BAB 6

Romance Completed 13809

“Ayah!” betapa aku rasa bersalah. Memohon kemaafan kerana

aku berbohong padanya pun tidak sempat. Rasa bersalah ini menyebabkan

aku menangis sehingga mata aku bengkak. Kepala aku sakit dan akhirnya

aku demam. Dan pada hari kebumian ayah, aku pengsan.

Aku hanya sempat menatap wajah tenangnya ketika tubuhnya

dibalut kain putih bersih itu.

Ibu dan keluarga memberi aku sokongan dan kekuatan. Ibu

selalu berkata pada aku yang ayah sudah memaafkan aku tetapi aku tidak

percaya. Aku tak percaya! Aku berdosa besar dengan ayah! Aku berdosa.

“Mak, adik berdosa dengan ayah...” air mataku mengalir

deras. Apa lagi yang aku perlu lakukan untuk meredakan perasaan bersalah

ini.

“Kalau betul adik sayangkan ayah, jangan menangis lagi.

Tabahkan hati. Banyakkan lakukan amal kebaikan. Jaga aurat. Kan itu yang

selalu ayah pesan pada adik.” Pesan mak. Wajah mak tenang. Bagaikan

meredhai pemergian ayah. Emak bagaikan sudah bersedia dengan apa yang

telah berlaku.

“Tapi mak...” aku masih rasa bersalah.

“Jaga aurat. Kalau tak nak ayah kena seksa dalam kubur, jaga

diri. Jangan buat dosa. Banyakkan amal. Hanya doa dan amalan anak yang

soleh dan solehah aje yang boleh menyinari kubur ayah di sana. Janji

dengan mak.” Kata emak. Kali pertama emak menangis sejak seminggu ayah

pergi menyahut ilahi.

Emak memang seorang isteri yang cekap hatinya. Sabar dan

tabah. Aku mengangguk kepala. Betapa berdosanya aku pada ayah dan mak

yang banyak membentuk diri aku kepada kebaikan.

Cinta! Cinta lelaki itu juga yang memusnahkan diri aku. Aku

menyesal! Aku menyesal mengenali cinta lelaki.

“Mariam, kenapa menangis ni?” Ayu menegur aku. Barulah aku

tersedar yang aku sudah lama duduk di situ. Safwan pun sudah lama

menghilang. Lantak!

Walaupun setahun kami sudah berpisah, Safwan masih

mengganggunya dengan ugutan rakaman itu.

“Tak ada apa-apa.” Aku cuba tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience