BAB 4

Romance Completed 13809

“Mak, adik suka dengan seseorang ni...” kata-kata aku

terhenti. Ayah yang ketika itu sedang membaca surat khabar, terhenti.

Dia memandang aku.

“Kalau macam tu, bawa dia berjumpa dengan mak dan ayah.”

Kata mak. Aku memang gembira. Begitulah adat keluarga aku. Abang dan

kakak aku pun mengikut adat ini tanpa bantahan.

Aku dan Safwan berjumpa lagi. Aku gembira mak dan ayah sudi

untuk berjumpa dengan kekasih aku. Kerana terlalu gembira, aku dan dia

terlanjur. Saat itu aku sudah tidak ingat dosa dan pahala.

Aku merelakan segalanya. Tiba-tiba baru sahaja kami hanyut

sepuluh minit, telefon bimbit aku berbunyi. Ayah telefon aku. Sungguh!

saat itu aku tersedar akan keterlanjuran aku dengannya adalah dosa. Dosa

yang amat besar.

Aku menjawab panggilan itu.

“Adik kat mana ni?”

“Adik... Adik kat rumah kawan ni?” bohong aku. Air mata

ingin mengalir. Seumur hidup aku, tidak pernah lagi aku menipu dengan

ayah dan mak.

“Jangan balik lewat sangat. Nanti ayah risau. Jaga diri tau.

Aurat tu jaga. Sejak adik pulang hari tu, ayah nampak adik suka pakai

pakaian yang ketat-ketat. Ayah tak ajar tu.” Pesan ayah.

“Baiklah ayah!” aku tersentuh dengan keprihatinan ayah

terhadap perubahan penampilan aku. Setelah talian tamat. Aku minta diri

untuk pulang sahaja.

Dia memujuk aku tetapi wajah mak dan ayah buat aku bertegas

dengan diri. Mujur aku dan dia tidak terlanjur yang menyebabkan

mengandung. Akhirnya aku pulang ke kolej.

Pada hujung minggu, aku pulang ke rumah bersama Safwan untuk

datang ke rumah. Ayah dan mak melayan Safwan dengan baik sekali. Kami

makan bersama. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi mak dan ayah melayan

tetamu dengan baik.

Petang itu Safwan ingin pulang.

“Saya pulang dulu. Nanti apa-apa call okey?” pesan Safwan.

Aku tersenyum.

Selepas makan malam, ayah dan mak memanggil aku untuk

berbincang mengenai Safwan. Aku gembira dengan layanan mak dan ayah

terhadap Safwan. Tentu mak suka. Aku sudah meneka sendirian.

“Duduk adik...” arah Ayah. Wajah ayah serius.

“Ayah tak suka dia jadi teman istimewa adik. Putuskan

hubungan adik dengan dia.” Tegas sekali suara ayah.

“Tapi kenapa ayah? Adik tahu dia tak kacak macam suami kakak

tapi dia baik ayah.” Aku rasa sedih sangat apabila mendengar kata-kata

ayah. Aku cuba membela diri Safwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience