BAB 7

Romance Completed 13809

Aku duduk bersendirian dalam masjid. Aku berfikir sejenak. Emak dan

keluarga aku tidak tahu menahu mengenai rakaman itu. Apa akan terjadi

pada mereka semua jika mereka tahu? Ah, tidak!t tidak sanggup aku bayangkan.

Sejak ayah pergi, kesihatan mak memang tidak begitu baik.

Kebimbangan aku pada mak memang tidak dapat aku luputkan dalam fikiran.

Kini, aku hanya ada seorang emak sahaja. Emak lah tempat aku membalas

jasanya. Ayah? Aku terkilan kerana tidak dapat membalas jasanya selama

20 tahun dia menjaga aku. Memang terkilan. Menyesal kemudian pun tidak

berguna.

Aku menelan air liur. Aku masih berfikirkan tentang ugutan

Safwan. Apa yang perlu aku lakukan. Memang video itu ada padanya. Aku

tidak menafikan.

“Ya Allah. Aku benar-benar bertaubat,Ya Allah. Sejak

kematian ayah, aku tidak lagi bergaul dengan lelaki. Aku takut aku

melakukan kesalahan yang sama. Aku rela jauh dari lelaki. Ya Allah, Kau

beri aku kekuatan. Kekuatan untuk menghadapi dugaan yang telah Kau

berikan ini.” doa aku. Air mata masih setia mengalir.

Sejak setahun yang lalu, memang hanya air mata yang sentiasa

mengalir. Menangisi dosa yang telah aku lakukan. Dosa yang hanya

beberapa minit aku lakukan bersama lelaki itu, telah menghukum aku

seumur hidup. Seumur hidup aku.

Betapa beratnya dosa itu. Kalau pasangan yang telah berzina

dan sehingga melahirkan anak, bagaimana pula? Adakah mereka rasa seperti

aku? Sempatkah mereka bertaubat. Bagaimana mereka menghadapi dugaan ini?

Terlalu banyak persoalan yang aku sendiri tidak pasti

jawapannya. Aku sendiri tidak dapat menjawabnya kerana aku juga tidak kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience