BAB 2

Romance Completed 13572

“Hubungan kita dah lama putus. Dah setahun. Cukuplah tu.

Jangan kacau aku lagi.” Air mata yang ingin mengalir lagi ditahan.

Ditahannya dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu Safwan melihat dia

sebagai perempuan yang lemah.

“Aku tak peduli! Mak ayah kau sama aje. Sengaja nak

menyusahkan aku. Aku cintakan kau bagai nak gila. Sekarang ni kau nak

tinggalkan aku. Tidak! Aku takkan lepaskan kau begitu. Kalau aku tak

dapat kau, orang lain pun takkan dapat. Itu janji aku!” tegas kata-kata

Safwan. Sungguh aku terpegun. Janji apa ini?

“Wan, kau jangan nak buat kerja gila.” Aku tak boleh bersabar.

“Aku akan sebarkan video hot kau yang aku rakam

senyap-senyap.” Wan tersenyum puas. Sedangkan aku ini bagaikan ingin

pengsan mendengarnya. Selalunya aku hanya dapat mesej pesanan ringkas

sahaja daripadanya. Tapi hari ini, dia sendiri yang lafazkan.

Lutut aku tak kuat. Bila-bila masa aku akan rebah menimpa bumi.

“Aku akan buat apa yang aku cakap tadi! Walaupun ayah kau

dah mati. Aku tetap takkan maafkan kau. Tak kan! Aku akan hancurkan

hidup kau!” Wan berlalu pergi.

Akhirnya aku terduduk. Air mata yang ditahan tadi kini

mengalir deras. Menitis satu persatu. Air mata penyesalan itu tidak akan

merubah apa-apa. Walaupun aku menangis air mata darah, tidak akan

membuat Safwan berhenti daripada melakukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience