B14

Drama Series 2804

"Masuklah Dylan, dad memang dah lama tunggu kamu."

Begitu gembira sekali Crizen melihat kemunculan Dylan sebaik sahaja anaknya itu memasuki biliknya.

"Kenapa dad nak jumpa dengan Dylan, hal apa yang dad nak bincangkan?"

"Kamu dah lupa ke Dylan, sudah tentu dad nak bincang dengan kamu pasal bisnes black market kita tu."

"Bukan ke sebelum ni kita dah bincang dad. Jadi, dad nak bincang pasal apa lagi?"

"Dad nak beritahu kamu yang dad dah pun tukar plan kita. Dan dad harap kamu tak kecewakan dad Dylan."

"Tukar plan? Maksud dad?"

"Dad nak kamu jual perempuan tu pada client tetap kita. Dad yakin yang kita akan dapat untung besar Dylan. Sebab dengan kecantikan yang ada pada perempuan tu, dia pasti akan menjadi rebutan ramai client tetap kita."

"Apa dad?!"

"Kenapa Dylan, kamu ada masalah ke dengan cadangan dad tu?"

Crizen menyedari Dylan mengambil masa terlalu lama untuk menjawabnya dan setelah beberapa minit menunggu.

"Tak dad. Dylan ikut je kemahuan dad."

"Good. Sebab dad tak nak ada apa-apa masalah daripada kamu Dylan. Dan 1 lagi perkara yang dad nak beritahu kamu sebelum terlupa."

"Dylan dengar dad."

"Dad nak kamu yang uruskannya kerana dad tak dapat nak bersama dengan kamu di sebabkan kesihatan dad. Dad harap kamu faham."

"Okey dad. Rasanya, bila agaknya dad janji nak jumpa dengan client dad tu?"

"Besok malam dekat club paling popular dalam Skyfall City."

"Kenapa dekat situ dad? Bukan ke dad tahu yang tempat tu selalu kena kacau polis?"

"Jangan risau Dylan, berapa banyak polis yang dad telah pun jadikan mereka sebagai mata dan telinga kita."

"Dylan bukan apa dad, Dylan cuma tak nak kotorkan tangan Dylan untuk kemas sampah-sampah tu dad."

"Sebab tu dad jadikan kamu sebagai ketua mafia dalam keluarga Crizen Zackery demi menggantikan tempat abang kamu Hayzel. Kerana dad tahu kamu boleh handle hal kecik ni Dylan."

"Lepas! Aku tak nak pakai baju ni tolonglah jangan paksa aku!"

"Aku kata bukak baju tu kenapa kau ni degil sangat! Sorry bos, saya dah suruh perempuan ni pakai baju tu. Tapi dia sengaja pakai berlapis-lapis macam ni."

Dylan terperanjat melihat Ayres di tarik kasar oleh orang bawahannya di hadapannya.

"Siapa yang suruh kau sentuh dia tanpa kebenaran aku b******?!"

Marah Danzel dengan mengeluarkan senjata apinya dan bersedia untuk membunuhnya.

"Tenang Dylan.. Dad yang suruh dia bawak perempuan ni turun. Jadi, memang betullah yang kamu sememangnya ada sisi lembut pada dia Dylan, kalau tak kenapa kamu nak marah sangat hanya di sebabkan perempuan ni?"

"Dylan tak ada sisi lembut langsung pun pada dia dad! Kenapa susah sangat dad nak percayakan Dylan?!"

Jawabnya tegas dengan menjatuhkan tangannya yang memegang senjata api ke bawah.

"Prove it. Buktikan pada dad yang kamu tak ada sikit pun sisi lembut kamu tu pada dia besok malam."

"Jadi, itulah sebenarnya sebab kenapa dad begitu beriya-iya sangat nak jual dia. Betulkan dad?"

"Correct. Dad nak tengok setia kamu sebagai my son Dylan."

Dylan terus terdiam.

"Tolonglah jangan paksa aku pakai baju ni.. Aku tak nak...."

Ayres memegang kaki Crizen merayu padanya dengan menangis teresak-esak yang teramat.

"Bukak baju dia."

Arah Crizen pada anak buah bawahannya.

"Jangan....!"

Ayres menjerit-jerit apabila orang Crizen telah membuka bajunya yang menutup baju seksi di pakainya secara paksa.

"Dengar sini perempuan, aku tak nak dengar kau bagi apa-apa masalah pada anak aku. Aku nak kau siapkan diri kau cantik-cantik sebab besok malam kau akan di jual dalam bisnes black market aku."

"No, no, no! Aku tak nak tolonglah lepaskan aku! Aku tak nak kena jual! Lepaskan aku binatang!"

Dylan hanya berdiri seperti patung hidup memerhatikan ayahnya beredar bersama orangnya meninggalkan mereka berdua di situ.

Ayres menangis ketakutan yang teramat di hadapan Dylan dan dengan perlahan-lahan Dylan mendekati Ayres. Tangannya mengambil baju yang di bukanya tadi.

"Jangan sentuh aku!"

Ayres terkejut apabila Dylan memakaikan semula bajunya demi menutupi baju seksinya.

Situasi itu benar-benar menyentuh perasaan Ayres di mana Dylan langsung tidak mengambil kesempatan terhadap dirinya. Malahan Dylan hanya memalingkan wajahnya tanpa memandang badan Ayres yang berpakaian begitu seksi sewaktu Dylan menyarungkan bajunya. Padanya masih ada lagi orang yang melayaninya baik selama dirinya berada di dalam neraka itu.

"Tolonglah jangan jual aku.. Aku merayu sangat-sangat pada kau kasihanilah aku.. Tolonglah...."

Rayunya sebak pada Dylan.

"Kalau kau nak selamat, dengar cakap aku."

Jawab lembut Dylan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience