BAB 10

Romance Completed 13809

“Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah

supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana

mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan

kehidupan kita pada masa depan. Kita dapat mengutip pengalaman yang tak

semua orang berpeluang untuk mengalaminya. Kita jadi manusia yang hebat

jiwanya. Kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama

Allah. Kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.”

Ya, aku bersyukur. Kerana cinta pertama mengajar aku menjadi lebih baik.

Cinta pertama mengajar aku menjadi seorang yang lebih matang dan lebih

menghargai diri. Dan Jodoh? Aku serahkan sepenuhnya kepada Allah dan

emak untuk membuat pilihan. Aku redha. Redha dengan pilihan emak.

Aku tahu, dengan persetujuan aku untuk bertunang dengan pilihan mak, aku

telah membuat emak rasa gembira. Tak ada apa lagi yang aku harapkan

ialah kegembiraan mak terpancar di wajah. Itu sudah memadai.

Alhamdulillah, jodoh aku banyak mengajar aku dalam erti kehidupan. Dia

jarang bertemu denganku kerana dia sendiri manusia yang lemah. Pertemuan

hanya mengundangkan perkara yang tidak baik.

Selepas dua bulan, kami di ijab kabul. Betul ke? Aku bagaikan tidak

percaya. Aku diberi peluang untuk mengecapi bahagia? Terima kasih Ya

Allah. Kerana kegembiraan ini, aku berniat mahu memakai purdah. Aku tahu

keputusan aku terlalu mengejutkan terutama ahli keluargaku memandang

emak dan arwah ayah hanyalah orang kebanyakkan sahaja. Tetapi emak

sedikit pun tidak menghalang, malah bersyukur dengan perubahan aku.

Air mata aku mengalir lagi. Kali ini bukan kerana Safwan atau masalah

tetapi kerana aku begitu bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience