BAB 9

Romance Completed 8655

Hari ini Yasmin akan bersama-sama dengan Aliyah dan Luthfi untuk pemeriksaan terakhir rumah yang telah siap diubahsuai sepenuhnya itu. Dia tiba awal sedikit ke rumah tu, dimana Aliyah sudahpun menanti lebih awal daripadanya.

“I just wanted to give a last minute touch up, dekat mana-mana yang perlu.” Jawab Yasmin sambil mengeyitkan matanya pada Aliyah yang bertanya akan kehadirannya yang lebih awal daripada jam yang dijanjikan itu.

“Well, Miss Yasmin. Saya tak rasa awak perlu risau apa-apa lagi dengan hasil awak ni. This house is just phenomenal. You did great girl.” Puji Aliyah pada Yasmin yang sudah tersenyum mendengar kata-katanya.

Yasmin tidak risau sebenarnya dengan tacapan terakhir untuk rumah itu. Apa yang membimbangkannya ialah bagaimana dia akan memulakan bicara pada Luthfi menyatakan perihal tentang perkara lapan tahun yang lalu. Dia tidak ingin tiba di situ bila Luthfi sudah terlebih dahulu berada di sana. Dia tidak ingin Aliyah mengesan ketidakselesaannya nanti.

“You know Puan Aliyah saya tak tahu pulak yang sebenarnya pemilik rumah ni ialah individu yang jauh lebih muda daripada apa yang saya bayangkan.” Tutur Yasmin ingin mengorek sedikit info tentang Luthfi.

“Well I never said that he is old.” Terang Aliyah sambil tertawa. “And what made you think that he’s older?” Aliyah menyoal masih tersenyum.

“Tak lah. Sebab the other day you said that you’ve known him for so long.” Jawab Yasmin.

“Owhh. That’s why. Memang saya dah lama kenal dengan Luthfi. I was working for his late grandpa before and have known Luthfi ever since. Dan selepas arwah datuk Luthfi meninggal dan Luthfi kena ambil alih syarikat mereka, he just wouldn’t let me go. Luthfi masih nak saya jadi pembantunya.” Aliyah gelak kecil mengingatkan Luthfi yang enggan mendapatkan pembantu lain sedangkan Aliyah sudah ingin berhenti daripada kerjayanya itu.

“Luthfi is like a brother to me. Sebab tu dia suruh saya yang berurusan dengan awak untuk pengubahsuai rumah ni. This is my last job sebelum saya bersara daripada kerja saya.” Tambah Aliyah.

Yasmin hanya mendengar dengan khusyuk setiap kata-kata Aliyah. “Mesitlah dia akan bagi orang yang dia percaya kan untuk uruskan tempat tinggal dia dengan isteri dia nanti.” Yasmin ketawa kecil dalam kata-katanya, cuba menutup getar dalam diri sendiri. Luthfi sudah beristeri.

Kata-kata Yasmin itu hanya dibalas Aliyah dengan gelaknya. “Miss Yasmin, my boss is still single he’s not married, at least not yet.” Sambungnya.

“Owhh.” Hanya itu yang terluah daripada bibir Yasmin. Dan hatinya, dia tidak tahu apa yang sedang dia rasakan.

“Awak mesti dah salah faham bila saya cakap tentang rumah ni yang untuk orang yang Luthfi sayang. Memang rumah ni untuk orang yang dia sayang tapi bukan untuk isteri dia sebab Luthfi belum kahwin.” Jelas Aliyah masih tersisa dengan ketawanya melihat ekspresi Yasmin.

“He’s still looking for his…” Kata-kata Aliyah terhenti dengan seseorang yang memberi salam di muka pintu. ‘Luth..’ Hati Yasmin berbisik. Lelaki itu sedang menuju ke arah mereka, memandang sekilas ke arah Yasmin yang sudah pun mengalihkan pandangannya.

Ketegangan itu muncul semula. Formaliti itu juga. Yasmin kembali kepada tanggungjawab kerjanya. Mereka bertiga meninjau setiap sudut rumah itu. Luthfi setiap kali itu juga kerap bertanya tentang setiap idea yang Yasmin sudah terapkan dalam rekaannya itu. Dan Yasmin tetap menerangkan setiap pertanyaan Luthfi dengan jelas dan lancar. Tidak sedar yang dia sedag menjadi pemerhatian Luthfi setiap kali gadis itu berbicara.

Ruang terakhir yang mereka tuju ialah bilik tidur utama. Hati Yasmin entah kenapa dengan tiba-tiba memainkan rentak nada yang memalu sanubarinya.

“I love this master bedroom the most. You’ve done great on putting the painting into the design Miss Yasmin.” Tutur Luthfi memandang lukisan yang tergantung di atas kepala katil bersaiz king itu.

Yasmin tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Liur ditelan. Terasa kering kerongkongnya, dan Yasmin hanya memberi respon dengan senyuman yang dia pasti kelihatan sangat hambar. Keadaan sunyi seketika bila Aliyah terpaksa menjawab satu panggilan telefon dan berlalu keluar meninggalkan mereka berdua di situ.

Telapak tangan Yasmin sudah dibasahi peluh dingin. Dia tidak betah berada di dalam bilik itu dengan lelaki. Sendirian dengan Luthfi. Entah kenapa dirasakan seperti Aliyah telah mengambil masa yang agak lama diluar. Yasmin mengerling jam di tangan. Tidak, Aliyah belum pergi lama, baru sahaja beberapa minit.

“I better go check on Puan Aliyah.” Suara Yasmin keluar sedikit bergetar. Dia hanya berharap Luthfi tidak menangkap itu.

“Kenapa?” Luthfi yang sudah duduk di birai katil menyoal. “Takut dengan saya?” Sambungnya sambil memerhatikan perubatan riak wajah Yasmin yang ternyata terkejut mendengarkan itu.

“Saya…” Yasmin hilang kata. Takut? Tidak, dia tidak takut dengan Luthfi. Dia kenal lelaki itu. Atau sekurang-kurangnya dia pernah kenal lelaki itu. Dia cuma berasa janggal.

Luthfi tersenyum sinis. Yasmin berasa seolah-olah lelaki itu sedang mengejeknya. Mengejek tuduhannya pada lelaki itu lapan tahun lalu. Dia telan liur, tidak memandang Luthfi. Cuba untuk mencari kekuatan untuk dia menuturkan kata maaf yang sudah lama dia atur untuk diucapkan pada lelaki di hadapannya itu.

“Luth…” Panggilan nama itu menyentak hati Luthfi. Masih bernada sama seperti lapan tahun yang lalu. Masih mampu meyentuh dalam hati lelakinya.

“I am sorry…” Suara Yasmin agak berbisik keluar daripada mulutnya. Dia membawa pandangannya daripada lantai memandang wajah Luthfi. “I am sorry.” tutur Yasmin sekali lagi dengan lebih jelas.

Luthfi telan liur memandang sinar pada mata Yasmin. Gadis itu kelihatan ingin menangis. Dia tidak betah melihat Yasmin begitu – rapuh dan terluka. Penuh rasa bersalah memandang Luthfi.

Lelaki itu mengalihkan pandangannya keluar dinding kaca yang memaparkan pemandangan dari terik matahari pagi.

Yasmin menyangka Luthfi tidak dapat menerima permohonan maafnya. “I only knew about everything later, when it’s too late. I am sorry.” Tutur Yasmin perlahan dan teratur. “Bertahun…” Yasmin berjeda, memandang ke arah Luthfi yang masih tepat pandagannya keluar itu.

“Bertahun saya bawa rasa bersalah saya pada awak. It’s been so cold everynight.” Sambung Yasmin.

Tekak luthfi terasa kering, matanya berkelip mendengar tutur kata Yasmin. Selama ini dia kira Yasmin telah membencinya. Selama ini dia kira dia akan tetap tidak dapat menerima tuduhan Yasmin padanya. Selama ini dia kira hidupnya akan lebih baik bila dia jauh daripada gadis itu. Tetapi sebaliknya, tanah Malaysia ni menemukan mereka kembali. ‘And there she is standing infront of me apologizing’. Luthfi mengeluh perlahan.

Luthfi menyayangi Yasmin sejak dulu, bahkan dia sedar sayang itu telah bertukar kepada rasa cinta. Dia tidak kuat melihat Yasmin yang lemah dan terluka sebegitu. Masa lalu mereka terlalu membelengu hidup mereka kini. Dan kedua-dua mereka tidak tahu untuk berbuat apa-apa bagi mebetulkan apa yang telah terjadi dulu.

“Sorry kids. I didn’t take long right?” Soal Aliyah yang sudah kembali ke dalam bilik itu. Kedua-dua Yasmin dan Luthfi terus mengawal riak mereka. Tidak membiarkan Aliyah mengesan mainan perasaan yang sedang memenuhi ruangan itu.

“No. No. Not at all.” Jawab Luthfi dengan nada seperti biasa.

“Okay lah kalau macam tu. Can we drop all the formality now. Memandangkan this is officially gonna be my last job. And my last day of working with you Luthfi.” Nyata Aliyah. Luthfi hanya tersenyum senang dengan Aliyah yang sudah seperti ahli keluarganya sendiri itu.

“Yasmin, it was great working with you. Akak bangga tengok anak muda macam kamu berdua ni yang mampu berjaya dalam bidang yang kamu ceburi.” Aliyah memandang kedua-dua Aliyah dan Luthfi, tidak sedar akan persamaan di antara kedua-dua mereka itu. Yasmin tidak tahu mahu berkata apa. Masih terkesan dengan situasi bersama dengan Luthfi tadi.

“And Luthfi, sekarang kamu dah boleh bawa bakal isteri kamu tu datang rumah ni. She’ will definitely love Yasmin’s work.” Kata-kata Aliyah itu memberikan impak yang berbeza pada Yasmin dan Luthfi. Kerana Luthfi tahu akan kenyataan kata-kata Aliyah itu sedangkan Yasmin tidak mengetahui apa-apa.

Yasmin hanya menghantar senyum mendengar kata-kata Aliyah. Apa yang sedang dia rasa sekarang? Yasmin sendiri juga tidak tahu. Mungkin ini ialah akhir sebenar buat mereka berdua. Samada Luthfi memaafkannya atau tidak, Yasmin tidak kisah. Mereka tetap akan membawa haluan hidup masing-masing selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience