TC15

Drama Series 2804

~~~~HARI UPACARA PENGKEBUMIAN DANNY DI TAMAN GRAVE SKYFALL CITY~~~~

Ahli keluarganya telah di temani oleh anggota-anggota polis berkumpul bersama-sama dalam suasana begitu formal. Rakan-rakan sepasukan dari unitnya juga iaitu Eagle Forces menabik hormat beramai-ramai tanda penghormatan terakhir mereka termasuklah ketua mereka Jayzle Kyle, Danzel dan Ariel.

Ariel memegang dan menggenggam erat tangan kiri Danzel kerana menyedari betapa sedihnya wajah Danzel sewaktu mereka berdua menabik hormat bersama-sama atas pemergian Danny.

"R u okay Dan?"

Soalnya lembut.

"Yeah, i guess so."

Setelah upacara selesai, semua orang bersurai meninggalkan tempat itu kecuali Danzel, Ariel dan juga Chantel isterinya yang masih lagi menangis meratapi pemergian suami tercintanya.

"R u ready? I know u can do it Dan. Walau apa pun kita kena hadapi semua ni Dan, kerana Dan adalah ketua Eagle Forces. Dan Ariel akan bersama dengan Dan. Always.."

Danzel hanya mengganguk kepalanya memandang Ariel sambil tangan kirinya masih lagi di pegang erat oleh Ariel demi untuk memberikan semangat padanya.

Danzel menghembus nafas gemuruhnya memerhatikan Chantel menangis kesedihan dari jauh. Akhirnya perlahan-lahan Danzel bersama Ariel mendekati Chantel.

"Tuan Danzel? Puan Ariel?"

"Saya ucapkan takziah atas pemergian suami kamu Chantel. Suami kamu sememangnya seorang anggota yang sangat dedikasi dengan kerjanya. Saya juga merasa sedih atas kehilangannya sebagai anggota terbaik saya dalam Eagle Forces."

"Saya bukan apa Tuan, Puan.. Saya rasa terkilan sangat, sebab saya tak sempat nak beritahu suami saya, yang saya, dah pun mengandungkan anak pertama kami berdua Tuan, Puan.."

"Danzel?"

Ariel terkejut apabila melihat Danzel terus berjalan laju masuk ke dalam keretanya.

"Maafkan Tuan Danzel Chantel.. Tuan Danzel tak berniat pun nak bersikap macam tu pada kamu. Sebab Tuan Danzel jugak telah kehilangan adik perempuan dia Ayres yang masih lagi hilang kerana di culik."

"Saya faham Puan. Saya harap adik Tuan Danzel selamat di temukan."

"Terima kasih Chantel. Kalau kamu perlukan apa-apa pertolongan, jangan segan-segan untuk beritahu saya okey?"

"Baiklah Puan. Ucapkan terima kasih saya jugak pada Tuan Danzel kerana sudi hadir untuk memberikan penghormatan terakhir pada suami saya Puan."

Ariel memeluknya erat Chantel sebelum meninggalkannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam kereta Ariel memerhatikan Danzel hanya mendiamkan diri. Matanya hanya fokus memandu dengan wajahnya yang begitu serius.

"Dan hantarkan Ariel balik, sebab Dan ada urusan sikit dengan dad."

"Urusan?"

"Tadi my dad telefon nak jumpa dengan Dan dekat pangkalan. Jadi, Dan terpaksa hantar Ariel balik."

"Ariel nak ikut."

"R u sure?"

"Ariel nak temankan Dan, bolehkan?"

"Suka hati."

Jawabnya dingin tanpa memandang Ariel yang duduk bersebelahannya.

"Dan?"

"Hhm.."

"Dan betul ke okey pasal hal Chantel tadi?"

"Tak ada apa lagi yang Dan perlu cakapkan Ariel. Lagi pun Danny dah tak ada, jadi Dan kena move on. Bukan itu ke yang Ariel nak Dan buat?"

"I know u r not okay Dan. Kalau Dan nak lepaskan segala kesedihan Dan depan Ariel, Ariel tak kisah pun kalau dengan cara tu je yang boleh buatkan hati Dan rasa lega."

"Just drop it Ariel!"

Sepanjang perjalanan Ariel tidak berhenti-henti memerhatikan sikap dingin Danzel yang pertama kali dalam hidupnya hatinya benar-benar terkejut melihat Danzel bersikap kasar sebegitu.

~~~~PANGKALAN RAHSIA UNIT EAGLE FORCES~~~~

"U come."

Jayzle Kyle termenung jauh ke arah luar tingkap membelakangi Danzel dalam pejabatnya seorang diri.

"Dad kata ada perkara penting nak cakap dengan Dan, apa dia dad?"

"Apa yang telah kamu buat Dan, kenapa kamu sanggup bahayakan nyawa-nyawa anggota Eagle Forces kamu sendiri jugak orang awam?! Kenapa kamu berani bertindak sendiri tanpa persetujuan dad sebagai ketua atasan kamu?!"

"Dan ada alasan Dan sendiri dad. Kadang-kadang kita perlu buat keputusan tanpa melibatkan orang lain."

"Apa?! Tanpa libatkan orang lain?! Kamu cuba bergurau dengan dad ke Dan? Bagaimana pulak dengan Danny? Itu yang kamu cakap tak libatkan orang lain?!"

"Maaf kalau saya terpaksa masuk campur tapi tolonglah jangan salahkan Danzel di atas kematian Danny.."

"Ariel!"

Marah Danzel apabila Ariel terus masuk ke bilik dan campur tangan dalam hal mereka berdua.

"Tak Dan, Ariel tak akan duduk diam je dekat luar tu bila tengok Dan terus-menerus di persalahkan oleh dad Dan sendiri. Ariel tak boleh biarkannya Dan."

"Keluar Ariel! Kamu sedar tak yang kamu sememangnya tak layak langsung untuk campur tangan dalam hal ketua atasan kamu!"

Marah Danzel di atas sikap kurang ajar Ariel kerana tidak menghormati ayahnya sebagai ketua atasan mereka berdua.

"Apa yang berlaku sebenarnya ni Dan? Ariel?"

Soal pelik Jayzle Kyle lagi pada mereka berdua.

"Yang sebenarnya Danzel langsung tak bersalah dalam hal ni.. Danzel terpaksa lakukan semua tu sebab...."

"Ariel no!"

Halang Danzel kerana takut Ariel memberitahu rahsia yang cuba di selindungkan dari pengetahuan ayahnya sendiri.

"Dan kena ugut. Kalau Dan tak ikut segala kemahuannya, nyawa Ayres sebagai sasaran."

Jelas Ariel.

"Apa betul ke Dan semua yang di katakan Ariel tu? Tapi kenapa mesti kamu yang menjadi mangsa ugutan penculik tu?"

"Sebab Dan dah bunuh abang dia Hayzel dad. Dan bukan itu je, malahan Dan jugak yang telah menyebabkan Crizen ayahnya cacat seluruh anggota badannya seumur hidup. Dan kerana dendam, dia jadikan Ayres sebagai mangsa."

Jayzle Kyle terperanjat memandang mereka berdua setelah mengetahui kebenarannya.

"Jadi, semua yang berlaku ni adalah kerana motif dendam?"

Danzel terus menjatuhkan kedua-dua lututnya di atas lantai dengan kepalanya tertunduk ke bawah di hadapan ayahnya.

"Semua ni salah Dan dad.. Dan janji pada dad, yang Dan akan bawak Ayres balik semula dengan selamat. Tolonglah percayakan Dan dad.."

Ariel memandangnya penuh sebak di sebabkan situasi itu.

"Kamu buat apa ni Dan? Bangun Dan, dad tak nak tengok kamu buat macam ni lagi pada dad. Sudah tentu dad percayakan kamu Dan sebab kamukan abang Ayres. Walaupun kamu bukan anak kandung dad tapi dad dah anggap kamu macam anak dad sendiri."

Jayzle memegang kedua-dua belah lengan Danzel membantunya untuk bangun.

"Dan dah gagal dad.. Dan dah gagal jadi anak, abang jugak ketua yang baik buat dad. Dan dah hancurkan segala kepercayaan dad pada Dan selama ni.. Maafkan Dan..?"

Danzel menangis tersedu-sedu di dalam pelukan ayahnya Jayzle Kyle.

"Tak ada apa yang perlu dad maafkan Dan. Malahan dad bersyukur sangat sebab sejak kehadiran kamu, segala-galanya begitu sempurna sekali dalam hidup dad dan jugak Ayres. Tanpa kamu dad tak akan pegang jawatan dad sekarang dan hidup serba mewah seperti yang kamu lihat selama ni.. Jadi, kamu adalah tuah dad Dan. Kita akan cari Ayres sama-sama sampai dapat."

Jayzle Kyle memeluk erat anak lelaki sulungnya itu.

Kasih sayang antara anak dan juga bapa yang di tunjukkan oleh mereka berdua benar-benar menyentuh perasaan Ariel tetapi situasi itu terus bertukar normal dengan bunyi deringan telefon Danzel.

"ACP Danzel Glenn bercakap."

"Kenal lagi dengan suara ni ACP?"

"Mana adik aku? Aku nak adik akulah penipu! Kau memang pengecut! Kalau kau betul berani, aku cabar kau tunjukkan wajah sebenar kau pada aku! Kita jumpa face to face. Macam mana?"

"Baik. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh kenal dan cam aku. Kita jumpa malam ni, di club paling popular dalam Skyfall City sebab adik kau akan berada di sana. Kerana aku akan jual dia dalam bisnes black market aku."

"Apa!"

"U know what ACP? Kau sememangnya begitu hebat sekali kerana kau terlepas dari perangkap maut aku. So, sekarang aku berikan kau peluang untuk biarkan kau terus hidup sebab kalau kau mati maka tak seronoklah lagi game ni. Jumpa dekat sana malam ni ACP and gud luck."

Setelah Darren mematikan taliannya Danzel terus mematungkan diri dengan kepalanya tertunduk memandang lantai.

Keadaannya sebegitu benar-benar merisaukan hati Ariel dan juga Jayzle Kyle melihatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience