B7

Drama Series 2804

"Hello abang Dan?"

Rain termengah-mengah di talian kerana gagal mengejar Ayres yang telah pergi menaiki keretanya.

"Rain, kamu kenapa ni, ada apa-apa berlaku pada Ayres ke?"

Soal Danzel terkejut dengan di perhati risau oleh Ariel di sebelahnya.

"Ayres abang Dan, Rain risau sangat-sangat pasal Ayres."

Sambung Rain.

"Kenapa dengan Ayres Rain?"

Desak Danzel.

"Ayres lari dari kolej abang."

Tersekat-sekat nada Rain takut pada Danzel untuk menjelaskan.

"Apa kenapa Ayres buat macam tu Rain, kamu berdua bergaduh pasal apa pulak kali ni?!"

Danzel berang mendengarnya.

"Maafkan Rain abang Dan Rain tak sengaja. Rain janji pada abang yang Rain akan jelaskan semuanya nanti."

Rain cuba menenangkan Danzel.

"Baik, dan abang akan pastikan yang alasan kamu tu abang boleh terima tapi ingat Rain kalau apa-apa terjadi pada Ayres, abang tak akan lepaskan kamu. Faham?!"

Tegas Danzel dengan terus mematikan panggilan Rain.

"Kenapa dengan Ayres Dan?"

Ariel menyentuh lembut bahu Danzel untuk menghilangkan kemarahannya.

"Ayres lari dari kolej Ariel. Dan terkejut sangat sebab selama Ayres bergaduh dengan Rain dia tak pernah sampai ponteng kolej. Ni mesti Rain ada buat masalah besar sampai Ayres buat perangai macam tu. Pening kepala Danzel."

Mengeluhnya.

"Tenang Dan, jangan fikirkan sangat, apa yang penting sekarang ni, kita harap tak ada apa-apa perkara buruk berlaku dekat Ayres okey? Trust me.."

Pujuk lembut Ariel.

"I really hope so.."

Jawab Danzel dengan menghembus nafas peningnya.

______

"Cik muda Ayres nak bawak motorbike tuan muda Danzel pergi mana tu?!"

Pembantu rumahnya cuba menghalang Ayres lari.

"Katakan pada abang Dan yang Ayres pinjam motorbike dia kejap."

Ayres menekan minyak dan terus memecut laju tanpa menghiraukan jeritan panggilan pembantu rumahnya itu.

______

"Apa kau jumpa girlfriend aku dekat club?!"

Rain begitu marah di talian setelah mengetahui keberadaan Ayres dari kenalan rapatnya yang berada di situ.

______

Ayres melepaskan segala kekecewaannya dengan menari begitu menggairahkan tanpa mempedulikan tanggapan orang lain di sekelilingnya dalam club itu.

"Hey sexy can i buy u a drink?"

Sapa seorang lelaki tidak di kenali cuba mendekati Ayres.

"Yeah sure."

Ayres pergi bersama lelaki itu untuk mendapatkan minuman kerasnya.

"No Ayres!"

Jerit Rain yang muncul secara mengejut dengan menepis tangan Ayres untuk meneguk arak itu sehingga gelas jatuh pecah ke lantai.

"Hei kau sapa nak kacau dia? Untuk pengetahuan kau aku yang jumpa dia dulu! So, kau boleh berambus daripada sini sebelum aku pecahkan muka kau pretty boy!"

Tengking lelaki itu pada Rain.

"Jangan cakap banyaklah aku nak tengok kau cuba, dan kau akan tahu aku pretty boy ke tak?! Untuk pengetahuan kau pulak, dia girlfriend aku so, back off!"

Balas Rain dengan tangannya bersedia untuk menumbuk muka lelaki itu.

"Kamu berdua berhenti sekarang!"

Jerit Ayres melihat mereka berdua ingin bergaduh besar di depannya.

"Ikut Rain sekarang!"

Rain terus menarik kasar tangan Ayres membawanya keluar dari club.

"Lepaslah Rain!"

Jerit Ayres dengan menampar kuat pipinya setelah keluar.

"Ok Rain patut terimanya. Puas hati Ayres sekarang. Dah, jom ikut Rain balik babe please....?"

Pujuknya dan cuba membawa Ayres masuk ke dalam keretanya.

"Ayres kata lepaskan tangan Ayres Rain and jangan cuba panggil Ayres dengan babe lagi! Ayres jijik mendengarnya daripada mulut Rain!"

Makinya.

"Rain mintak maaf okey, sekurang-kurangnya tolonglah beri Rain peluang Ayres untuk Rain jelaskan semuanya...?"

Kata Rain.

"Tak ada apa yang perlu di jelaskan lagi Rain sebab dengan mata kepala Ayres sendiri nampak tangan Jac pegang-pegang badan Rain dekat tempat yang tak sepatutnya! Jadi, apa yang Rain nak jelaskan lagi?!"

Jerit Ayres tidak dapat mengawal kemarahannya lagi.

"Rain memang mengaku yang Jac pegang-pegang Rain! Tapi ada ke Ayres nampak Rain pegang-pegang Jac atau pun bukak baju Jac tak adakan Ayres? So, Jac yang cuba goda Rain Ayres.. Percayalah....?"

Rain cuba meyakinkan Ayres.

"No! I hate u Rain so much! I'm leaving."

Ayres menolak kasar badan Rain beredar meninggalkannya sambil di perhati sebak oleh Rain dari belakang.

"Mana pergi motorbike Ayres Rain?"

Jerit Ayres yang jarak tidak jauh darinya.

"Rain suruh kawan Rain bawak balik motorbike Ayres naik lori."

Jawab Rain serba-salah.

"Ayres bencikan Rain! Benci, benci, benci!"

Ayres memukul-mukul dada Rain berkali-kali seperti punch bag melepaskan segala kemarahannya namun Rain hanya mematungkan diri tanpa menghentikan perbuatannya itu.

"Puas sekarang Ayres..? Mari, Rain hantar Ayres balik? Please Ayres.. Rain merayu sangat-sangat pada Ayres kita balik? Rain janji Ayres yang Rain akan betulkan semua ni. Rain nak Ayres tahu yang babe adalah segala-galanya buat Rain dan Rain tak nak kehilangan babe.. Please....?"

Akhirnya pujukan rayu Rain melembutkan sedikit hati Ayres.

______

Dalam perjalanan Ayres dan Rain hanya mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian muncul sebuah motorbike hitam dari arah belakang kereta mereka berdua dengan di tunggang seorang lelaki tidak di kenali memakai jaket kulit hitam juga helmet menutup muka penuh cuba memotong secara merbahaya sehingga Rain tidak dapat mengawalnya dan akhirnya mereka berdua kemalangan.

"Rain! Bangun Rain! Rain...!"

Ayres yang mengalami luka dan separuh sedar trauma melihat lelaki itu turun dari motorbikenya berjalan perlahan mendekati mereka berdua dengan sebelah tangannya memegang senjata api.

"Please don't kill him! Tolonglah jangan apa-apakan dia! Aku merayu pada kau ambik nyawa aku kalau itu yang kau mahukan tapi tolonglah jangan bunuh dia!"

Jerit Ayres meraung merayu agar lelaki itu melepaskan Rain kerana terperanjat apabila lelaki itu mengacukan senjatanya tepat di kepala Rain sewaktu Rain sedang pengsan tidak sedarkan diri.

______

"Ini dah melampau!"

Marah yang teramat Danzel dengan terburu-buru keluar dari rumah untuk mencari Ayres.

"Abang Danzel....?"

Danzel terperanjat besar melihat Rain yang teramat lemah dengan mukanya berlumuran darah muncul di muka pintu sewaktu Danzel membukanya.

"Rain?"

Rain terus jatuh pengsan nyaris Danzel sempat menahannya dengan memeluknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience