Aku bagaikan tidur dengan lena yang panjang. Tangisan emak bagaikan aku
kedengaran. Emak... aku memanggilnya.
Terasa tangan yang hangat menggenggam tanganku.
Perlahan-lahan aku membuka mataku.
Pandangan aku kabur. Makin lama makin jelas. Kelihatan emak
yang setia di sisi aku. emak terus memeluk tubuhku apabila melihat aku
sedar.
Aku cuma cedera ringan tetapi Safwan....
*****
Itulah takdir Allah. Segalanya dia sudah tetapkan untuk hambanya. Sama
ada baik atau buruk. Itulah dugaan untuk kita hadapi. Dia menguji
kesetiaan kita kepada-Nya.
Dari jauh, Safwan berjalan dipimpin oleh abangnya. Mata
Safwan buta dan rakaman itu hilang kerana telefon bimbit yang merakam
aksi itu terbakar masa kemalangan. Kebetulan Safwan memang tidak copy di
tempat lain. Mungkin niat Safwan hanya ingin mengugutku sahaja supaya
aku kembali padanya.
Sejak Safwan buta, dia tidak berani lagi mahu mengganggu
aku. Syukur. Aku tahu kau pernah buat jahat dengan aku tapi itu
kesalahan kita bersama. Jadi aku doakan yang terbaik untuk kau, Safwan.
Aku tersenyum. Aku sudah boleh tersenyum dengan gembiranya.
Aku rasa bebas. Aku rasa hanya cinta dengan Allah lebih membahagiakan
diri aku. Dia tidak akan mengugutku seperti Safwan lakukan. Dia akan
sentiasa memberi terbaik untuk hamba-hamba-Nya cuma antara cepat dan lambat.
Aku terbaca sesuatu yang benar-benar membuat aku insaf.
“Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar dan masih ada rasa syukur
kita pada ketentuan-Nya. Kita dapat menjadi penilai yang baik. Kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan
Allah. Kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.”
Share this novel