B12

Drama Series 2804

"Aku dah sampai. Kau nak aku buat apa sekarang?"

Soal Danzel di talian.

Danzel tiba di sebuah bangunan iaitu pejabat paling terbesar dalam Skyfall City. Bangunan yang mempunyai berpuluh-puluh tingkat dan begitu padat dengan orang-orang sedang sibuk bekerja di dalamnya walaupun sehingga ke lewat pagi.

Danzel keluar daripada dalam keretanya sambil matanya tajam meliar penuh peka memerhatikan keadaan di situ.

"Bagus! Aku sukakan kau ACP sebab kau sememangnya seorang yang begitu menepati masa."

"Jangan cakap banyaklah! Mana adik aku, aku dah pun ikut segala kemahuan kau, jadi apa lagi yang kau nak? Serahkan adik aku sekarang!"

"Not so fast ACP Danzel Glenn.. Adik kau sekarang ada di atas bumbung bangunan ni. Tapi sebelum tu, kau perlu selamatkan dulu nyawa anggota-anggota bawahan kau."

"Nyawa anggota bawahan aku?"

"Anggota sniper kau sendiri iaitu Eagle Forces."

"Bukan ke kau nak nyawa aku, tapi kenapa mesti kau libatkan mereka semua s***?!"

"Sebabnya mereka jugak terlibat dalam operasi rompakan bank terbesar di Skyfall City tempoh hari. Kau dan anggota-anggota kau telah bunuh semua orang-orang aku termasuklah Hayzel abang aku!"

"Itu telah menjadi tugas aku dan anggota-anggota aku sebagai polis!"

"Aku tak peduli semua tu. Anggota-anggota kau jugak ada di dalam bangunan ni.. Kau boleh tengok sendiri."

TRIT.... Dylan menghantar mesej video masuk dalam telefon bimbit Danzel.

Danzel benar-benar terperanjat besar melihat keadaan anggota-anggotanya yang duduk di atas kerusi dengan mulut, tangan dan badan mereka telah di ikat.

"Kau dah gila ke? Kau bukan saja libatkan anggota-anggota aku! Malahan kau jugak telah libatkan sekali nyawa orang-orang yang ada dalam bangunan ni! Kau adalah penjenayah paling gila yang aku pernah jumpa seumur hidup aku!"

"Macam yang aku pernah beritahu pada kau sebelum ni ACP, permainan baru saja bermula dan inilah kejutannya yang aku nak berikan pada kau.. Surprise....! Aku berikan kau 1 jam untuk kau cari mereka."

"Permainan kau memang gila! Aku akan pastikan yang kau tak akan wujud dalam dunia ni selagi aku ada."

Dylan ketawa di talian.

"Aku tak sangka, yang ACP Danzel Glenn pun boleh buat lawak yang teruk macam ni..? Masa kau bermula dari sekarang.... Semoga berjaya ACP Danzel Glenn."

Danzel terus berlari pantas masuk ke dalam bangunan dengan memakai kaca mata hitam canggihnya milik Eagle Forces.

Di dalam, matanya melihat keseluruhan bangunan itu untuk mengimbas kedudukan anggota-anggotanya melalui infra merah seperti watak Cyclops dalam movie X Men. Danzel memakainya tanpa di sedari oleh Dylan.

"Dapat!"

Danzel tersenyum kecil setelah mengenal pasti salah satu anggotanya yang sedang berada di tingkat 5.

Tanpa membuang masa, Danzel terus berlari ke arah lif.

"Kamu tak apa-apa?"

Danzel membuka pita pelekat di mulutnya.

"Tuan! Tekan lampu merah yang ada di belakang saya sekarang!"

Jerit panik anggotanya ketakutan.

Danzel terus menekannya tanpa banyak menyoal dan lampu merah itu bertukar warna menjadi hijau.

"Lampu apa ni Cris?"

"Itu adalah bom! Setiap anggota-anggota kita telah di letakkan bom pada mereka tuan! Jadi, tuan kena cari mereka sekarang kerana nyawa mereka terletak di tangan tuan."

"Baiklah, saya akan cuba hentikannya. Dan kamu Cris, tolong selamatkan nyawa kamu dan bawak keluar semua orang-orang yang ada dalam bangunan ni sekarang. Saya berharap pada kamu Cris."

"Tolonglah jaga diri tuan jugak?"

"Jangan risau pasal saya Cris, dah pergi sekarang!"

Tegas Danzel memerhatikan Cris memandang sebak wajahnya sebelum beredar.

Danzel menghembus nafas gemuruhnya untuk seketika seorang diri di sebabkan jantungnya berjalan begitu pantas.

"Kau boleh lakukannya Danzel. Ayres tunggu abang, abang datang Ayres."

Kata Danzel seorang diri cuba menenangkan ketakutan dalam dirinya sendiri.

______

Cris terus ke tempat siren kecemasan dalam bangunan itu. Dirinya menyalakannya untuk memberitahu amaran bom pada mereka semua.

Setelah di kejutkan dengan bunyi siren yang begitu bising, semua orang panik dan terus berlari ke arah pintu keluar.

______

Danzel terus berlari dan berlari tanpa mengira erti penat.

"4 down."

Dirinya berjaya mendapatkan anggotanya begitu mudah sekali dengan hanya bantuan kaca mata canggihnya itu. Di destinasi terakhir.

"Tuan! Pergi daripada sini sekarang! Ini semua adalah trap semata-mata untuk kenakan tuan!"

"Trap? Apa yang kamu cuba nak beritahu saya sebenarnya Danny?"

"Adik tuan Ayres dia tak.."

BANG! 1 tembakan tepat telah mengenai kepala Danny sehingga mati sebelum dirinya sempat menjelaskannya kerana sniper musuhnya sendiri telah membunuh Danny dari jarak jauh tanpa Danzel tahu kedudukannya.

"Danny No...! Danny bangun Danny! Danny!"

Danzel menjerit kesedihan sekuat hatinya yang teramat menyaksikan salah satu anggota bawahan terbaiknya telah pergi penuh menyayat hatinya.

"Abang Dan..! Selamatkan Ayres.... Tolong Ayres abang!"

"Ayres....?"
Danzel sebak mendengar rayuan ketakutan Ayres di talian.

"Hebat! Kau memang cukup hebat ACP, aku amat kagum dengan semangat kau yang langsung tidak mengenal erti mengalah. Nampaknya aku memang salah menilai diri kau sebelum ni.."

"Mana adik aku s***! Aku nak adik aku!"

"Kau dah pun semakin hampir dengan dia ACP. Jadi, jangan buang masa kau. Jumpa di bumbung atas.. Now!"

______

"Abang Danzel! Daddy! Tolong Ayres, Ayres takut! Please.. Let me go!"

"Ayres!"

Danzel mendengar suara Ayres dari dalam sebuah kotak papan begitu besar dan panjang dengan tertutup rapat di hadapannya.

"Ayres..? Abang datang Ayres.."

Perlahan-lahan Danzel melangkah mendekatinya untuk membukanya.

"Tik tok, tik tok.. Time is running out. I got u."

Setelah Danzel mendengar saja suara Dylan di taliannya.

BOOOMM! Danzel sempat di tarik oleh seseorang dari arah belakangnya.

Badan Danzel telah di peluk kuat dan orang itu membawanya terjun ke bawah bersama-sama dengannya dari atas bumbung bangunan.

"Danzel tak apa-apa?"

"Ariel..?"

Danzel terperanjat besar melihat orang itu adalah Ariel.

Ariel telah menyelamatkan nyawanya dari terkena letupan yang datangnya dalam kotak papan panjang tadi. Danzel dan Ariel telah bergayut di tali bersama-sama untuk menunggu bantuan dari unitnya.

______

"Tuan? Kami menjumpai alat perakam suara yang telah hangus terbakar dari dalam kotak papan tu tuan."

Lapor anggotanya dengan menyerahkan bukti itu pada Danzel.

"Tuan!"

Ariel juga anggota-anggotanya yang berada di situ terkejut melihat Danzel mengamuk dengan melemparkan alat perakam itu ke bawah sehingga pecah berderai dan Danzel terus beredar pergi meninggalkan mereka.

"Danzel..?"

Sapa Ariel melihat Danzel sedang berdiri termenung berseorangan di tepi jambatan tidak jauh dari tempat itu.

Perlahan-lahan Ariel mendekati Danzel dan tangannya terus memeluk erat badannya dari belakang.

"Danzel?"

Pelukan Ariel itu telah membuatkan Danzel terus jatuh bersujud dan menangis sekuat hatinya kerana tidak mampu menyembunyikan lagi kesedihannya yang dirinya cuba pendam selama kehilangan Ayres.

Ariel memeluk belakang badan Danzel dengan lebih kuat lagi cuba memberikan semangat padanya. Pada Ariel itulah pertama kali dalam hidupnya, Danzel menangis di hadapannya.

Saat itu, adalah detik yang paling menyentuh hatinya melihat Danzel berkeadaan sebegitu.

Ternyata sekuat atau sehebat mana sekali pun ACP Danzel Glenn yang dirinya kenal selama bersamanya, keluarganya adalah kelemahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience