Yas cubalah bercakap dengan Luthfi pasal tu. You said he understands you. He might as well forgive you Yas.” Aishah memberikan cadangan, sebetulnya dia juga tidak tahu apa yang hendak diberitahu pada Yasmin. Aishah yakin adiknya itu sudah cukup matang dalam menangangi masalahnya sekarang.

Yasmin melepas keluh, ya dia perlu cuba untuk membuka mulut terlebih dahulu. Dia harus meminta maaf pada Luthfi supaya hatinya tenang. Mungkin selepas itu barulah dia dapat melupakan semua perkara yang telah terjadi lapan tahun dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience