BAB 1

Romance Completed 13809

Setiap daripada kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan, pokoknya siapa saja yang bernama manusia, termasuklah aku mustahil maksum dan terlepas dari melakukan dosa waima dosa kecil sekalipun. Ya aku juga tidak terlepas. Kerana satu kesilapan ini, ia menghantui aku seumur hidup dan membuatkan paksi hidupku berubah secara total.

“Ya Allah, sesungguhnya aku bertaubat. Taubat

bersungguh-sungguh dan tidak melakukannya lagi.” Air mata aku mengalir.

Betapa sedihnya hati. Kesilapan yang aku lakukan ini tiada yang tahu

termasuk keluarga aku sendiri.

“Ya Allah, tiada ke peluang untuk aku mengecap bahagia?” Aku

masih tertanya-tanya. Sejak hubungan itu terjalin, hidup aku tidak

tenang. Sejak aku mengenali cinta manusia, aku lupa pada pencipta. Sejak

aku mengenali apa itu cinta lelaki, aku lupa batas-batas pergaulan.

Air mata penyesalan mengalir lagi.

Aku berjalan bersendirian lagi. Tiba-tiba tangan aku

direntap oleh seseorang. Safwan? Apa lelaki ini buat di sini?

“Wan...” aku terkejut. Dengan pantas aku menarik kembali

tangan yang lelaki itu pegang.

“Kau nak pergi ke mana? Kau tak boleh lari dari aku!”

katanya kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience