BAB 8

Romance Completed 13809

Sudah banyak kali aku menasihati Safwan. Jangan buat macam

itu tetapi ternyata seperti menyiram air ke daun keladi. Ternyata sia-sia.

Kami berdua bersalah dan berdosa. Takkan aku sahaja yang

bertaubat dan membiarkan Safwan terus hanyut. Aku tidak boleh pentingkan

diri sendiri tetapi apa yang berlaku. Dia mengugut aku pula.

“Kalau kau tak kembali pada aku, aku akan buat apa yang

telah aku katakan tempoh hari. Kau hanya milik aku.” Tegas Safwan.

Wajahnya tegang. Dia stress. Wajahnya tidak seperti kali pertama aku

mengenalinya. Amat lain.

Aku terdiam. Orang seperti ini kena pandai psiko tapi aku ni

bukan orang seperti itu. Bagaimana untuk aku mengatasi masalah ini.

“Kau dengar tak? Aku akan masuk meminang kau. Kau wajib

terima pinangan aku. Kalau tidak, aku akan sebarkan rakaman tu.” Lagi

sekali Safwan bertegas.

Ketika itu mereka berdua berbincang dalam kereta. Betapa

singkatnya fikiran aku kerana setuju untuk berbincang dalam kereta miliknya.

Tiba-tiba Safwan memandu kereta itu. Aku terkejut.

“Wan, aku nak keluar ni.” Pinta aku. Dia pura-pura tidak

mendengarnya. Aku semakin hilang sabar. Aku takut untuk bersamanya. Aku

takut dia buat yang bukan-bukan pada aku. Takut sungguh!

“Aku nak bawa kau ke satu tempat.” Ada senyuman yang meniti

di bibir Safwan. Hati aku berdebar kencang. Aku tak mahu!

Disebabkan takut yang melampau, aku menarik tangannya supaya

dia hentikan kereta.

“Wan, berhenti! Berhenti!” kataku sambil mengganggu

pemanduannya.

“Kau gila ke?” Safwan tidak dapat lagi mengawal

kenderaannya. Akhir, aku dan dia kemalangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience