BAB 3

Romance Completed 13809

Aku mengenali Safwan melalui alam maya yang semakin menjadi

kegilaan remaja seperti aku iaitu Fac. Aku sukakan dia kerana dia

kelihatan alim. Pakai kopiah, selalu pergi masjid. Jika aku berhubung

dan berbual dengannya melalui telefon, banyak ingatan yang dia pesan.

Aku sungguh terpikat dengan keprihatinannya.

Dia pun ajak berjumpa. Kerana aku takut tapi mahu, aku

berjumpa juga dia dengan ditemani oleh sahabat aku. Sungguh aku katakan

apabila bertemu dengan dia, wajahnya tidaklah sekacak mana. Badan pun

berisi tetapi kerana aku sudah jatuh cinta dengannya membuat aku lupa

segalanya.

Sejak itu aku selalu bertemu dengannya.

“Jom jumpa!” ajak Safwan. Aku hanya setuju. Makin lama aku

semakin berani. Aku sudah berani menaiki motor bersamanya. Kami

berpelukan tanpa ingat yang kami ini tidak halal untuk berbuat sedemikian.

Ada dia berpesan.

“Nanti kita jumpa, awak jangan pula pakai baju labuh-labuh

atau baju kurung tau.” Pesannya. Apa ini semua? Lelaki yang aku kenal

bagaikan watak seorang ustaz berkata begitu.

Aku pun bodoh. Aku seperti dipukau dan mengikut katanya

tanpa bantahan.

Aku? Aku jenis yang tidak berahsia. Aku bercinta dengan

seseorang, aku akan beritahu emak dan ayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience