BAB 5

Romance Completed 13809

“Dengarlah kata-kata ayah. Mak tahu adik sedih dengan

keputusan kami tapi kami lebih makan garam dari adik. Kami tahu yang

mana sesuai dengan adik.” Mak cuba memujuk aku.

“Tak. Adik tetap dengan Wan!” aku mula meninggi suara. Aku

tidak pernah melakukan sebegitu pada mak dan ayah aku. Tapi kerana cinta

yang baru beberapa bulan itu, aku sanggup melawan cakap ayah. Aku

meninggikan suara.

Sejak itu, apabila ada cuti, aku tidak pulang ke rumah. Aku

keluar bersama Safwan.

Pada suatu hari, dia menunjukkan sesuatu pada aku. Aku terkejut. Rakaman

kami bersama yang untuk kali pertama dan terakhir dalam hidup aku itu.

Entah bila dia merakamnya. Walaupun hanya seketika kami melakukannya.

Hatiku berdebar kencang. Peluh mula mengalir.

“Nak buat lagi?” soalnya. Aku rasa inilah lelaki yang paling

gila pernah aku jumpa. Setelah aku beritahu keputusan ayah dan mak aku,

dia masih ada hati nak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Baru kini aku sedar, keputusan yang ayah dan mak buat adalah

terbaik untuk aku. Saat aku melafazkan kata perpisahan padanya, kakak

aku ternampak aku keluar bersama Safwan.

Aku juga ternampak kelibat kakak. Aku tersentak. Ya,

selalunya jika aku keluar bersama Safwan. Aku akan menghubungi ayah dan

mak terlebih dahulu tetapi kali ni adalah secara rahsia.

Aku rasa bersalah.

Mak hubungi aku dan bertanya mengenai kejadian yang kakak

terserempak dengan aku yang sedang date dengan Safwan.

“Kenapa tipu mak?” nada mak sedih sangat. Aku ini anak yang

baik tapi sejak mengenali cinta, aku jadi seorang penipu. Pembohong mak

ayah. Teruknya cinta sebegini.

Aku terdiam.

“Ayah tahu adik tipu ayah. Tapi dia nak adik yang bagitau

sendiri pada ayah. Mak tak dapat nak tolong.” Kata mak lagi. Ayah? Sejak

kecil aku memang manja dengan ayah. Ayah sentiasa melayan aku dengan

baik. Aku memang lebih rapat dengan ayah berbanding mak.

Aku terdiam lagi. Aku mula berfikir.

Cinta ini membuat aku menipu orang yang aku paling sayang.

Cinta ini membuat aku melakukan dosa zina. Cinta ini membuat aku seperti

menjadi orang lain. Orang yang lebih teruk perangainya bukannya ke arah

kebaikkan. Ke arah jalan yang Allah redhai. Aku mula sedar.

Aku membuat keputusan untuk berpisah dengan Safwan. Aku

tahu, mak dan ayah nak yang terbaik untuk aku. Aku tersenyum. Esok aku

akan pulang ke rumah. Aku rindu dengan ayah. Dah sebulan aku tidak

berjumpa dengannya.

Aku pun masuk ke kamar tidur. Mahu melelapkan mata.

Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon daripada kakak aku. Aku terasa

pelik. Kenapa pula kakak aku hubungi aku pada waktu-waktu begini.

“Adik, kakak ada perkara nak cakap ni?”

“Apa dia kak?” hati aku berdebar kencang. Bagaikan sesuatu

yang telah terjadi.

“Ayah dah tak ada. Ayah sesak nafas malam tadi. Ayah dah tak

ada.” Kata kakak. Saat ini, aku terasa hatiku kosong. Aku meraung sekuat

hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience