“Mariam, mari kita solat berjemaah.” Suamiku memanggil namaku. Katanya
dia begitu suka dengan nama ini. Penuh makna. Setelah menceritakan
segala yang berlaku padaku, dia terima aku seadanya. Air mata aku
mengalir lagi.
“Mariam atau Maryam. Nama ibu seorang nabi iaitu nabi Isa a.s. Maryam
seorang yang tabah dan sabar menerima segala dugaan yang Allah telah
berikan kepadanya. Dugaan yang paling besar dalam hidup seorang
perempuan iaitu mengandung tanpa mengadakan hubungan intim. Betapa
beratnya dugaan ini. Maryam menghadapi juga dugaan ini walaupun dia
dihina dan dia yakin, Allah sentiasa ada dengannya. Allah berikan dugaan
seperti ini padanya hanya untuk menguji keimanan Maryam kepada Allah.”
Kata Rais Raimi yang membawa maksud ketua keutamaanku. Panjang lebar dia
menceritakan kisah Maryam padaku selepas menunaikan solat.
Aku bersyukur kerana Allah menghantar seseorang untuk membimbing aku ke
jalan yang benar.
Share this novel