B5

Drama Series 2804

BANG! BANG! Ariel melepaskan das tembakan bertubi-tubi di dalam bilik latihan menembaknya.

"Not bad! Tak sia-sia saya ajar skill saya pada kamu sebelum ni."

Muncul Danzel dari belakangnya dengan bertepuk tangan tanda mengaguminya.

"Tuan..?"

Soal Ariel terkejut memandangnya.

"Tapi rasanya lebih hebat lagi kalau kamu boleh mengagak sasaran kamu ada di mana tanpa melihatnya. Macam ni."

Danzel terus merampas pistol dari tangan Ariel dan melepaskan das tembakan pada papan sasar menembak berkali-kali dengan hanya memandang wajah Ariel bersebelahannya.

"Siapalah saya nak tandingi kepakaran tuan."

Kata Ariel yang sememangnya tidak terkejut akan kehebatan Danzel dalam mengendalikan senjata api.

"Saya percaya kamu boleh lakukannya Ariel sebab tu saya tak teragak-agak untuk pilih kamu sebagai orang kuat saya dalam unit Eagle Forces."

Jawab Danzel penuh yakin.

"Tapi tuan kenapa mesti saya? Bukan ke tuan sendiri tahu yang saya banyak kelemahan. Saya tak mampu nak galasnya tuan. Saya rasa dah tiba masanya untuk tuan cari orang yang lebih layak lagi daripada saya."

Danzel mengisi peluru senjata apinya semula dengan di perhatikan Ariel.

"Apa yang tuan buat ni?"

Ariel terperanjat besar Danzel mengacukan senjata api tepat ke arah kepalanya.

"Dalam senjata api ni saya telah isi sebutir peluru dan saya nak tengok sejauh mana saya boleh ubah fikiran kamu Ariel."

Danzel memetik picu sekali di muka Ariel.

"Tuan dah gila ke tuan nak bunuh saya?!"

Tengking Ariel ketakutan teramat kerana Danzel cuba mempermain-mainkan nyawanya.

Jeritan ketakutan Ariel langsung tidak di pedulikan oleh Danzel malahan Danzel terus memetik dan memetik sehingga kiraan yang terakhir.

"Adakah kamu masih berdegil lagi Ariel?"

Soal Danzel tajam menatap mata Ariel.

"Tuan tak boleh paksa saya tuan. Saya tetap dengan keputusan saya."

Ariel menitiskan air mata kemarahannya pada Danzel.

"Baik kalau itu keputusan kamu Ariel."

Danzel terus mengalihkan senjata api itu pada Ariel dan kali ini di arahkan pada kepalanya sendiri.

"Danzel jangan!"

Jerit Ariel menepis tangan Danzel dan terus memeluknya daripada menekan picu senjata api itu.

"Ariel....?"

Danzel memanggil namanya lembut.

"Apa ni Danzel..?"

Danzel memberikannya sejambak jambangan kuntuman bunga ros merah yang di sembunyikannya tadi.

"Happy birthday Ariel Gabriella."

Ariel marah dan terus melepaskan pelukannya tadi.

"Kenapa Danzel buat semua ni?"

Tersedu-sedu kesedihan Ariel menyoalnya.

"Sebab Danzel tak nak Ariel tinggalkan Danzel. Danzel perlukan Ariel di sisi Danzel."

Tangan Danzel mengesat lembut air mata Ariel.

"Danzel sedar tak yang Ariel dah buat Danzel hampir-hampir mati terkena letupan tu? Tak akan Danzel masih lagi nak bersama dengan Ariel?"

Ariel sebak.

"Kalau Danzel takut mati, Danzel dah tinggalkan Ariel dalam bangunan tu sorang-sorang. Danzel nak Ariel tahu walau dalam keadaan apa sekali pun, Danzel tetap akan bersama-sama dengan Ariel. Danzel nak Ariel pegang semula jawatan tu dan jangan hancurkan kepercayaan Danzel pada Ariel lagi."

Danzel mengenggam kuat sebelah tangan Ariel memberi semangat.

"Terima kasih tuan."

Kata-katanya membuatkan Ariel berhenti menangis.

"Dan lagi satu, Danzel nak Ariel panggil dengan nama je kalau kita hanya berdua. Bolehkan ASP Ariel Gabriella?"

Tenung mengoda Danzel pada Ariel.

"Adakah ini juga satu arahan tuan?" Mengusik malu.

"Ini adalah arahan daripada Danzel Glenn."

Nada serius.

Baiklah tuan, tak maksud saya Danzel."

Ariel tersasul kerana blushing.

"Nah!"

Danzel memberikan semula senjata api Ariel.

"Kejap, pistol ni kosong, bukan ke Danzel....?"

Ariel terkejut sewaktu memeriksanya.

"Danzel lupa nak masukkan peluru tadi.."

Gurauan gila Danzel itu membuatkan Ariel marah manja padanya dengan mencubit badannya berkali-kali tanpa henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience