BAB 6

Romance Completed 8655

Kerja-kerja pengubahsuaian sudahpun bermula, dan apa yang memudahkan lagi tugas Yasmin ialah reka bentuk serta gaya yang ingin diketengahkan oleh tuan rumah ini. Klasik dan moden kontemporari disatukan bersama. Cita rasa yang sangat unik kalau menurut Yasmin, sangat memenuhi citarasanya sendiri.

Yasmin merasakan seperti dia sedang mengubahsuai rumah sendiri bila konsep itu diberitahu Aliyah kepadanya. “Really?” Soal Yasmin pada Aliyah, cuba mengawal keterujaannya sendiri.

“Yup. Definitely.” Aliyah mengangguk, berserta senyuman yang tidak pernah lekang daripada wajah wanita itu.

Konsep itu diberikan kepada Yasmin dan dia diminta untuk melakukan pengubahsuain itu menurut kepada pandangannya tentang konsep klasik dan moden kontemporari itu sendiri. Pada awalnya Yasmin agak risau juga kerana tuan rumah kepada rumah yang diubahsuainya ini tidak akan terlibat langsung dalam proses pengubahsuaian yang akan dia lakukan.

“Dia betul-betul pasti ke dengan keputusan ni Pn. Aliyah? Because this will be stated in the contract, and he will never get to do anything with the final product if he happened not to like it.” Yasmin menyoal Aliyah.

“He’s certain Cik Yasmin. Lagipun, awak tak yakin ke dengan hasil kerja awak nanti?” Aliyah senyum menyoal Yasmin. Tetapi bagi Yasmin, ini merupakan cabaran buatnya. Dia tidak akan membiarkan cabaran sebegini menganggu gugat keyakinannya. Yakin dan bukannya angkuh.

“Of course. I do. Well this will be really challenging.” Yasmin sengih.

“He trusts you Cik Yasmin. So don’t you worry.” Tutur Aliyah lagi.

Mendengarkan itu Yasmin yakin sungguh bahawa pelanggannya ini sudah mengikuti semua perkembangan dan pengubahsuaian yang dia telah lakukan. Tidak susah untuk orang ramai mengenali dia yang merupakan seorang pereka selebriti.

Bahkan pihak produksi yang berkerjasama dengan Yasmin dalam rancangan televisyen juga meminta untuk membuat penggambaran bagi pengubahsuaian rumah ini untuk siaran musim akan datang. Namun permintaan itu telah ditolak oleh tuan rumah tersebut. Yasmin agak kecewa sebenarnya, kerana dia tidak dapat berkongsi dengan orang ramai proses renovasi rumah tersebut.

Tetapi Yasmin faham dengan privasi yang ingin dijaga oleh pemilik rumah itu. Bila dia mencadangkan usul itu pada Aliyah, dan diberi keputusan oleh wanita itu selepas beberapa hari bahawa pemilik rumah itu tidak bersetuju.

“This house is for his loved one. You know. So he wants to keep the privacy.” Begitulah kata Aliyah kepadanya.

“Owh yes. Saya faham.” Jawab Yasmin ringkas. Pemilik rumah ini pada Yasmin samada terlalu romantik ataupun ‘Too chessy’ bisik hati Yasmin. Mematikan bisikannya serta-merta, bila Yasmin sedar dia tidak ada hak untuk menilai orang.

“He must really love his loved one, right?” Yasmin berasa ingin tahu tentang pemilik rumah ini. Kalau mengikut pemerhatian sisi ‘pegum’ dalam diri Yasmin, pemilik ini mungkin sudah agak berusia. Mungkin rumah ini untuk diduduki selepas pemilik itu bersara, kerana suasana dan lokasi yang sangat sesuai didiami kekita di lewat usia – dapat memberikan ketenangan.

“Yes he is.” Jawab Aliyah. “I’ve known him for so long.” Tambah Aliyah lagi. ‘Yes’ konklusi Yasmin betul ‘I still got it’ dia tersenyum. Melihat kepada usia Aliyah yang 20 tahun lebih tua daripada Yasmin itu, meskipun wanita itu kelihatan lebih muda daripada usianya, dan telah mengenali pemilik rumah itu lama. Sudah pastinya pemilik tersebut juga sudah berusia.

Yasmin semakin lebih bersemangat dengan pengubahsuaian ini. Dia ingin memberikan yang terbaik buat pasangan tua yang akan menetap di rumah itu. Dan Yasmin mengubah pandangannya tentang pemilik rumah ini yang ‘Too cheesy’ katanya, kerana pemilik itu sememangnya adalah seorang yang romantik.

“And he’s so romantic too.” Tutur Yasmin pada Aliyah, sambil tersenyum. Aliyah angguk kepala, mengiyakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience